Termenung Tengku Naila sambil memandang ke luar kafe. Melihat orang-orang di luar tetapi fikirannya merayau ke arah lain. Dia masih berfikir dengan kata-kata Zikri.
Dia takut kalau Tengku Luthfi akan berubah suatu hari nanti. Dia tak tahu. Walaupun Tengku Naila masih lagi belum mempunyai perasaan pada Tengku Luthfi. Tapi tetap saja Tengku Luthfi tunangnya.
Sudah tentu lah Tengku Naila akan memberi sedikit ruang di hati untuk Tengku Luthfi masuk. Tengku Naila jadi takut jika apa yang dikatakan Zikri menjadi kenyataan.
Tersentak Tengku Naila apabila dagunya dicuit. Berpaling wajah Tengku Naila memandang Tengku Luthfi yang sudah duduk di sebelahnya. Tadi duduk depan dia. Sekarang dekat sebelah pula.
"Kenapa?" Soal Tengku Luthfi seraya mengusap pipi Tengku Naila.
Diam. Tengku Naila melepaskan keluhan. Terkelip-kelip matanya merenung wajah Tengku Luthfi. Kepalanya disengetkan sedikit.
"Terfikir dengan kata-kata Zik?" Semakin berat keluhan yang dilepaskan Tengku Naila selari mengangguk perlahan.
"Hei. Dengar sini." Tengku Luthfi menarik kerusinya supaya lebih rapat dengan Tengku Naila sembari mengikis jarak antara mereka berdua.
"Aku tak nak kau dengar dan fikir apa pun yang keluar dari mulut lelaki tu. Bila kau fikir, perkara tu akan buat hubungan kita jadi buruk dan renggang. Kita dah janji kan? Jadi jangan dengar. Kita dah percaya antara satu sama lain. Aku tahu susah sebab kau masih ada rasa trauma tu. Tapi aku dah cakap yang aku akan tolong kau untuk buang rasa trauma tu. Jadi aku mohon Naila.. jangan fikir apa pun tentang kata-kata lelaki tu. Aku merayu sangat. Aku tak nak hilang kau." Ujar Tengku Luthfi panjang lebar.
Tengku Naila menatap wajah Tengku Luthfi dan mencari keikhlasan di sebalik mata Tengku Luthfi. Pandangan Tengku Luthfi sangat berbeza dari Zikri. Zikri tak pernah pandang dia dengan seredup dan sehangat seperti Tengku Luthfi.
Jujur Tengku Naila cakap. Dia sangat selesa dan nyaman setiap kali berdekatan dengan Tengku Luthfi.
"Sorry. Sorry sangat yang I masih lagi belum ada perasaan cinta pada you. Tapi I dah mula sayang you. Jangan tinggalkan I macam Zikri buat I dulu." Mohon Tengku Naila bersungguh.
Dia kasihan bila tengok Tengku Luthfi sentiasa berharap agar dia dapat membalas perasaan cinta Tengku Luthfi. Tengku Naila boleh balas, cuma dia perlukan masa. Biarlah masa tentukan segalanya.
Tengku Luthfi mengukirkan senyuman kecil. Walaupun dia agak kecewa dengan jawapan Tengku Naila. Tetapi hati dia tetap terbesit satu perasaan apabila Tengku Naila berkata sudah mula menyayangi dirinya ini.
Takpa. Masih ada banyak masa. Dia tahu yang Tengku Naila hanya perlukan masa. Tengku Luthfi yakin yang dia boleh buat Tengku Naila jatuh cinta dengannya.
"Kita lalui semuanya bersama. Itu janji kita kan?" Angguk Tengku Naila sembari melakarkan senyuman nipis.
Tengku Luthfi baik sangat. Dia pun turut yakin yang dia boleh mencintai lelaki ini dengan setulus hati. Dia perlu mencintai lelaki ini.
"Thank you and sorry, bie." Perlahan kepala Tengku Luthfi mengangguk sebelum dia berhenti dan merenung wajah Tengku Naila seakan sedang terkejut.
"A-apa tadi?" Gagap pula.
"Thank you and sorry." Tengku Naila mengulang semula ayatnya. Tapi ayat belakang tu dia tak ulang.
"Yang itu aku dengar. Tapi yang lepas tu kurang jelas. Cuba sebut semula." Arah Tengku Luthfi kerana dia mahu dengar sekali lagi tapi dengan lebih jelas.
"Mana ada I sebut apa-apa." Elak Tengku Naila. Sengaja.
"Sayang.. ulang." Hampir nak tergelak Tengku Naila tengok muka Tengku Luthfi. Hensemnya.
"Takda."
"Ada. Sayang sebut tadi."
"Ha itu lah.. I dah kata. You ni dah tua. Pendengaran pun tak berapa jelas. You kena pergi hospital lah jumpa doktor. Pergi check telinga tu. Ada masalah tu. I tak nak kahwin dengan orang pekak tau. Dah lah pekak, tua pula tu. Eee.. tak nak lah I." Selamba badak saja dia kutuk Tengku Luthfi depan-depan.
Ternganga sedikit mulut Tengku Luthfi mendegar kutukan yang agak kejam dari tunangnya. Pipi kanan Tengku Naila ditarik sedikit.
