Berpegangan tangan Tengku Luthfi dan Tengku Naila sambil berjalan di persisiran pantai dengan berkaki ayam. Tangan mereka berdua yang bebas, mereka memegang selipar.
Angin sepoi-sepoi bahasa di petang hari itu menyapa mereka. Sungguh merasa nyaman. Tengku Luthfi berpaling memandang tunangnya di sebelah. Cantik.
"Tenangnya." Ucap Tengku Naila seraya mengukirkan senyuman senang di bibir.
Tengku Luthfi diam sambil tetap terus menatap wajah cantik Tengku Naila. Tengku Luthfi merasa sangat beruntung kerana dapat memiliki gadis ini. Bahagia sangat. Itu yang dirasakan oleh Tengku Luthfi sendiri.
"Suka datang sini?" Berpaling kepala Tengku Naila saat mendengar suara garau itu bertanya. Laju Tengku Naila mengangguk.
"Nanti kita datang sini lagi. Nak?" Teruja wajah Tengku Nakla tatkala mendengar bicara Tengku Luthfi.
"Nak! Nak! Mesti lah nak! Bila?" Terhenti langkah Tengku Naila dan Tengku Luthfi. Tengku Naila berdiri menghadap penuh tunangnya.
"Insya-Allah. Mana tahu kita datang sini nanti bawa anak-anak." Memerah wajah Tengku Naila. Malu.
Anak-anak? Tengku Naila tak pernah terfikir walau sekali pun selepas dia bergelar tunang kepada Tengku Luthfi. Yalah, biasa orang kan kalau lepas tunang akan fikir sebab diaorang tak lama lagi dah nak kahwin. Jadi suami dan isteri.
Tapi Tengku Naila sendiri tak. Baru tadi dia terfikir soal anak-anak. Tipu lah kalau dia kata tak nak. Mesti lah nak. Apatah lagi anak dengan Tengku Luthfi.
"Bie ni.. buat I malu lah. Tapi bie nak ke anak-anak dengan I?" Terbit senyuman tipis Tengku Luthfi. Kedua tangan Tengku Naila digenggam lembut.
Wajah Tengku Naila ditatap dengan penuh kehangatan. Rambut Tengku Naila yang ditiup angin, diselitkan ke belakang telinga.
"Menikah dengan sayang adalah sempurnakan separuh ibadah kita sebagai umat Islam. Jadikan sayang sebagai isteri adalah satu impian dalam hidup aku. Dan akhir sekali aku nak menaikkan darjat kau dengan jadikan sayang sebagai seorang ibu dan syurga kepada anak-anak kita. Aku takda alasan lain selain dari tiga ni kenapa aku nak sayang jadi isteri aku dan ibu kepada anak-anak aku. Sebab kau sempurna di mata aku dan layak jadi suri hati aku." Jelas Tengku Luthfi panjang lebar.
Mencebik bibir Tengku Naila. Hatinya terkesan dengan ayat-ayat yang dilontarkan Tengku Luthfi. Sangat mendalam. Hatinya tersentuh pun ia juga. Sampai begitu sekali Tengku Luthfi memperlakukan dirinya.
Tak lama selepas itu, Tengku Naila terlihat ada sebuah pondok kayu yang terletak tidak jauh dari kawasan pantai.
"Bie, ada pondok lah dekat sana. Jom duduk dekat situ." Ajak Tengku Naila seraya menarik tangan Tengku Luthfi.
Tengku Luthfi akur dan mengikut langkah Tengku Naila. Sesampai saja di pondok, mereka berdua terus melabuhkan duduk. Tengku Naila mahupun Tengku Luthfi sama-sama senyap sambil menikmati angin dan pemandangan yang cantik di hadapan mereka.
Lama mereka berdua mendiamkan diri sebelum Tengku Naila memecahkan kesunyian antara mereka.
"Bie." Seru Tengku Naila perlahan selari menatap sisi wajah Tengku Luthfi.
"Ya, sayang." Sahut Tengku Luthfi sembari memalingkan kepalanya dan membalas pandangan si cantik kesayangan dia ini.
