MRS LUTHFI : 29

2.6K 148 0
                                    

Terpaku Tengku Naqeeb saat melihat tunangnya, Umairah yang sedang berjalan ke arahnya. Cantiknya tunang dia hari ini. Umairah memakai abaya berwarna baby blue dengan tudung warna yang sama.

Hari ini, mereka berdua ada janji untuk mencari barang hantaran nikah bersama-sama. Sebab itu lah mereka berdua berjumpa di mall.

Tengku Naqeeb mahu mengambil Umairah di rumah. Tapi Umairah tak nak. Sebab jarak antara rumah Umairah dan syarikat Tengku Naqeeb agak jauh. Jadi dia sebagai tunang yang baik tak nak lah menyusahkan tunangnya.

"Assalamualaikum." Ucap Umairah setelah melabuhkan duduknya di kerusi hadapan Tengku Naqeeb.

"Waalaikumussalam." Balas Tengku Naqeeb. Senyum dia melihat wajah manis Umairah.

"Maaf lambat. Lama awak tunggu?" Tanya Umairah dengan rasa bersalahnya.

"Tak lama mana pun. Dalam 5 atau 6 minit." Umairah mengemam rapat bibirnya.

"Nah.. It's okay. Sayang jangan buat muka macam tu. Saya okay je." Kata Tengku Naqeeb agar tidak membuat Umairah merasa bersalah kerana membiarkannya menunggu lama.

Walhal tak lama mana pun. Jadi takda masalah. Sedangkan selama ini Tengku Naqeeb bersabar dengan memendam perasaannya untuk beberapa tahun. Takkan sebab Umairah lambat beberapa minit nak marah.

Tak logik. Tengku Naqeeb sayang sangat dekat Umairah.

"Dah order?" Mengangguk Tengku Naqeeb.

"Saya order awak punya juga. Your favourite pasta and watermelon juice." Umairah terus memberi dua jari thumbs-up kepada Tengku Naqeeb.

Bagus lah tunang dia ni. Ini yang makin cinta. Cinta sangat-sangat. Bertambah-tambah rasa cinta tu.

"Habis makan ni baru kita shopping barang hantaran." Angguk Umairah setuju.

"Naila dengan Luthfi tak pergi honeymoon?" Tanya Umairah. Saja nak tahu.

"Aila kata lepas majlis kita baru diaorang pergi honeymoon. Padahal majlis kita bulan depan. Ada je masa kalau diaorang nak pergi." Balas Tengku Naqeeb menyuarakan kata-katanya.

"Betul tu. Tapi awak tahu lah Naila. Dia mesti ada nak tolong-tolong juga. Saya ada suruh dia pergi je honeymoon. Hal kita tak payah lah dia nak urus. Tapi dia tak nak. Degil. Dia cakap yang nak kahwin ni abang dia dan kawan baik dia. Dia kena tolong." Beritahu Umairah panjang lebar.

Terangguk-angguk kepala Tengku Naqeeb mencerna kata-kata Umairah barusan. Faham.

"Takpa lah. Saya malas nak paksa dia. Yang penting.. lepas je habis majlis kita. Dia pergi honeymoon. Kita pun pergi honeymoon. Tak sabar." Merona merah pipi Umairah. Ayat tak sabar tu macam sesuatu sangat.

Tachodddd.

Berdehem Umairah seraya membuang pandangan ke sekeliling kafe. Cantik dekorasi kafe ni. Nampak mewah.

Tengku Naqeeb senyum saja apabila melihat pipi kemerahan cik tunang. Malu lah tu.

**********

Perlahan-lahan langkah diatur mendekati sang suami yang sedang membuat kerja di balkoni rumah keluarganya. Sedari tadi Tengku Luthfi asyik dengan kerja-kerjanya. Tengku Naila dilupakan.

Yang Tengku Naila ni pula bosan. Tak tahu nak kacau siapa dalam rumah. Puan Sri Amanda keluar. Katanya ada meeting dengan klien di butik. Tan Sri Tengku Affan ada janji dengan Tan Sri Tengku Firash. Nak main golf.

Dah tua-tua baru nak main golf. Katanya hobi baru selepas jadi besan. Tengku Nazrul.. huh. Macam biasa. Dalam bilik, tidur. Itu lah kerja dia setiap kali ada masa terluang. Katanya nak ganti semula waktu-waktu tidur dia yang terganggu sebab kerja di hari biasa dari Isnin sampai Jumaat.

MRS LUTHFI : MY LOVER [C]Where stories live. Discover now