"Sayang, sampai hati.." Monyok terus wajah Tengku Luthfi. Badannya disandarkan di kerusi. Tengku Naila terus tidak dipandang.
Terlepas tawa Tengku Naila. Lantas Tengku Naila memeluk lengan sasa Tengku Luthfi dan menyandarkan kepalanya di bahu jejaka kacak ini.
"Thank you for loving me, bie. And I am sorry." Ucap Tengku Naila lembut seraya mengulang kata-katanya termasuk dengan panggilan manis buat Tengku Luthfi tadi.
Kali ini, Tengku Luthfi dengar dengan sangat jelas. 'Bie'. Indahnya perasaan dia sekarang.
"You most welcome, sayang." Tengku Luthfi melagakan kepala mereka.
Lama mereka berdua diam sambil menikmati perasaan masing-masing. Tengku Naila merasa selamat setiap kali berada dekat dengan Tengku Luthfi. Terasa bahagia yang tidak pernah dia dapat dari Zikri sebelum ini.
Tapi sekarang semuanya dia dapat dari Tengku Luthfi. Lelaki ini memberi kebahagian untuk dia.
"Bie nak tahu sesuatu?" Tanya Tengku Naila. Dia nak bercerita.
"Apa?"
"I tak pernah rasa bahagia macam ni bila dengan Zikri. Tapi sekarang I rasa bahagia. Bahagia sangat-sangat. I bahagia bila I dengan you. I rasa selamat. I rasa I dilindungi. I rasa I disayangi dan dicintai. Zikri tak pernah ambil tahu pasal I. Yang dia tahu cuma duit, duit dan duit. I? Dia langsung tak kisah. Tapi bila I dengan you semuanya berbeza. You suka dengar I bercerita, dengar I pok pek pok pek, dengar I membebel, dengar keluh kesah I, you ambil tahu semua pasal I walaupun hal yang paling kecil dan tak penting sekali pun bahkan you sentiasa ada untuk luangkan masa you dengan I walaupun sekejap."
"You selalu hargai I. Zikri tak pernah hargai I macam you buat. Kadang-kadang I terfikir apa salah I pada dia sampai dia sanggup buat I macam tiga tahun lepas. Tapi I bersyukur bila I ditemukan dengan you. Baru I sedar mungkin ada hikmah di sebaliknya. Dan lagi satu mungkin Allah nak jauhkan I dari lelaki jahat macam Zikri. Lepastu, Allah jodohkan I dengan you. Lelaki yang baik, tenang, sabar, soft spoken.. pastu apa lagi eh? Banyak sangat ni. Apa-apa pun I bersyukur. Setiap kali I habis solat, I mesti akan doakan you dan ucap terima kasih pada Allah sebab dah berikan lelaki yang baik untuk I."
Selepas itu, Tengku Naila mengangkat kepalanya dari bahu Tengku Luthfi dan duduk menghadap Tengku Luthfi. Tengku Luthfi sedari tadi mendengar sambil tersenyum. Hati dia rasa tersentuh.
"Terima kasih lelaki baik sayang. Tolong I untuk jatuh cinta dengan you." Tengku Naila memegang dada kiri Tengku Luthfi sambil matanya tetap terus menatap ke dalam mata Tengku Luthfi.
"Terima kasih dah doakan aku. Mesti lah aku akan buat kau jatuh cinta dengan aku. Sebab aku nak cuma ada nama aku je dalam hati kau." Sejurus itu, dagu dan hujung hidung Tengku Naila dicuit lembut.
Tersengih suka Tengku Naila. Memang habit Tengku Luthfi sangat. Suka cuit dagu dan hidung dia.
"I cantik tak hari ni?" Tanya Tengku Naila.
"Setiap hari kau cantik, Naila. Sebab tu jantung aku asyik berdegup laju je setiap kali pandang kau." Memerah wajah Tengku Naila mendengar bicara encik tunangnya ini.
Setelah itu, Tengku Naila menjatuhkan kepalanya di bahu Tengku Luthfi. Malu.
Ketawa Tengku Luthfi melihat telatah malu Tengku Naila. Diusap perlahan ubun-ubun kepala Tengku Naila.
"Sejak bila you pandai sweet talker macam ni?" Soal Tengku Naila apabila dia mengangkat kepalanya.
"Sejak aku jadi tunang kau."
"You.."
"Ya, sayang."
"Tengku Luthfi." Ketawa Tengku Luthfi mendengar suara tegas Tengku Naila yang menyebut namanya.
Tbc..
Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨
ANDA SEDANG MEMBACA
MRS LUTHFI : MY LOVER [C]
RomanceTengku Luthfi Haikal 💓 Tengku Naila Ameera Tengku Luthfi Haikal. Siapa saja yang tidak mengenali jejaka tampan ini? Semua orang kenal. Anak kepada Tengku Firash Zayden dan satu-satunya pewaris terbesar serta CEO bagi syarikat F'ZAY HOLDING. Seorang...
![MRS LUTHFI : MY LOVER [C]](https://img.wattpad.com/cover/363125216-64-k197068.jpg)