MRS LUTHFI : 31

2.6K 157 1
                                    

Tengku Luthfi menolak daun pintu bilik Tengku Naila. Selepas mereka solat subuh tadi, Tengku Naila terus merebahkan badannya di atas katil.

Katanya tak larat. Mengantuk.

Pagi ni pun Tengku Naila tak turun menolong Puan Sri Amanda membuat sarapan seperti biasa. Bila ditanya mana Tengku Naila. Tengku Luthfi menjawab seadanya. Takkan nak tipu. Bagitahu lah yang Tengku Naila penat.

Langkahnya dibawa mendekati sang isteri yang masih lena dibuai mimpi. Polos dan tenang saja wajah Tengku Naila. Macam baby tidur. Tenang.

Setelah itu, Tengku Luthfi melabuhkan punggungnya di sebelah Tengku Naila. Dipandang serata wajah cantik Tengku Naila. Tangan kanan dibawa mengelus pipi sang isteri. Gebu.

Tapi ada rasa panas. Tengku Naila demam? Tengku Luthfi menyentuh dahi, leher dan pipi isterinya. Sahih. Badan si isteri panas.

"Sayang. Sayang.." Panggil Tengku Luthfi sambil menepuk perlahan pipi Tengku Naila.

Diam. Tengku Naila tidak bergerak atau memberi sebarang respon. Tengku Luthfi mula merasa risau.

"Sayang.." Kejut Tengku Luthfi lagi. Risau.

Selepas beberapa kali panggilan, Tengku Naila membuka matanya. Dikerdip perlahan kedua mata dan terus disuguhkan dengan wajah kerisauan milik Tengku Luthfi.

"Bie.." Serak suara Tengku Naila memanggil suaminya.

"Ya, sayang. Bie dekat sini." Kepala Tengku Naila terus diangkat dan dipangku.

"Bie kenapa macam risau sangat ni?" Tanya Tengku Naila sambil terbatuk-batuk.

"Sayang demam. Tadi bie kejut sayang. Sayang tak gerak pun. Bie risau. Macam mana sayang boleh demam ni?" Diusap muka Tengku Naila. Peluh merintik di dahi. Walhal di dalam bilik sudah terpasang aircond. Tapi isterinya berpeluh.

"Tak tahu. Pagi tadi mula rasa tak sedap badan." Beritahu Tengku Naila seraya menyembamkan wajahnya di dada bidang sang suami.

Tengku Luthfi diam sambil berfikir. Takkan isterinya demam kerana.. hal semalam? Mustahil sangat. Tapi boleh jadi.

"Sayang." Berdehem Tengku Naila.

"Sayang demam sebab.. aktiviti kita semalam ke?" Merona merah wajah Tengku Naila. Jangan lah dicakap hal semalam. Aduh. Susah payah Tengku Naila ingin melupakan. Tengku Luthfi dengan senang hati mengungkit dan bertanya dia demam sebab semalam ke bukan.

"Shh.. jangan cakap." Balas Tengku Naila selari menenggelamkan mukanya di dada Tengku Luthfi.

Baru saja Tengku Luthfi mahu bersuara sekali lagi. Tengku Naila pantas bangun dari baringan dan menggelengkan kepala sambil menutup telinga.

"Tak nak.. tak nak dengar, tak nak dengar." Berulang kali Tengku Naila mengucapkan ayat itu. Matanya dipejam rapat. Tengku Naila terus duduk bersila.

Terlepas ketawa Tengku Luthfi. Dia menarik isterinya ke dalam dakapan. Dapat dia rasa haba panas yang datang dari tubuh si isteri.

"Panas lah badan sayang. Kita pergi klinik." Ujar Tengku Luthfi selari mencium puncak kepala isterinya. Rambut lebat isterinya dibelai lembut.

"Tak nak. Dekat bawah ada ubat demam. Bie ambil je ubat dekat dapur. Pastu.. sayang tak nak makan bubur. Nak makan nasi macam biasa yang ada lauk."

"Tapi sayang kan de.." Pantas Tengku Naila memotong bicara suaminya.

"Sebab sayang demam kena makan bubur? Memang tak lah. Sayang tak suka makan bubur." Bantah Tengku Naila. Tetap tidak mahu bubur.

"Sayang.."

"Oh.. please lah hubby.. jangan nak klishe sangat. Asal demam je bubur." Tengku Naila menjulingkan kedua matanya ke atas. Gaya dia betul-betul nampak menyampah.

MRS LUTHFI : MY LOVER [C]Where stories live. Discover now