"Kalau lah satu hari nanti, tiba-tiba I ditakdirkan pergi dulu. Bie akan cari perempuan lain tak? Maksud I.. cari pengganti I." Berkerut dahi Tengku Luthfi mendengar soalan Tengku Naila. Dia tidak suka dengan persoalan Tengku Naila sekarang.
"Sayang cakap apa ni? Aku tak suka lah." Tegas suara Tengku Luthfi.
"I tanya je. Jawab lah."
"No. Aku takkan cari pengganti. Takkan ada siapa-siapa boleh gantikan tempat kau. Misal kata kalau aku kahwin sekali pun dengan perempuan tu, kau tetap ada di dalam hati aku. Perempuan tu mungkin dapat aku, tapi bukan hati aku. Dia cuma dapat jasad aku." Serius nada suara Tengku Luthfi menjawab soalan Tengku Naila.
"Bie, I takut. I takut hilang you. I takut hilang kita. I takut hilang semuanya. I takut kalau terjadi apa-apa pada I dan I hilang semua tentang kita. I tak nak." Lirih suara Tengku Naila. Dia tak tahu kenapa tiba-tiba terasa sedih seperti ini.
"Sayang kenapa ni? Kita ada lagi sebulan je untuk kita nikah. Sayang berat hati ke nak nikah dengan aku?" Laju kepala Tengku Naila menggeleng.
"Tak.. bukan tu. Cuma.. dua tiga hari ni I rasa tak sedap hati. Jangan tinggalkan I. Please.. I merayu sangat dengan you. Cukup lah dengan apa yang dah Zikri buat pada I dulu. I tak nak hilang you. I betul-betul tak nak hilang you." Sebak hati Tengku Naila sehingga menitis setitik air matanya.
Tengku Luthfi yang melihat itu terus membawa tubuh Tengku Naila ke dalam dakapannya. Dipeluk Tengku Naila seerat yang mungkin.
Tengku Naila menangis di dalam pelukan Tengku Luthfi. Pelukan lelaki itu dibalas tak kalah erat. Basah baju Tengku Luthfi dek terkena air mata Tengku Naila.
Keadaan Tengku Naila yang begini lah sangat membuat Tengku Luthfi merasa risau. Dia tak tahu apa punca Tengku Naila boleh bersikap begini. Tapi bila melihat Tengku Naila sampai merayu, hati dia cukup tergores dan turut merasa sakit yang sama seperti Tengku Naila rasakan.
Kalau Tengku Naila sendiri berharap Tengku Luthfi tidak meninggalkan dia. Tengku Luthfi sendiri pun rasa yang sama. Dia pun tidak mahu Tengku Naila meninggalkan dirinya.
"Shh.. aku takkan tinggalkan kau. Kita dah janji. Ingat janji kita sayang." Mengangguk Tengku Naila. Dia masih ingat janji mereka.
Setelah agak reda tangisan Tengku Naila, Tengku Luthfi melepaskan pelukan tersebut. Ditatap wajah Tengku Naila yang basah dengan air mata.
Dikesat lembut air mata Tengku Naila yang mengalir di pipi. Mata mereka berdua saling bertaut rapat.
"I love you, sayang." Ucap Tengku Luthfi seraya mengukirkan senyuman manis buat Tengku Naila.
"I love you too." Balas Tengku Naila sambil mencebikkan sedikit bibirnya.
"Jangan fikir macam tu lagi. Kita sama-sama takkan ada yang meninggalkan atau ditinggalkan. Faham?" Angguk Tengku Naila.
Tbc..
Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨
YOU ARE READING
MRS LUTHFI : MY LOVER [C]
RomanceTengku Luthfi Haikal 💓 Tengku Naila Ameera Tengku Luthfi Haikal. Siapa saja yang tidak mengenali jejaka tampan ini? Semua orang kenal. Anak kepada Tengku Firash Zayden dan satu-satunya pewaris terbesar serta CEO bagi syarikat F'ZAY HOLDING. Seorang...