MRS LUTHFI : 23

2.2K 154 10
                                    

Sedari tadi tautan tangan Tengku Naila dan Tengku Luthfi langsung tidak terlepas. Ke mana saja Tengku Luthfi pergi, Tengku Naila pasti ikut dan sebaliknya.

Semua yang masih berada di majlis mereka, masing-masing tersenyum-senyum apabila melihat keromantisan pasangan love bird ini. Kemain.. tangan tu dah ada gam ke?

"Ehem. Haih.. tahu lah pengantin baru. Tapi tangan tu cubaaaa ler lepas. Tatet mata itew menengoknya." Tegur Tengku Hafiz, sepupu kepada Tengku Luthfi.

Dijeling pegangan tangan Tengku Luthfi dan Tengku Naila. Dua jam juga lah dia tengok pengantin baru ni tak berenggang. Tangan tu pun dah macam kena gam gajah. Tak lepas-lepas dari tadi.

"Lah? Kau ada? Sorry lah bro. Tak perasan." Saja Tengku Luthfi mahu mengusik Tengku Hafiz.

Monyok terus wajah Tengku Hafiz. Sampai hati dia tak perasan kita. Mentang-mentang lah dah ada isteri. Kita ni dia lupakan. Nak menangis lah. Dasar kacang lupakan kulit.

"Biadap juga ya husband you ni, Naila. Nak je I stapler mulut dia. Biar tak bercakap terus." Bidas Tengku Hafiz seraya menjeling Tengku Luthfi dan senyum kepada Tengku Naila.

"Tak payah senyum-senyum dekat wife aku lah. Buruk senyuman kau tu. Kang jadi mimpi ngeri buat wife aku." Muka Tengku Hafiz ditutup pakai tangannya dan ditolak ke tepi.

Tergelak yang lain apabila melihat aksi pergaduhan mulut antara Tengku Luthfi dan Tengku Hafiz.

"Bie ni. Tak baik lah. Kesian abang Hafiz." Terjengil mata Tengku Luthfi saat mendengar isterinya memanggil Tengku Hafiz dengan panggilan 'abang'.

Wah, wah, wah.. abang ya? Hahaha. Terbakar hati dia dengan api cemburu.

"Siapa sayang?" Tanya Tengku Luthfi.

"Siapa apa?" Soalan dibalas soalan.

"Sayang panggil Apiz tadi apa?"

"A..bang?" Tengku Luthfi menjatuhkan kepalanya sekali.

"Tak payah nak berabang-abang sangat dengan dia. Bie tak suka. Panggil Apiz je." Arah Tengku Luthfi serius.

"Kenapa? Abang Hafiz kan lagi tua dari saya." Balas Tengku Naila dengan masih tidak faham yang suaminya sedang cemburu.

"Betul tu. Aku lagi tua." Sokong Tengku Hafiz sengaja. Menyenget bibirnya senyum kepada Tengku Luthfi selari menaikkan sebelah keningnya.

Tadi sakitkan hati aku. Sekarang biar kau rasa. Kalau merajuk nanti Tengku Naila kan ada. Biar Tengku Naila pujuk. Hoho.

Menjeling Tengku Luthfi memandang Tengku Hafiz. Suka lah tu Tengku Naila panggil dia abang. Menyampah. Yang Tengku Naila ni pun tak faham-faham ke dia tengah cemburu.

Semua yang ada di keliling mereka hanya menahan senyum. Nampak sangat muka cemburu tu Tengku Luthfi oi. Tengku Naila pun perasan. Bukan dia tak faham. Tapi saja nak usik suaminya.

"Suka hati Naila lah. Nak panggil Apiz abang ke apa ke. Aku tak kisah." Tautan tangan mereka berdua dileraikan. Selepas itu, Tengku Luthfi berjalan ke arah Tengku Lutfan. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah si adik bongsu.

Tengku Naila tergelak perlahan lalu mengorak langkah menuju ke sang suami. Baru berapa jam jadi suami dah cemburu. Haih. Nasib baik hensem.

"Bie.." Meleret manja suara Tengku Naila menyeru Tengku Luthfi.

Tapi Tengku Luthfi diam. Tanpa kata, Tengku Naila mengambil tempat kosong di sebelah Tengku Luthfi. Lengan sasa Tengku Luthfi dipeluk dengan erat. Kepalanya dilentokkan di atas bahu sang suami.

Diam. Tiada seorang pun yang berbicara. Masing-masing melayan perasaan. Semua yang melihat adegan itu hanya menyambung kegiatan mereka. Malas nak masuk campur rumah tangga yang baru dibina itu.

MRS LUTHFI : MY LOVER [C]Where stories live. Discover now