MRS LUTHFI : 21

2.5K 174 1
                                    

Tengku Naila memandang white roses bouquet yang diberi Tengku Luthfi tadi. Cantik. Tersenyum Tengku Naila saat teringat Tengku Luthfi memujuknya.

Rindu dia pada lelaki itu akhirnya dapat diluahkan. Tak lepas tangan Tengku Naila dari genggaman tangan Tengku Luthfi sepanjang mereka berbual. Sekejap-sekejap mesti Tengku Luthfi mencium tangannya. Katanya rindu. Sama-sama rindu rupanya.

Memang Tengku Luthfi suka buat Tengku Naila jadi tersipu malu. Mereka takda lah berbual sangat. Lebih kepada banyak main mata. Tengku Luthfi lah, asyik cakap rindu nak tengok mata Tengku Naila.

Seminggu tak jumpa. Rindu tu semakin tak keruan. Halah, mengada.

Tak lama selepas itu, handphone Tengku Naila berdering minta diangkat. Lantas Tengku Naila melihat gerangan yang menelefonnya. Terbit senyuman manis di bibir bila melihat gerangan yang membuat panggilan kepadanya.

Siapa lagi kalau bukan Tengku Luthfi.. cuma lelaki ini saja lah yang selalu buat hati Tengku Naila berdegup laju dan berkerja lebih masa dan had.

"Assalamualaikum." Ucap Tengku Naila selepas dia menjawab panggilan dari encik tunang tercintanya.

Tengku Luthfi yang mendengar suara lembut si gadis kesayangannya terus mengukirkan senyuman.

"Waalaikumussalam. Sayang buat apa?" Jawab Tengku Luthfi seraya menyoal.

"Takda buat apa pun. Baring-baring je. Bie kan suruh I rehat. Jadi I rehat lah." Kata Tengku Naila selari membaringkan dirinya di atas katil.

"Leher sayang dah sapu ubat?" Soal Tengku Luthfi.

"Dah. Tadi Naz yang tolong sapukan." Beritahu Tengku Naila. Bibirnya tidak berhenti dari terus ukir senyuman.

"Good girl. Rindu lah bie dengan cinta hati bie ni. Kita cepatkan tarikh nikah kita, nak?" Tergelak perlahan Tengku Naila. Rindu apanya. Baru jumpa. Pastu sekarang minta tarikh nikah diawalkan.

"Encik tunang kesayangan Naila.. kita ni ada lagi beberapa minggu je nak nikah dah. Sabar eh?" Mencebik bibir Tengku Luthfi apabila Tengku Naila tak setuju untuk mencepatkan tarikh nikah mereka.

"Alah sayang.. cepatkan je lah. Confirm parents kita okay. Mesti diaorang lagi setuju." Tengku Luthfi cuba memujuk lagi. Mana tahu dapat. Tapi malangnya tidak.

"Nope, Tengku Luthfi Haikal. Jangan lah macam ni. Nanti semua jadi kelang-kabut. So better we just stick with our plan. Okay?" Sama-sama saling pujuk memujuk.

Yang seorang nak awal. Yang seorang lagi nak stick dengan plan yang diaorang dah plan sebelum ni.

"Okay lah sayang. Bie dengar cakap sayang." Alah.. manisnya bakal suami Tengku Naila.

"Thank you, bie." Ucap Tengku Naila ikhlas.

"You're most welcome, sayang." Balas Tengku Luthfi sambil menatap bintang di langit. Cantik sangat bintang-bintang yang ada di langit malam ni. Semuanya bersinar dengan indah.

"Bie.. I nak rehat. I dah mengantuk." Beritahu Tengku Naila yang sedang mengenyeh matanya. Sedari tadi dia menahan kantuknya kerana ingin berbual dahulu dengan Tengku Luthfi.

"Oh okay. Sorry kacau sayang masa rehat. Good night, my love. I love you. Assalamualaikum." Semakin lebar senyuman Tengku Naila mendengar luahan cinta Tengku Luthfi. Berdegup laju jantungnya.

"I love you more. Bye, bie. Waalaikumussalam." Sahut Tengku Naila membalas salam dan ucapan cinta tunangnya sebelum panggilan itu tamat.

Tengku Naila meletakkan gajet nipis tersebut di sebelahnya. Setelah itu, mata dia tertuju kepada white roses yang diletakkan di atas sofa yang ada di dalam bilik tidurnya.

Terbit senyuman manis di bibir Tengku Naila. Lelaki yang tak pernah disangka akan memberi kebahagiaan yang luar biasa untuk diri dia. Tengku Naila sangat bahagia bila bersama Tengku Luthfi.

'Ya Allah.. kekalkan kebahagiaanku bersama lelaki yang paling kucintai ini. Kuatkan perasaan dan hati kami. Jaga lah hati kami untuk satu sama lain. Aamiin..' Berdoa Tengku Naila di dalam hatinya.

