MRS LUTHFI : 3

2.1K 151 11
                                    

Starich Empire

Besar langkah Tengku Luthfi berjalan di lobi syarikat Starich Empire. Segak Tengku Luthfi memakai suit serba hitam sampai semua mata perempuan tak berkelip memandang dirinya.

Sampai ada yang hampir hendak jatuh dek kerana memandang Tengku Luthfi tapi diri sendiri jalan tak pandang depan.

Jabir yang berada di belakang Tengku Luthfi hanya menayangkan riak biasa. Perkara begini dah jadi kebiasaan bagi dia untuk melihat semua perempuan mengagumi Tengku Luthfi.

Tapi macam biasa. Tengku Luthfi hanya memberi riak beku. Langsung takda perisa di wajah. Macam orang takda perasaan pun ada. Cuba kalau sebut nama Tengku Naila. Mesti senyum.

Orang yang tak pernah nampak senyuman Tengku Luthfi. Confirm pengsan. Lagi-lagi perempuan. Susah sangat Tengku Luthfi ni nak senyum.

Hanya ahli keluarga dan orang yang terapat saja boleh melihat senyuman kacak Tengku Luthfi.

Sampai saja di tingkat 20, lantas Tengku Luthfi dan Jabir melangkah keluar dari dalam perut lif. Jabir setia mengikut Tengku Luthfi dari belakang.

Sesampai saja di hadapan bilik meeting, Tengku Luthfi dan Jabir disambut oleh Gina, personal assistant Tengku Naqeeb.

"Selamat datang Tengku. Tengku Naqeeb dah ada di dalam. Silakan masuk." Gina membukakan pintu bilik meeting buat Tengku Luthfi. Tengku Luthfi sekadar membalas sapaan Gina dengan senyuman yang hampir nampak dan tak nampak saja.

Bila sampai giliran Jabir, Gina pantas memintas dan melangkah masuk ke dalam. Dibiarkan saja Jabir membuka pintu sendiri. Menarik nafas Jabir bagi menahan rasa sabar.

Jabir dan Gina ni memang tak boleh berjumpa. Sebab diaorang musuh. Asal jumpa, bertekak macam takda hari esok.

"What's up, bro?" Sapa Tengku Naqeeb sambil bersalam secara brotherhood dengan Tengku Luthfi.

Sesudah itu, masing-masing mengambil tempat. Baru saja Jabir mahu memberi fail yang dibawa kepada Tengku Naqeeb. Tengku Naqeeb menolak dan meminta tunggu.

"Tunggu siapa? Ada orang lain nak join meeting?" Tanya Tengku Luthfi. Badannya disandarkan pada kerusi dan kedua tangannya disilangkan ke dada.

"Dokumen untuk meeting aku tertinggal dekat rumah. Aku tengah tunggu 'someone' hantar. Tadi dia cakap lagi 5 minit. Kita tunggu sekejap." Beritahu Tengku Naqeeb seraya membuka plastik gula-gula dan disua ke mulutnya.

Mengangguk faham Tengku Luthfi. Dia menutup seketika matanya untuk melepaskan lelah. Rasa penat pula.

Tak lama kemudian, pintu bilik meeting dibuka dari luar. Pantas Tengku Luthfi membuka matanya. Terbeliak sedikit matanya melihat saat melihat Tengku Naila yang memakai baju gym.

Ketat. Nampak perut. Tapi Tengku Naila dengan selambanya hanya menghiraukan saja semua mata yang berada di bilik itu memandangnya.

 Tapi Tengku Naila dengan selambanya hanya menghiraukan saja semua mata yang berada di bilik itu memandangnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
MRS LUTHFI : MY LOVER [C]Where stories live. Discover now