Tengku Naila terjaga dari tidur. Tiba-tiba perutnya terasa lapar. Tengku Naila menoleh memandang suaminya yang masih dibuai lena dan dikalihkan pandangan melihat jam.
Pukul 4 pagi. Hm. Memang ini dah jadi kebiasaan Tengku Naila sejak dari kandungannya memasuki usia 2 bulan. Selalu merasa lapar dan sentiasa bangun tengah malam untuk makan.
Perlahan-lahan Tengku Naila bangun dari baringannya. Dia mahu turun ke dapur. Nak kejutkan Tengku Luthfi, kesian. Kakinya juga masih belum elok. Jadi Tengku Naila batalkan niat dia yang mahu mengejutkan sang suami.
Baru saja dia selak selimut dan turunkan kaki. Tangannya dipegang seseorang. Pantas Tengku Naila berpaling melihat gerangan itu.
"Sayang nak pergi mana?" Tanya Tengku Luthfi mamai. Rambutnya agak serabai. Tapi tetap kelihatan kacak.
Walaupun muka tu masih lagi ada luka. Kekacakan Tengku Luthfi tak pudar.
"Nak turun bawah. Sayang lapar. Kenapa bie bangun? Sayang kacau bie tidur ke? Sorry.." Tengku Naila kembali naik ke atas katil dan membetulkan rambut suaminya. Dibelai perlahan kepala Tengku Luthfi.
"Tak lah. Sayang tak kacau bie pun. Sayang selalu ke bangun waktu-waktu macam ni?" Tanya Tengku Luthfi sembari senyum apabila kekasih hati dia membelai kepalanya.
"Sejak kandungan masuk 2 bulan. Sayang jadi kerap lapar. Asyik nak makan je." Beritahu Tengku Naila.
Tapi ianya sangat terkesan di hati Tengku Luthfi. Lantas Tengku Luthfi bangun dan duduk bersandar pada kepala katil.
"Meh sini." Tengku Luthfi menggamit isterinya untuk rapat.
Tengku Naila akur. Dia dekati suaminya. Tengku Luthfi menarik sang isteri ke dalam pelukan. Dikucup ubun-ubun Tengku Naila.
"Sepanjang bie takda.. siapa layan mengidam sayang?" Tanya Tengku Luthfi ingin tahu.
"Abang Qeeb, Naz, Umai, Lutfan, Nuha dan Elya. Termasuk mummy daddy sayang dan mommy daddy bie. Semua layan mengidam sayang. Cuma kadang-kadang tu takda selera. Makan sikit je. Selebihnya diaorang yang habiskan." Kata Tengku Naila selari mendongak merenung suaminya.
"Sayang selalunya mengidam apa?"
"Macam hari tu sayang mengidam nak makan ketam masak lemak. Tapi mommy Eva yang kena masak. So mommy masak lah. Then mommy hantar dan suap sayang. Sedap. Pandai mommy masak. Pastu.. sayang ada mengidam chapatti. Sayang yang tak pernah makan chapatti. Tiba-tiba nak makan chapatti. Pelik kan? Tapi mummy Manda kata tu biasa. Dulu pun mummy macam tu. Makanan yang mummy tak pernah makan dan tak nak makan. Tiba-tiba rasa nak makan. Hormon ibu mengandung." Cerita Tengku Naila panjang lebar.
Suka Tengku Luthfi dengar celoteh isterinya. Ini yang dia rindu. Rindu nak bercerita dan mendengar cerita isterinya. Walaupun Tengku Naila kena gigit semut pun akan dicerita oleh Tengku Naila.
Katanya penting. Semua pasal dia penting. Tengku Luthfi kena tahu.
"Sedap tak chapatti tu?" Soalnya lagi.
"Tak.." Jawab Tengku Naila manja.
Tengku Luthfi cium dahi Tengku Naila. Geram dengan kecomelan isterinya.
"Sayang nak makan apa ni? Bie ikut sayang pergi dapur." Laju Tengku Naila menggoyangkan kedua tangannya.
"Takpa. Bie duduk je sini. Sayang turun sekejap nak ambil roti. Nanti sayang naik lagi. Kaki bie pun tak boleh gerak sangat." Halang Tengku Naila. Tak nak menyusahkan suaminya yang kena ikut dia turun ke dapur hanya untuk mengambil sebungkus roti saja.
"Bie ikut lah." Degil Tengku Luthfi tetap mahu ikut.
