MRS LUTHFI : 39

1.8K 128 4
                                    

Termenung Tengku Naila melihat pemandangan di luar rumah dari balkoni rumah keluarga mertuanya. Cantik. Pemandangan yang hijau. Penuh dengan tumbuh-tumbuhan dan pokok.

Halaman rumah yang sangat luas. Kawasan yang nyaman. Udara yang segar. Sangat seronok menghirup udara pagi begini.

Tersentak Tengku Naila kerana terkejut. Tiba-tiba pinggangnya dipeluk dari belakang. Tak perlu dia bertanya siapa. Sudah pasti dia tahu gerangannya. Cukup dari bau saja Tengku Naila dah dapat meneka.

"Tengok apa?" Tanya Tengku Luthfi selari bibirnya tidak berhenti dari terus mencium tepi kepala Tengku Naila.

"Tengok pemandangan. Lawa." Jawab Tengku Naila ringkas. Senyum saja Tengku Naila tatkala mendapat ciuman bertubi-tubi dari suaminya.

"Nak bandingkan sayang dengan pemandangan. Sayang lagi lawa." Mulut manis Tengku Luthfi ni. Macam ada berkilo-kilo gram gula yang ditanam di tepi bibir.

Berpusing badan Tengku Naila menghadap suaminya. Mata dipicingkan merenung sang suami.

"Ya Allah.. mulut bie ni. Manis sangat lah. Meh nak cium." Sejurus itu, Tengku Naila mencium bibir suaminya berkali-kali.

Tengku Luthfi tak menghalang. Sebab dia lagi suka. Jadi dia terima dengan senang hati dan hati yang gembira saat mendapat ciuman dari kesayangannya.

"Mmmmuah.." Tengku Naila menekan bibirnya di bibir Tengku Luthfi. Kedua tangan dikalungkan di batang leher sang suami.

Selepas itu, Tengku Naila menjauhkan bibirnya dari bibir Tengku Luthfi. Mata mereka berdua saling bertaut. Pipi Tengku Naila diusap perlahan.

"Bie." Seru Tengku Naila.

"Ya." Sahut Tengku Luthfi.

"Dekat sebulan kita jadi suami isteri. Ada perubahan tak dalam hidup bie lepas bergelar seorang suami?" Tanya Tengku Naila ingin tahu.

Tengku Luthfi diam tidak menjawab. Malah dia lebih suka merenung muka jelita isterinya. Setelah diam beberapa saat, baru lah Tengku Luthfi membuka suara.

"Banyak juga perubahan. Bie dah tak terlalu fikir tentang kerja. Bie banyak fikir tentang sayang. Bie lebih utamakan sayang. Apa saja yang nak bie nak buat, sayang dulu yang bie akan fikir. Kalau-kalau sayang tak suka atau tak selesa dan semacamnya. Bie nak sayang rasa selesa dengan bie. Bie nak sayang selalu bercerita dengan bie. Bila sayang tak bercakap dengan bie, hidup bie rasa sunyi."

"Dulu bie okay je. Tapi sejak bie kenal sayang dan bermulanya hubungan kita yang dari tak kenal. Ups.. pembetulan. Kita saling kenal tapi kita tak saling tegur."

"Betul." Laju Tengku Naila menyampuk.

"Hidup bie dulu sorang. Bie tak fikir siapa-siapa selain dari family. Tapi sekarang bie dah ada sayang yang sentiasa jadi keutamaan bie. Selalu menjadi keutamaan dalam hidup bie. Bie perlu fikir tentang sayang. Perasaan sayang. Pendek kata.. apa saja yang bie lakukan, sayang tetap jadi yang pertama. Di fikiran bie, di hidup bie dan di hati bie." Senyum-senyum Tengku Naila mendengar ujaran panjang lebar suaminya.

"Wah.. bagus-bagus. Kiranya sayang ni menghantui hidup bie. Jadi, bie tak boleh lupakan sayang sesaat pun. Sebab sayang akan hantui hidup bie selalu.. he he he he.." Di akhir ayat, Tengku Naila membuat suara garau seakan sedang menghilai.

Masalahnya Tengku Luthfi tak nampak isteri dia seram. Tapi comel. Buat dia semakin rasa geram.

Tengku Luthfi mencubit kedua pipi sang isteri. Sungguh rasa geram dia tak main-main. Mengaduh sakit Tengku Naila. Mencuka riak wajah Tengku Naila. Kalau geram sangat, agak-agak lah.

"Sorry, sayang. Tak perasan tercubit kuat. Sayang comel sangat. Bie geram." Diusap semula pipi sang isteri dengan lembut.

"Agak-agak lah geram tu pun bie. Lama-lama kendur pipi sayang kalau bie asyik cubit je." Omel Tengku Naila. Dia bukan lah marah.

MRS LUTHFI : MY LOVER [C]Where stories live. Discover now