Sedari tadi Tengku Naila jadi tak senang duduk. Sekejap duduk, pastu kejap lagi berdiri. Handphone nya semakin kerap dipandang. Ke hulur dan ke hilir. Ke kiri dan ke kanan. Ada saja yang tak kena.
Dari pagi lagi dia menunggu suaminya menelefon dia. Tapi langsung takda. Satu panggilan pun tiada. Bila Tengku Naila yang call, hanya masuk voicemail. Semakin bertalu-talu rasa risau dia.
"Cuba duduk Aila." Tegur Puan Sri Amanda. Pening dia melihat anaknya begini.
"Tak boleh lah mummy.. Luth tak call Aila lagi. Aila risau. Sepatutnya dia dah sampai. Gerak pagi semalam. Bila Aila call, masuk voicemail. Aila takut jadi apa-apa pada Luth." Luah Tengku Naila tentang kerisauannya yang melanda sejak beberapa hari ini.
"Huish, mulut tu. Doa yang baik-baik. Mungkin Luth penat. Sampai hotel je terus tidur. Itu yang dia tak ingat nak call Aila. Pastu Aila call pun tak jawab sebab tak sedar terlalu penat agaknya." Puan Sri Amanda cuba menenangkan anaknya.
"Duduk lah Aila. Abang Qeeb pening lah tengok kau ni. Sekejap ke kiri, sekejap lagi ke kanan. Aila yang macam tu, abang Qeeb yang pening." Mencelah Tengku Naqeeb seraya menggelengkan kepala.
Tengku Naila ni tahu lah sayang suami. Tapi sabar lah. Kejap lagi lah suami dia call. Hish. Mengada saja lebih.
Al-maklum lah tak pernah berjauhan sepanjang mereka jadi suami dan isteri ni. Asyik berkepit 24 jam. Dah macam belangkas.
"Diam lah abang Qeeb. Kalau pening tengok Aila, naik atas pergi tidur." Marah Tengku Naila selari menjeling abang sulungnya.
Orang tengah risau. Dia sibuk pula dengan pening dia tu. Tampar pakai pemukul lalat karang.
Umairah pula menyuruh suaminya diam bila Tengku Naqeeb mula hendak bersuara semula. Paha Tengku Naqeeb dicubit sedikit. Menyeringai sakit Tengku Naqeeb dibuatnya. Lantas Tengku Naqeeb menggosok tempat yang dicuit Umairah tadi.
"Aila.. duduk je lah. Nanti tu Luth call kau. Sabar. Bawa bertenang. Jangan fikir sangat apa yang kau tengah fikir sekarang. Banyakkan berdoa." Umairah menarik lembut pergelangan tangan Tengku Naila untuk duduk di sebelahnya.
Tengku Naila akur. Dia melepaskan keluhan berat. Selepas itu, Tengku Naila mengambil tempat di sebelah Umairah. Pinggang Umairah di peluk dari tepi selari melentokkan kepalanya di atas bahu Umairah.
"Aku risau Mai.. aku nak suami aku." Adu Tengku Naila.
Umairah tak mampu hendak berkata apa. Dia hanya mampu balas pelukan sahabatnya ini sekali gus adik iparnya.
Tak lama kemudian, handphone Tengku Naila mula berdering. Kelam-kabut Tengku Naila bangun lalu laju dia mendapatkan gajet nipis tersebut. Bila dilihat gerangan yang menelefonnya bukan Tengku Luthfi. Mendadak Tengku Naila menjadi kecewa.
Ternyata yang call dia adalah Tengku Lutfan. Lambat-lambat Tengku Naila mahu menjawab panggilan itu. Setelah dijawab, Tengku Naila meletakkan di telinga kanan untuk mendengar bicara adik iparnya.
"Yes Lutfan. Ada apa?" Tanya Tengku Naila dengan nada sangat malas.
"Kak long buka berita. Helikopter yang along naik terhempas." Terus terletus tawa Tengku Naila. Hempas? Apa yang terhempas? Tengku Luthfi pergi naik kapal terbang. Bukan helikopter.
"Along kan naik kapal terbang. Bukan helikopter." Balas Tengku Naila masih tidak mahu percaya. Tapi tangannya terus merampas remote tv di tangan Tengku Naqeeb. Di buka channel berita.
"Memang along dah beli tiket flight. Tapi along naik masa last minute sangat. Semua pintu dah tutup. Jadi along ambil helikopter untuk ke Sarawak." Beritahu Tengku Lutfan jujur. Takda perkara yang perlu dia sorok pun.
"Takpa lah, Fan. Nanti apa-apa kak long call balik." Sejurus itu, panggilan dimatikan tanpa sempat menunggu balasan dari Tengku Lutfan.
Tengku Naila menaikkan sedikit volume untuk mendengar berita yang sedang terpapar di skrin television.
'Helikopter yang dinaiki oleh seorang anak billionaire, Tengku Firash Zayden iaitu Tengku Luthfi Haikal terhempas ke dalam gaung pagi semalam. Bukan hanya Tengku Luthfi Haikal sahaja yang menjadi mangsa. Malah ada seorang pemandu yang ikut sama terjunam. Pemandu tersebut disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Manakala, Tengku Luthfi Haikal tidak ditemui. Kejadian ini dilaporkan oleh seorang warga kampung yang menjumpai mangsa pagi tadi.'
