Selepas 3 Tahun
Terduduk Tengku Naila di kerusi selepas penat keliling satu shopping mall pavilion. Banyak barang yang dibeli. Ada kasut, baju, handbag, make up dan jam.
Empat jam dia berjalan tanpa rehat walaupun seminit. Ralit sangat shopping sampai dia boleh lupa untuk makan tengah hari.
Tengku Naila memesan makanan dan minuman yang dia mahu. Usai saja memesan, Tengku Naila bermain dengan handphone nya.
Tak lama selepas itu, pesanan yang dibuat tadi sampai di atas mejanya dengan dihantar oleh seorang pelayan lelaki.
"Thank you." Ucap Tengku Naila selari tersenyum kepada pekerja tersebut.
Pekerja lelaki itu hanya membalas dengan senyuman dan langsung berlalu pergi. Sedang elok Tengku Naila makan sambil scroll instagram. Tiba-tiba, kerusi di hadapannya ditarik.
Lantas Tengku Naila mengangkat kepalanya dan melihat gerangan yang selamba menarik kerusi di hadapannya. Tengku Naila terus menjulingkan kedua matanya ke atas apabila orang yang duduk di hadapannya ini adalah manusia yang paling dia dah tak nak jumpa.
Siapa lagi kalau bukan Zikri.
Hilang selera Tengku Naila yang mahu makan. Sudu dan garfu yang dipegang diletakkan di atas pinggan dan Tengku Naila duduk bersandar sambil menyilangkan kedua kakinya.
"Hai fiance." Sapa Zikri mesra. Kaca mata yang dipakai dicabut dan diletak atas meja. Senyuman paling hensem diberi kepada Tengku Naila.
Tengku Naila melepaskan keluhan berat lalu membuang wajah memandang ke arah lain. Orang gila. Fiance? Dah putus. Bodoh ke apa jantan ni?
"Sombongnya. I tegur you ni. Jangan lah sombong sangat sayang." Nak termuntah Tengku Naila dengar panggilan sayang yang keluar dari mulut Zikri.
"Sayang? Urgh.. jijik." Komen Tengku Naila tanpa memandang wajah Zikri yang sudah bertukar perisa.
Tangan Tengku Naila yang berada di atas meja. Zikri capai dan dipegang lalu diusap lembut. Tapi Tengku Naila lebih pantas menarik dan menolak tangan Zikri kasar. Wajah Zikri dipandang tajam.
"Kau nak apa lagi Zik? Tak puas kau malukan aku dulu? Tak puas juga bodohkan aku? Hah?" Bengang Tengku Naila apabila Zikri boleh munculkan diri dia 2 tahun lalu dengan wajah yang tidak bersalah.
Lepastu boleh minta maaf dan mahukan hubungan mereka seperti dulu. Tengku Naila dah tak nak. Dia dah penat.
"I want you back, Naila. I sunyi takda you dalam hidup I." Rayu Zikri kepada Tengku Naila.
"Sunyi takda aku ke atau sunyi takda duit aku?" Sinis Tengku Naila membalas.
Zikri melakarkan senyuman nipis tatkala mendengar bicara sinis Tengku Naila. Nampaknya Tengku Naila bukan lagi seperti dulu. Dia perlukan taktik lain untuk menambat hati Tengku Naila semula.
"Macam ni lah Zik. Aku dah penat. 4 tahun kau bodohkan aku. Hubungan kita 4 tahun selama ni semuanya sia-sia. Kau yang rosakkan semuanya. Kau hancurkan kepercayaan aku pada kau. Jadi aku minta kau jauhkan diri kau dari aku. Pergi jauh. Nak pergi mati pun, kau pergi je. Aku dah tak kisah. Walaupun kau menangis melutut depan aku sampai keluar air mata darah, aku dah tak peduli. Sebab kau bukan siapa-siapa dalam hidup aku." Sehabis menuturkan ayat itu, Tengku Naila bingkas bangun dan pergi meninggalkan Zikri.
Zikri memandang bekas tunangnya yang berjalan menjauhi dirinya sehingga hilang kelibat Tengku Naila.
Tangannya naik memukul meja. Hatinya bengang.
**********
F'ZAY HOLDING
Jabir membuka pintu bilik kerja Tengku Luthfi setelah mengetuk dan mendapat izin untuk masuk. Jabir melangkah masuk ke dalam sambil di tangannya membawa satu fail berwarna coklat.
ANDA SEDANG MEMBACA
MRS LUTHFI : MY LOVER [C]
RomanceTengku Luthfi Haikal 💓 Tengku Naila Ameera Tengku Luthfi Haikal. Siapa saja yang tidak mengenali jejaka tampan ini? Semua orang kenal. Anak kepada Tengku Firash Zayden dan satu-satunya pewaris terbesar serta CEO bagi syarikat F'ZAY HOLDING. Seorang...
![MRS LUTHFI : MY LOVER [C]](https://img.wattpad.com/cover/363125216-64-k197068.jpg)