"No. Sekejap je. Tunggu." Laju Tengku Naila turun dari katil dan berlari keluar dari bilik.
Tak sempat Tengku Luthfi mahu menahan isterinya. Tengku Naila lagi laju. Nak ditegur jangan berlari pun tak sempat. Dia lupa ke yang dia tu mengandung? Haih. Isteri lah isteri.
Nasib baik comel.
Selepas beberapa ketika, Tengku Naila kembali semula ke dalam bilik. Tapi tidak dengan hanya sebungkus roti. Malah ada popia cheese dan air sirap yang sempat Tengku Naila buat.
"Popia dengan air ni datang dari mana? Bukan bie dengar tadi sayang nak ambil roti je ke?" Soal Tengku Luthfi sembari menyambut air sirap yang dipegang isterinya dan diletak ke atas meja kecil sebelah katil.
"Dah alang-alang ke dapur. Sayang ambil lah popia ni. Pastu buat air sirap. Popia ni pun dah siap goreng. Jadi tinggal makan je." Jawab Tengku Naila bersama sengihan lebar.
Tengku Luthfi memandang isterinya sambil menggelengkan kepala. Nakal.
"Bie teman sayang makan." Lampu bilik yang sedia suram tadi kini sudah terang-benderang. Baru jelas Tengku Luthfi melihat si isteri dan semua makanan.
"Bie kena makan juga. Kita kena sama-sama gemuk. Tak boleh sayang sorang je." Kata Tengku Naila selari menyuap popia ke mulut Tengku Luthfi.
Nak tak nak. Tengku Luthfi redha dan menerima jua suapan dari isteri tercinta.
"Sedap kan? Sekarang ni.. sayang asyik nak makan popia cheese je. Tak dapat popia cheese, sayang menangis. Pastu abang Qeeb dan Naz mesti kelam kabut cari. Tak pun.. mummy buatkan. Tapi yang ni mummy buat." Beritahu Tengku Naila sambil berselera makan.
Muka suaminya pun tidak dipandang. Dia tengah menikmati keenakan popia cheese yang dimakan sekarang.
Kesan comot yang ada di pinggir bibir, Tengku Luthfi kesat dengan ibu jarinya dan dijilat. Memerah muka Tengku Naila melihat aksi suaminya. Jantung dia terasa berdebar dengan pantas.
"Kaki bie dah okay? Ke sakit lagi? Muka bie ni.." Pipi Tengku Luthfi dipegang sekejap.
"Dah tak hensem?"
"Hensem lah. Siapa kata tak hensem? Memang sayang cepuk dia kalau kata suami sayang tak hensem." Laju Tengku Naila menjawab suaminya.
Senyum Tengku Luthfi mendengar pujian isterinya.
"Kaki bie dah okay. Cuma rasa nyeri lagi setiap kali nak gerakkan. Esok bie nak pergi hospital. Nak dapatkan rawatan lebih lanjut untuk kaki bie." Beritahu Tengku Luthfi sambil mengelap bibir comot isterinya.
"Nak ikut."
"Boleh.. sayang teman bie." Senyum manis Tengku Naila sehingga matanya menjadi sepet.
"Dah. Makan bagi habis."
"Bie tak nak?" Geleng Tengku Luthfi tidak mahu.
"Okay. Kalau macam tu biar sayang yang habiskan semua."
Rambut Tengku Naila yang terjuntai di dahi. Tengku Luthfi selitkan ke belakang telinga. Isteri dia cantik sangat. Bila makan macam sekarang, bertambah cantik. Sebab Tengku Naila nampak berselera.
Dia teringat Tengku Naqeeb ada beritahunya. Setiap hari Tengku Naila menangis sampaikan tidur pun menangis. Sebelum nak tidur, baju dan gambar Tengku Luthfi mesti dipeluk dan dicium.
Mata cantik isteri dia ni dah banyak menangis dek kerana dia. Cukup lah. Sekarang adalah waktu untuk isteri dia bahagia kembali.
Tbc..
Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨
YOU ARE READING
MRS LUTHFI : MY LOVER [C]
Storie d'amoreTengku Luthfi Haikal 💓 Tengku Naila Ameera Tengku Luthfi Haikal. Siapa saja yang tidak mengenali jejaka tampan ini? Semua orang kenal. Anak kepada Tengku Firash Zayden dan satu-satunya pewaris terbesar serta CEO bagi syarikat F'ZAY HOLDING. Seorang...