Kaku dan beku Tengku Naila saat mendegar berita tersebut. Hampir Tengku Naila mahu rebah kalau tidak dipegang oleh Tengku Naqeeb.
Perlahan-lahan Tengku Naqeeb bawa ke sofa dan didudukkan adiknya. Bukan setakat Tengku Naila saja yang terkejut dengan berita tadi. Malah Puan Sri Amanda, Tengku Naqeeb dan Umairah turut terkejut.
Tengku Naila menggelengkan kepalanya. Dia tak nak percaya. Itu bukan suami dia. Tak. Tengku Luthfi masih hidup.
"B.. be.. berita tadi t.. tipu je kan? Luth.. Luthfi masih a.. ada kan? Tu tipu kan? Hiks.. abang Qeeb jawab Aila.. hiks.. hiks.. mummy.. Mai.. kenapa semua orang diam? Luth dah janji tak tinggalkan Aila. Hiks.. cakap lah abang Qeeb yang tu tipu.." Tersedu-sedu Tengku Naila menangis.
Laju air matanya mengalir. Dia menunduk sayu memandang cincin nikah yang tersarung pada jari manisnya.
"Aila nak suami Aila.. Mai.. Aila nak suami Aila.. hiks.. hiks.. tolong lah bawa Aila jumpa suami Aila. Hiks.. mummy.." Puan Sri Amanda memeluk anaknya.
Puan Sri Amanda cuba menenangkan anaknya. Kepala anaknya dibelai perlahan. Puan Sri Amanda sendiri juga rasa tidak percaya dengan berita tadi. Tapi itu lah hakikatnya.
"Dah Aila.. bawa bersabar. Kita kena redha dengan ketentuan Allah. Doakan yang baik-baik supaya Luthfi dijumpai. Okay? Mummy tahu anak mummy kuat. Anak mummy memang kuat." Tengku Naila menggelengkan kepalanya.
Makin dalam dia menyembamkan wajahnya di bahu Puan Sri Amanda. Tak. Tak nak. Dia tak nak percaya. Yang dia percaya, Tengku Luthfi masih hidup.
Sakit hati Tengku Naqeeb melihat keadaan adiknya. Baru kali ini dia melihat adik sehancur ini. Umairah menggosok belakang badan Tengku Naila. Sebelah lagi tangan memegang tangan suaminya.
**********
"Naila macam mana?" Tanya Puan Sri Eva kepada Puan Sri Amanda setelah melihat besannya itu baru turun dari tingkat atas. Pasti dari bilik Tengku Naila.
Berat keluhan yang dilepaskan oleh Puan Sri Amanda. Dia menggelengkan perlahan kepalanya. Kakinya tetap terus melangkah mendekati tubuh tegap suaminya yang sedang duduk di sofa.
Tan Sri Tengku Affan langsung menggamit isterinya. Puan Sri Amanda melajukan sedikit langkahnya. Setelah itu, dia melabuhkan punggung di sebelah Tan Sri Tengku Affan.
"Tengah hari tadi memang teruk dia menangis. Sampai dah takda suara. Saya, Mairah dan Naqeeb cuba tenangkan dia. Nazrul balik tenangkan dia pun tak boleh. Yang dia nak cuma Luthfi saja. Tadi tengah tidur pun boleh mengigau nama Luthfi. Sampai menangis. Hati saya sakit tengok keadaan anak saya macam tu." Beritahu Puan Sri Amanda jujur.
Dilepaskan tangisannya di pelukan Tan Sri Tengku Affan. Sedari tadi dia menahan rasa sebak yang tebal di dada. Dia mahu menangis tapi dia tak boleh tunjuk lemah di hadapan Tengku Naila.
Puan Sri Amanda perlu kuat. Dia harus kuat untuk anaknya.
"Ya Allah.. abang, menantu kita." Sayu hati Puan Sri Eva mendengar itu. Tan Sri Tengku Firash memeluk bahu isterinya. Diusap lengan kecil Puan Sri Eva.
"Dah dapat berita tentang Luthfi?" Kali ini, Tan Sri Tengku Affan yang bersuara.
"Belum lagi uncle. Diaorang semua tengah giat mencari abang long." Kata Tengku Lutfan. Kakaknya, Tengku Nuha sejak tadi tidak berhenti menangis.
"Takpa lah. Kita doa sama-sama supaya Luthfi cepat dijumpai. Sama ada masih hidup atau.. dah tak bernyawa." Ucap Tan Sri Tengku Firash. Mengangguk yang lain.
Tbc..
Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨
YOU ARE READING
MRS LUTHFI : MY LOVER [C]
RomantikTengku Luthfi Haikal 💓 Tengku Naila Ameera Tengku Luthfi Haikal. Siapa saja yang tidak mengenali jejaka tampan ini? Semua orang kenal. Anak kepada Tengku Firash Zayden dan satu-satunya pewaris terbesar serta CEO bagi syarikat F'ZAY HOLDING. Seorang...