MRS LUTHFI : 12

2K 154 5
                                    

Penat seharian Tengku Naila dan Gina menyiapkan segala persiapan istimewa untuk Tengku Naqeeb dan Umairah. Ini semua Tengku Naqeeb punya pasal.

Nasib baik lah lepas tu Tengku Naqeeb berbaik hati mahu belanja Tengku Naila dan Gina pergi spa. Segala perawatan mereka di spa, Tengku Naqeeb yang tanggung. Lega badan oi dapat mengurut.

"Ukkk.." Keluar angin dari mulut Tengku Naila.

Berpaling kepala Gina memandang Tengku Naila. Lain macam. Cantik-cantik pun sekali keluar bunyi angin macam suara abang-abang.

"Cik Naila." Panggil Gina.

"Just Naila, Gina. Berapa kali.. lah I nak cakap." Naik bosan telinga dia sebab Gina asyik panggil dia 'Cik Naila'. Dia pun naik bosan bila asyik suruh Gina panggil dia 'Naila'.

"Hehehe.. Naila."

"Hm."

"Agak-agak lah. Cik Umairah terima bos ke tak?" Soal Gina. Dia jadi penasaran. Nak tahu.

Perlahan-lahan Tengku Naila mengangkat kepalanya. Dia pun tak tahu. Tiba-tiba jadi kepoh nak tahu. Terima ke tak eh?

"You.. terfikir tak apa yang I fikir?" Lambat-lambat Tengku Naila bertanya seraya memalingkan kepalanya memandang Gina di sebelah.

Tak lama selepas itu, Gina mengukirkan senyuman. Tengku Naila dan Gina saling mengangguk sebelum mereka berdua bangun dari baring dan turun dari katil. Terhenti segala aktiviti mengurut mereka berdua.

"Jom kita tengok." Ajak Tengku Naila dan disokong Gina.

**********

Kekok Umairah rasa apabila duduk di dalam bulatan yang dibuat dari kelopak bunga mawar merah. Walaupun duduk di atas kerusi dan ada meja di depan. Tetap saja kekok.

Lagi-lagi ditatap intens oleh Tengku Naqeeb. Lima minit tiada bicara antara mereka berdua. Hanya sunyi sepi dan ditemani oleh bunyi-bunyi yang agak sayup.

Bukan hantu eh. Saya tak buat cerita seram.

Tengku Naqeeb pandang Umairah. Umairah pandang Tengku Naqeeb. Sekarang ni Tengku Naqeeb nak ajak dia makan tanpa bersembang? Hanya main mata saja?

Tak lama kemudian, Tengku Naqeeb mula berdehem dan membuka bicara. Selalunya diaorang okay saja. Cuma nak bercakap soal hati dan perasaan mereka, pasti lah kekok. Tak pernah kan. Tiba-tiba saja. Lagi-lagi Umairah. Memang terkejut beruk bila dia tahu Tengku Naqeeb suka dia.

Tengku Naila tanya pun dia diam. Jadi manusia blur.

"Mai mesti dah tahu kenapa abang Qeeb ajak Mai dinner malam ni." Kata Tengku Naqeeb dan mendapat anggukan dari Umairah.

"Abang Qeeb tak paksa Mai untuk terima. Abang Qeeb faham. Cuma abang Qeeb nak beritahu perasaan abang Qeeb yang sebenarnya pada Mai dengan lebih elok. Tak macam tempoh hari. Tapi perasaan abang Qeeb buat Mai, ikhlas dan tulus dari hati abang Qeeb." Ujar Tengku Naqeeb seraya terus menatap wajah Umairah yang mula membahang kerana malu.

Umairah diam seketika. Kata Tengku Naila memang sebelum ni Tengku Naqeeb ada cakap yang dia suka dengan seorang perempuan. Cuma tak dibagitahu nama saja.

Bila Tengku Naila selidik dan bertanya Tengku Naqeeb sekali lagi selepas Tengku Naqeeb jujur dengan keluarganya soal Umairah tempoh hari. Baru lah Tengku Naila tahu. Rupanya perempuan yang selama ini Tengku Naqeeb suka ialah Umairah.

Kawan baik dia sendiri. Tak sangka Tengku Naila. Dia sendiri pun terkejut. Apatah lagi Umairah. Tengku Naqeeb dah ada perasaan pada Umairah sejak empat tahun lepas.

"Mai.." Baru Umairah nak bercakap. Tengku Naqeeb laju memotong.

"Jangan jawab Mai. Abang Qeeb tak sanggup nak dengar jawapan Mai. Nanti hati abang Qeeb sakit." Umairah mengemam rapat bibirnya.

MRS LUTHFI : MY LOVER [C]Where stories live. Discover now