Mengeluh perlahan Puan Sri Amanda melihat Tengku Naila yang tidak mahu makan. Sudah seminggu kehilangan Tengku Luthfi. Seminggu juga Tengku Naila langsung tak keluar bilik.
Ajak makan pun tak nak. Keluar sekejap ke ruang tamu pun tak mahu. Dipujuk pun tidak jalan. Keluarga mertuanya datang pun dia keluar sekejap. Selepas itu, dia masuk semula ke bilik. Nak dengar suara Tengku Naila sangat payah.
Bila ditanya Tengku Naila mahu apa. Dia akan jawab, dia nak Tengku Luthfi.
Makan hanya sesuap dua suap saja. Itu pun kerana dipaksa. Kalau tidak.. jangan harap dia nak makan.
Lagi satu.. Tengku Naila disahkan mengandung selepas dua hari Tengku Luthfi pergi. Waktu itu dia pengsan di bilik air. Tengku Nazrul yang ketika itu membawa makanan untuk kakaknya langsung terkejut saat melihat kakaknya sudah terbaring.
Kelam-kabut Tengku Nazrul memanggil Puan Sri Eva dan Umairah. Mereka terus membawa Tengku Naila ke hospital. Waktu itu lah mereka semua tahu yang Tengku Naila mengandung. Usia kandungan sudah mencapai 4 minggu.
"Sampai bila Aila nak diam macam ni? Aila kena ingat.. sekarang ni Aila mengandung. Aila tak boleh seksa diri Aila. Aila kena makan. Baby dalam perut pun nak makan." Perlahan Puan Sri Amanda memujuk anaknya.
Kepala anaknya dibelai dengan lembut. Sedih hati Puan Sri Amanda sebagai seorang ibu apabila melihat keadaan anaknya begini. Dulu yang ceria, sekarang berubah menjadi senyap.
Tengku Naila masih senyap. Tapi tangan kanannya dibawa mengusap perutnya yang masih kempis itu.
'Bie.. sayang pregnant. Bie balik lah.. sayang rindu bie. Anak kita pun mesti rindu baba dia. Please bie.. balik lah demi sayang dan anak kita.' Gumam hati Tengku Naila.
Tanpa sedar, air matanya mengalir jatuh ke pipi. Puan Sri Amanda mengesat air mata sang puteri kesayangannya.
"Aila.." Lembut Puan Sri Amanda memanggil anaknya.
Menoleh kepala Tengku Naila memandang mummy nya. Terbit senyuman nipis di bibir.
"Aila buat salah ya mummy?" Berkerut dahi Puan Sri Amanda saat mendengar soalan pelik dari anaknya.
"Kenapa tanya macam tu? Aila tak buat salah." Rambut lebat Tengku Naila disikat dengan jari-jemarinya.
"Tapi kenapa Luthfi tinggalkan Aila? Mesti Aila ada buat salah. Kalau Luthfi balik, Aila tak nak jadi nakal dan akan selalu dengar semua kata-kata Luthfi. Aila akan selalu jadi baik. Nanti Luthfi balik kan kalau Aila baik, mummy?" Lirih suara Tengku Naila.
Terpejam sekejap mata Puan Sri Amanda. Dilihat air mata anaknya masih lagi laju mengalir turun.
"Anak mummy sentiasa baik. Luthfi tak tinggalkan Aila. Luthfi pergi jauh sekejap je. Nanti Luthfi balik. Aila rindu Luthfi?" Ditatap dalam wajah Tengku Naila. Sedih hati dia sebagai seorang melihat anaknya begini.
"Rindu. Rindu sangat.. sampai hati Aila rasa sakit sebab tanggung rindu pada suami Aila." Bergetar suara Tengku Naila mengungkap luahan rindunya.
Puan Sri Amanda membawa Tengku Naila ke dalam pelukan. Dicium tepi kepala anaknya. Lama. Matanya turut dipejam.
Tak sampai hati Puan Sri Amanda melihat keadaan anaknya begini. Hancur sangat. Puan Sri Amanda merasa hancur apabila melihat kesedihan dan kesakitan yang ditanggung Tengku Naila.
