Tengku Naila duduk di atas buaian sambil melihat kanak-kanak bermain. Bibirnya melakarkan senyuman tatkala memandang kanak-kanak ini bermain dengan ceria.
Seronoknya. Tiba-tiba Tengku Naila rasa nak jadi budak-budak semula. Takda masalah. Takda banyak fikiran. Takda rasa beban yang perlu ditanggung. Hanya main, main dan main. Itu saja.
Tapi dah nama pun lumrah kehidupan. Mana ada manusia yang tak membesar. Semua manusia pasti akan melalui fasa menjadi kanak-kanak, remaja dan dewasa. Sebelum masuk ke masa tua. Dan fasa-fasa itu lah membuat kita menjadi lebih matang dan berfikir dengan jernih dan baik supaya tidak membuat keputusan yang salah kerana belajar dari kesilapan yang pernah dilakukan.
"Nai." Sapa Reza. Menoleh Tengku Naila memandang Reza yang baru saja melabuhkan duduknya di sebelah Tengku Naila.
"Hm." Sahut Tengku Naila.
"Termenung apa?" Soal Reza sekadar berbasa-basi.
Reza ini kawan baik kepada Tengku Naila selain dari Umairah. Reza ni dah lama berkawan dengan Tengku Naila sejak dari kecil lagi. Keluarga mereka berdua saling kenal.
Semasa Reza dapat tahu yang Tengku Naila dah bertunang dengan jejaka hot Malaya dan kegilaan satu Malaysia. Terkejut Reza. Tak sangka. Yalah, tak sangka sebab Tengku Luthfi boleh suka dengan Tengku Naila. Tengku Naila ni dah lah tak berapa betul. Kurang ajar punya member.
"Takda termenung apa pun. Aku tengok budak-budak ni main. Seronok je." Terang Tengku Naila seraya menunjuk ke arah seorang budak lelaki tembam yang sedang berlari sambil membawa bola di tangan.
Main bola sepak. Tapi dia buat macam rugbi. Menjerit kawan-kawan dia yang lain. Haih. Nasib lah comel. Ketawa Tengku Naila melihat aksi itu.
"Oh. Kau dengan Tengku Luthfi okay?" Saja Reza bertanya. Walhal dah tahu. Kawan dia ni memang bahagia. Reza tumpang bahagia melihat Tengku Naila bahagia.
Dulu pun Reza bukannya suka dengan Zikri. Pernah beberapa kali juga Zikri kantoi bawa perempuan lain ke hotel. Memang Reza tibai habis-habis. Pecah bibir Zikri masa tu. Dengan mata lembamnya lagi. Padan muka.
"Alhamdulillah. Bahagia. Kau doakan aku sentiasa bahagia tau?"
"Mesti lah aku doakan. Kau sahabat aku dunia dan akhirat. Takkan lah aku tak doakan. Tapi kau kena ingat, kita hidup dekat dunia ni takkan sentiasa mulus. Akan ada masalah. Kecil mahupun besar. Faham?" Mengangguk perlahan kepala Tengku Naila.
Reza selalu beri nasihat. Dari kecil lagi. Boleh dikatakan Reza ni sangat matang. Tengku Naila mana ada kawan lelaki selain dari Reza.
"End of my topic. Now your turn. Bila lagi Reza?" Berdehem Reza bagi menyelesakan rasa di tekak. Tiba-tiba pula rasa kering.
"Reza.. jangan mengelak. Kau ada masalah ke dengan Alana?" Saat mendengar nama Alana, Reza melepaskan keluhan berat.
"Entah lah. Aku rasa aku dengan Alana dah tak serasi. Banyak masalah." Kata Reza.
"Kau tahu tak.. Luth selalu cakap dengan aku. Kalau ada masalah, duduk sama-sama dan bincang masalah. Bagitahu dan luahkan. Jangan pendam. Sebab kalau pendam, bukannya menyelesaikan masalah. Tapi menambahkan masalah. Jadi.. Luth selalu bagi aku ruang dulu. Bila dia tengok aku dah okay, dia akan ajak berbincang selesaikan masalah. Bukan selesaikan masalah dengan keadaan yang masih marah. Tapi dalam keadaan yang sama-sama dah reda dari perasaan marah. Kau faham kan maksud aku?" Angguk Reza memahami kata-kata Tengku Naila.
"Jarang-jarang eh kau nak dengar cakap orang. Selalu membantah je. Kiranya.. Luthfi ni baguslah sebab dah pandai jinakkan kau." Memincing mata Tengku Naila memandang Reza.
ANDA SEDANG MEMBACA
MRS LUTHFI : MY LOVER [C]
RomanceTengku Luthfi Haikal 💓 Tengku Naila Ameera Tengku Luthfi Haikal. Siapa saja yang tidak mengenali jejaka tampan ini? Semua orang kenal. Anak kepada Tengku Firash Zayden dan satu-satunya pewaris terbesar serta CEO bagi syarikat F'ZAY HOLDING. Seorang...
![MRS LUTHFI : MY LOVER [C]](https://img.wattpad.com/cover/363125216-64-k197068.jpg)