Sesudah itu, Tengku Naila memejamkan matanya. Kantuknya semakin menjengah. Tak dapat Tengku Naila tahan lagi.

**********

Semakin berdebar hati Tengku Naila bila hari pernikahannya semakin hampir. Berdegup laju jantung dia. Dulu dengan Zikri takda pula Tengku Naila rasa macam ni. Masa diaorang hampir nak akad tu, baru lah Tengku Naila rasa berdebar semacam.

Betul lah kata diri dia. Tengku Naila bila bersama Tengku Luthfi memang aura dia lain. Wajah Tengku Naila pun semakin berseri-seri. Seri bakal pengantin lah katakan.

Alhamdulillah. Kesan cengkaman di leher Tengku Naila sudah pun pulih.

Tengku Naila memandang orang-orang yang sedang bekerja memasang pelamin nikah di ruang tengah rumah keluarganya. Dia sendiri tak sangka yang dia bakal hadap perkara ini buat kali kedua.

Tapi dia tak nak kejadian tiga tahun lepas dihadap sekali lagi. Mungkin kalau terjadi sekali lagi, Tengku Naila takkan kuat untuk hadap. Tapi dia tahu, Tengku Luthfi takkan buat macam tu.

"Aila." Berpaling kepala Tengku Naila memandang Tan Sri Tengku Affan. Terbit senyuman manis untuk daddy hensem dia ini.

"Yes, daddy." Jawab Tengku Naila lembut.

"Dah ready nak jadi Mrs Luthfi?" Tanya Tan Sri Tengku Affan sambil membelai puncak kepala anak gadisnya.

Tengku Naila tidak menjawab malah dia melepaskan keluhan. Pandangannya pun dibuang ke tepi. Tersenyum nipis Tan Sri Tengku Affan melihat tingkah anaknya.

"Kenapa dengan anak daddy ni? Ada yang tak kena ke? Luthfi buat hal? Nak daddy tumbuk dia?" Terlepas tawa Tengku Naila. Ada pula tumbuk. Sepak saja lah terus.

"Mana ada lah. Dia okay je. Tak buat hal. Cuma.. Aila takut." Adu Tengku Naila seraya mencebikkan bibir di hadapan daddy nya.

"Aila takut jadi macam tiga tahun lepas?" Mengangguk Tengku Naila mengiyakan pertanyaan Tan Sri Tengku Affan.

"Daddy yakin seratus peratus yang Luthfi berbeza dari Zikri. Insya-Allah, Luthfi boleh jaga Aila lebih baik dari daddy jaga Aila. Jadi.. Aila kena yakin pada Luthfi." Kata Tan Sri Tengku Affan selari menarik tubuh mungil anaknya dan dipeluk seerat yang mungkin.

Ini lah satu-satunya anak perempuan dia. Satu-satunya belahan jiwa dia setelah Puan Sri Amanda. Tengku Naila ini ibarat cahaya dalam hidup Tan Sri Tengku Affan. Cahaya yang bersinar dan memberi kebahagiaan dalam keluarga mereka.

Bukan senang Tan Sri Tengku Affan ingin melepaskan anak perempuannya ini. Tapi dia perlu sedar yang Tengku Naila bukan lagi kanak-kanak. Tengku Naila dah besar dan jadi dewasa.

"Daddy percaya Luthfi?" Soal Tengku Naila sembari mendongakkan kepalanya memandang Tan Sri Tengku Affan.

"Daddy percaya Luthfi. Kalau daddy tak percaya. Daddy tak izinkan dia ambil anak kesayangan daddy ni jadi isteri dia. Sebab daddy percaya lah daddy bagi izin untuk dia jaga Aila dan bahagiakan Aila." Beritahu Tan Sri Tengku Affan seraya menatap segenap wajah Tengku Naila.

"Kalau daddy percaya. Aila pun kena percaya. Kalau daddy yakin. Aila pun kena yakin. Sebab Aila tahu.. dengan adanya restu dari daddy dan mummy dalam hubungan kami. Insya-Allah.. Aila dan Luthfi akan bahagia. Sammmmpai syurga. Daddy doakan Aila dan Luthfi tau?" Pinta Tengku Naila.

Terkelip-kelip matanya memandang wajah kacak milik sang daddy nya. Senyum Tan Sri Tengku Affan bila melihat wajah anaknya. Persis sama macam Puan Sri Amanda masa muda dulu. Macam ini lah. Perangai manja pun sama. Kuat merajuk pun iya.

"Daddy sentiasa doakan untuk anak-anak daddy." Selepas itu, Tan Sri Tengku Affan mencium dahi Tengku Naila.


Tbc..

Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨

MRS LUTHFI : MY LOVER [C]Where stories live. Discover now