MRS LUTHFI : 34

2.6K 141 3
                                    

Menggeliat Tengku Naila apabila dia sudah membuka matanya. Dikalihkan kepalanya memandang ke sebelah. Suaminya tiada. Jadi dari tadi dia tidur seorang lah? Mana Tengku Luthfi pergi?

Jangan cakap dia tinggalkan Tengku Naila. Oh no! My husband, how dare you?!

Baru saja dia nak berdrama, Tengku Luthfi dah melangkah masuk ke dalam bilik sambil menatang dulang yang berisi dengan makanan.

Pantas Tengku Naila bangun dan berdiri menggunakan kedua lututnya di atas katil. Wah.. breakfast on bed. Kau hado? Takdo? Kasihan..

"Where are you going? You leave me, hubby? No, no. Don't leave me, hubby. When you leave me, I will cry cry.." Tersenyum lucu Tengku Luthfi mendengar bicara isterinya dengan nada suara seperti kanak-kanak itu.

Comel.

"Apa sayang ni? Sejak bila bie tinggal sayang? Takda maknanya bie nak tinggal sayang. Bie keluar tadi beli breakfast." Dulang yang dibawa, diletak di atas meja kecil sebelah katil.

Selepas itu, Tengku Luthfi melabuhkan duduknya di atas katil. Kedua tangan Tengku Naila dipegang dan ditarik perlahan menghadapnya. Tengku Naila akur.

"Bie.. lain kali jangan pergi macam tu je tinggalkan sayang sorang. Jantung sayang hampir nak tercopot dari soket tadi bila tengok bie takda dekat sebelah." Bebel Tengku Naila seakan tidak berpuas hati.

"Bie keluar beli makanan. Bukannya bie tinggal sayang." Balas Tengku Luthfi selari membetulkan rambut kusut masai isterinya.

"Bagi sayang, bie tinggal. Tak boleh ke bie tunggu sayang bangun? Kita keluar cari breakfast sama-sama." Bidas Tengku Naila tidak mahu kalah.

"Okay, fine. This is first and last. Lepas ni.. kalau sayang bangun tengah hari sekali pun, bie tetap tunggu. Masuk office malam pun boleh sebab tunggu sayang bangun." Memicing mata Tengku Naila merenung suaminya. Ini perli ke apa?

"Perli eh?" Tersengih lebar Tengku Luthfi kepada isterinya.

"Tak perli sayang. Cakap je." Kedua pipi Tengku Naila dicium lembut.

Senyum Tengku Naila. Nasib baik Tengku Luthfi cepat memujuk. Kalau tak.. Tengku Naila nak merajuk setahun. Boleh ke merajuk sampai setahun wahai Tengku Naila Ameera?

Setelah itu, Tengku Naila berpaling memandang dulang yang dibawa suaminya tadi. Dilihat ada waffle, croissant, roti bakar dan.. nasi lemak? Yang lain makanan tu bukan main english breakfast lagi. Tiba-tiba terselit malay breakfast.

"Wah.. ada nasi lemak." Teruja Tengku Naila saat melihat adanya nasi lemak. Dia bukan nak judge nasi lemak tadi.

Dia teruja nampak nasi lemak. Siap bertepuk tangan. Itu lah perangai Tengku Naila setiap kali teruja. Tengku Naila ni tekak orang Melayu. Dari kecil Puan Sri Amanda tak pernah biasakan Tengku Naila, Tengku Naqeeb dan Tengku Nazrul makan makanan western.

Mula dari sarapan, makan tengah hari, makan malam sehingga supper. Makanan Melayu. Sesekali makan western okay saja. Cuma tekak dah biasa makanan Malaysia.

Bila pergi luar negara, balik saja ke Malaysia. Macam orang batak tak pernah nampak makanan Malaysia.

"Sayang tak nak makanan lain?" Muncung Tengku Naila seraya menggeleng tidak mahu.

"Kenapa?" Tanyanya ingin tahu.

"Sebab.. I dah biasa makan berat masa breakfast. Dekat rumah tu, mummy dah selalu masak sarapan nasi goreng, mee goreng, bihun goreng, nasi goreng pattaya, nasi goreng sardin dan macam-macam lagi. Yang pasti.. SEDAP!" Penuh teruja Tengku Naila bercerita.

"Nanti lunch tak makan?" Laju kepala Tengku Naila menggeleng.

"Mana mungkin sayang tak makan lunch. Of course lah makan."

MRS LUTHFI : MY LOVER [C]Where stories live. Discover now