Tengku Naila menatap wajah suaminya yang sedang tidur. Mereka baru selesai membuat aktiviti malam selepas sesi luahan hati. Tengku Luthfi sudah tenggelam di dalam mimpi. Tapi Tengku Naila pula yang tak dapat tidur.
Fikirannya menerawang memikirkan kisah mereka. Rumit. Tapi akhirnya mereka disatukan juga. Alhamdulillah.
Tengku Naila sangat bersyukur. Mungkin apa yang terjadi sewaktu majlisnya dengan Zikri dulu ada hikmah di sebalik kejadian tersebut.
"Bukannya bie je yang sentiasa cintakan sayang. Sayang pun cintakan bie. Cinta sangat-sangat. Cinta sampai mati." Sejurus itu, ada sepasang mata yang mulai terbuka sambil mengukirkan senyuman meleret di bibir.
Terkejut Tengku Naila. Suami dia tak tidur ke? Pura-pura tidur? Jadi suami dia dengar lah apa yang dia cakap tadi?
"Sweet betul isteri bie pagi-pagi ni." Hidung mereka digesel bersama.
Membahang panas pipi Tengku Naila. Pantas dia menyembunyikan mukanya di dada Tengku Luthfi. Malu.
Ketawa perlahan Tengku Luthfi melihat tingkah isterinya. Alah, comel. Pagi-pagi dah buat Tengku Luthfi rasa geram sebab kecomelan Tengku Naila.
"Pukul berapa dah sayang?" Tanya Tengku Luthfi selari matanya menatap ke arah jam yang tergantung di dinding bilik.
"Empat pagi." Jawab Tengku Naila seraya menjauhkan mukanya dari dada tegap sang suami.
"Sayang dah tidur belum?" Menggeleng kepala Tengku Naila.
"Kenapa tak tidur?" Tanya Tengku Luthfi ingin tahu. Rambut Tengku Naila yang menutup sedikit wajah Tengku Naila. Tengku Luthfi selitkan ke belakang telinga.
"Tak boleh tidur."
"Pastu sayang buat apa?"
"Tengok bie tidur. Lenanya suami sayang tidur."
"Tapi kan bie dah peluk sayang erat-erat. Tak boleh tidur juga?"
"Tak.." Adu Tengku Naila manja.
"Tak mengantuk?"
"Tak." Dahi Tengku Naila dicium Tengku Luthfi.
"Lepastu sekarang sayang nak buat apa?" Tengku Naila mengangkat kedua bahunya.
"Story?"
"Story apa?" Kali ini, Tengku Naila pula yang bertanya.
"Apa-apa je. Sayang ada nak cerita dekat bie? Masa zaman sayang sekolah dulu ke.. masa zaman kampus ke atau apa-apa je lah. Bie sudi nak dengar semua cerita sayang. Kalau sayang cerita pasal semut pun, bie dengar." Berdecit geram Tengku Naila.
Ada pula cerita pasal semut. Tengku Naila takda cerita pasal semut. Dia pun tak tahu cerita apa yang semut ada.
Selepas itu, dia teringat masa lalu. Waktu kali pertama dia suka Tengku Luthfi.
"Okay. Sayang nak bagitahu rahsia kali pertama sayang jatuh cinta pada bie." Naik dua kening Tengku Luthfi mendengarkan itu. Menarik. Tengku Luthfi sangat teruja ingin mendengar.
"Bila tu? Bie nak tahu." Kini, Tengku Luthfi baring menghadap penuh perhatian kepada isterinya.
"Masa tu.. bie datang rumah sebab ada buat kenduri tahlil untuk tok abah dan tok mi mummy. Sayang nampak bie pakai baju Melayu warna navy blue. Hensem sangat. Sayang tertanya-tanya juga. Siapa lah lelaki hensem tu? Kalau dapat jadi boyfriend sayang.. memang sayang ikat ketat-ketat. Tak bagi lepas. Kalau ada perempuan yang datang nak mengorat pun, sayang tak bagi. Sayang siap berangan yang sayang jadi isteri bie." Ketawa Tengku Naila apabila teringat semula kenangan lama.
YOU ARE READING
MRS LUTHFI : MY LOVER [C]
RomanceTengku Luthfi Haikal 💓 Tengku Naila Ameera Tengku Luthfi Haikal. Siapa saja yang tidak mengenali jejaka tampan ini? Semua orang kenal. Anak kepada Tengku Firash Zayden dan satu-satunya pewaris terbesar serta CEO bagi syarikat F'ZAY HOLDING. Seorang...