"Aila nak Luthfi.. Aila rindu suami Aila.." Menggogoi Tengku Naila di dalam pelukan Puan Sri Amanda.
Air mata Puan Sri Amanda turut sama mengalir. Dia dapat merasa betapa sakitnya anak dia sekarang menanggung rindu terhadap seorang suami.
Tan Sri Tengku Affan yang berada di luar bilik Tengku Naila mengintai sedikit untuk melihat ke dalam. Terlepas keluhan berat Tan Sri Tengku Affan melihat apa yang terjadi.
'Ya Allah.. berikan lah petunjuk. Serta berikan ketabahan dan kesabaran untuk anak perempuanku.' Doa Tan Sri Tengku Affan di dalam hati sambil matanya terap terus melekat pada isteri dan anak perempuannya.
||||||||||
Perlahan-lahan Tengku Elya membuka pintu bilik Tengku Naila. Dia baru saja balik dari butik dan terus ke sini untuk melihat kakak iparnya.
Buka saja pintu, dia terus dilihatkan dengan Tengku Naila yang tidur sambil memeluk baju dan gambar Tengku Luthfi. Berkaca-kaca mata Tengku Elya melihat pemandangan tersebut.
Langkahnya dibawa menuju ke Tengku Naila. Dekat saja langsung ditundukkan badannya sedikit lalu Tengku Elya mencium dahi Tengku Naila. Selepas itu, Tengku Elya melihat wajah kakak iparnya yang sembab akibat terlalu banyak menangis.
Ibu jarinya mengesat sisa air mata yang bertengger di hujung mata Tengku Naila. Tengku Naila tidur dalam kesedihan dan sambil menangis.
'Along.. balik lah. Kesian isteri dan anak kau.' Getus hati Tengku Elya.
Setelah itu, Tengku Elya melangkah keluar dari bilik Tengku Naila. Niat dia hati datang ke sini mahu berbual dengan Tengku Naila. Tapi bila tengok Tengku Naila tidur. Takpa lah. Tak jadi Tengku Elya mahu berbual.
Sebelum tutup pintu, sempat Tengku Elya memandang sekilas wajah Tengku Naila yang tenang dalam tidurnya. Tersenyum nipis dia melihat Tengku Naila.
"Kenapa keluar?" Tanya Tengku Nazrul.
"Oh. Kak Naila tidur. Biarlah. Tak nak kacau dia." Kata Tengku Elya selari menutup pintu bilik Tengku Naila.
Selepas itu, Tengku Elya pusing menghadap Tengku Nazrul. Dia melepaskan nafas lelah.
"Kesian kak Naila. Aku sedih tengok dia tadi." Menunduk muka Tengku Elya.
"Insya-Allah. Kak Aila kuat. Aku tahu dia boleh hadap. Dia dengan anak dalam kandungan dia tu akan sama-sama kuat." Balas Tengku Nazrul selari menampakkan segaris senyuman.
Mengangguk Tengku Elya. Ya. Tengku Naila kuat. Dia tahu Tengku Naila seorang yang kuat. Tengku Naila pasti dapat tempuhi dugaan ini. Dan insya-Allah.. Tengku Luthfi akak dijumpai juga.
"Betul. Aku sokong." Setuju Tengku Elya.
"Jom lah turun. Mummy aku ada buatkan kau lempeng." Ajak Tengku Nazrul. Memang niat dia naik ke atas mahu mengajak Tengku Elya dan Tengku Naila turun ke bawah untuk makan lempeng.
Tapi Tengku Naila tidur. Jadi dia hanya ajak Tengku Elya saja. Sesudah itu, mereka berdua sama-sama turun ke bawah.
Tbc..
Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨
YOU ARE READING
MRS LUTHFI : MY LOVER [C]
RomanceTengku Luthfi Haikal 💓 Tengku Naila Ameera Tengku Luthfi Haikal. Siapa saja yang tidak mengenali jejaka tampan ini? Semua orang kenal. Anak kepada Tengku Firash Zayden dan satu-satunya pewaris terbesar serta CEO bagi syarikat F'ZAY HOLDING. Seorang...