"Naila mana?" Tanya Tan Sri Tengku Affan apabila melihat isterinya yang sedang menuruni tangga.
Mengeluh Puan Sri Amanda. Pantas langkahnya dibawa mendekati suaminya. Selepas itu, Puan Sri Amanda terus memeluk tubuh tegap sang suami.
"Kenapa sayang?" Tanyanya. Mendongak kepala Puan Sri Amanda merenung suaminya dari bawah.
"Dari tengah hari lagi Aila tak keluar bilik lepas Reza hantar dia balik. Sayang tak sempat nak tanya apa-apa. Nak tanya Reza pun, Reza kata lebih baik Aila yang cerita. Cuma Reza cakap ada kejadian tadi masa diaorang buat charity di rumah anak yatim." Beritahu Puan Sri Amanda dengan wajah yang monyok.
Tan Sri Tengku Affan senyap sambil terus memerhati wajah isterinya. Kejadian? Hm.. nanti dia akan cari tahu sendiri jika Tengku Naila tidak beritahu mereka.
Tak lama kemudian, pintu utama rumah dibuka kasar dari luar. Muncul lah Tengku Naqeeb dan Tengku Nazrul seakan orang yang sedang kelam kabut. Mereka berdua berjalan mendapatkan mummy dan daddy mereka.
"Naila mana?" Tanya Tengku Naqeeb.
"Dekat bilik." Beritahu Puan Sri Amanda.
"Kenapa ni?" Tanya Tan Sri Tengku Affan bila melihat keadaan dua orang anak terunanya ini.
"Reza ada bagitahu mummy yang Zikri buat bukan-bukan pada Aila?" Menggeleng Puan Sri Amanda.
"Reza bagitahu Qeeb dan Naz. Budak kurang ajar tu berani-berani sentuh Aila. Nasib Reza ada. Kalau tak.. tak tahu apa jadi pada Aila."
"Apa maksud kamu ni Qeeb? Daddy tak faham."
"Zikri sentuh Aila. Dia cium leher Aila. Dalam kata lain, dia nak rogol Aila." Mengucap Puan Sri Amanda mendengar perkara tersebut.
"Abang, anak kita." Kata Puan Sri Amanda dengan suara lirih. Hampir Puan Sri Amanda mahu terjelupuk jatuh. Nasib Tan Sri Tengku Affan memegang isterinya dengan kuat.
"Cari Zikri sampai dapat." Kata Tan Sri Tengku Affan mendatar.
"Daddy tak payah risau. Luthfi dah pegang dia. Reza pun dah pukul sampai mukanya dah penuh lebam." Beritahu Tengku Nazrul. Dia melihat sendiri bagaimana Reza dan Tengku Luthfi memukul Zikri. Memang teruk.
Zikri dah tak mampu nak melawan. Bahkan hendak mengeluarkan satu patah ayat pun dah tak boleh. Dah tak larat sangat kerana tiga jam dipukul tiada henti.
"Qeeb nak tengok Aila." Tanpa sempat Tan Sri Tengku Affan menahan. Tengku Naqeeb lebih pantas berlari menaiki tangga dan menuju ke arah bilik adiknya.
Sesampai saja di hadapan pintu bilik Tengku Naila. Tengku Naqeeb mengetuk sambil memanggil nama Tengku Naila. Tapi langsung tiada sahutan dari dalam.
Berkali-kali Tengku Naqeeb mengetuk dan memanggil nama adiknya. Tapi tetap sama saja hasilnya. Langsung tiada suara Tengku Naila menjawab. Semakin risau Tengku Naqeeb. Tak lama selepas itu, Tengku Nazrul mendekati abangnya sambil membawa kunci pendua bilik Tengku Naila.
Tan Sri Tengku Affan dan Puan Sri Amanda ada di belakang dua orang anak lelaki mereka. Puan Sri Amanda masih lagi dipeluk Tan Sri Tengku Affan untuk menyalurkan semangat.
'Klik'
Kedengaran kunci pintu bilik Tengku Naila terbuka. Lantas Tengku Nazrul menolak daun pintu bilik kakaknya sambil di ikuti yang lain. Dapat mereka semua melihat yang Tengku Naila terlelap di atas katil.
Pantas Puan Sri Amanda berjalan untuk mendapatkan anaknya. Dia melabuhkan duduknya di tepi Tengku Naila. Dilihat tepi mata anaknya masih ada sisa air mata. Dilap perlahan supaya lena Tengku Naila tidak terganggu.
Mungkin terlalu penat menangis seharian sehingga Tengku Naila boleh tertidur. Sayu hati Puan Sri Amanda sebagai seorang ibu apabila melihat anak perempuannya diperlakukan begini. Apa salah Tengku Naila? Padahal Zikri sendiri yang buat masalah.
Puan Sri Amanda menunduk sedikit dan mencium tepi kepala anaknya. Diusap lembut.
"Sekarang ni Zikr dekat mana?" Tanya Tan Sri Tengku Affan.
"Ada dekat rumah kosong. Jack, orang upahan Luthfi yang cari dan bawa di ke sana. Kitaorang sampai tadi, memang kaw kaw Zikri kena bantai dengan Luthfi dan Reza. Penuh muka dia dengan darah. Lantai pun memang dah tak serupa lantai. Berciciran darah Zikri. Dua batang gigi atas Zikri patah. Berkat menantu daddy yang buat. Rongak budak tu." Jelas Tengku Naqeeb memberitahu perkara sebenar apabila dia dan Tengku Nazrul sampai di tempat yang dihantar di dalam pesanan oleh Tengku Luthfi.
Menggeleng kepala Tengku Naqeeb menengok keadaan Zikri yang dah teruk dan kacau itu. Tengku Naqeeb pun rasa nak bantai Zikri. Tapi dia fikir adik dia. Dia nak utamakan adik dia dulu.
Lagipun Tengku Luthfi ada. Tengku Luthfi pasti tahu cara untuk menyelesaikan masalah. Soal Zikri, memang Tengku Luthfi akan sumbat dia ke dalam penjara. Reza dan Faiqah sedia menjadi saksi. Lagi pula ada dashcam kereta Tengku Naila.
Diaorang dah tengok tadi kejadian sebenar. Memang laknatuAllah betul perangai si Zikri. Dasar syaitan.
"Zikri nak apa lagi dari Aila? Nak kan Aila? Sampai bila-bila daddy takkan izinkan. Aila anak daddy. Cukup sekali dia sakitkan hati anak daddy. Itu baru Luthfi dan Reza yang bagi. Kalau daddy yang bagi, silap-silap dia mampos dekat situ juga. Maruah anak daddy dipertaruhkan. Dia ingat anak daddy ni perempuan murahan macam betina-betina sundal yang dia sewa dekat luar tu?" Bengang hati Tan Sri Tengku Affan bila mendengar semua cerita yang terjadi tengah hari tadi.
Memang dah melampau. Kurang ajar sangat. Makin dibiar, makin biadap. Memang elok lah budak Zikri tu disumbat dalam penjara. Menyusahkan orang saja kerjanya.
"Luth macam mana? Dia.. tak jijik dengan Aila kan?" Soal Puan Sri Amanda bila teringat tentang Tengku Luthfi.
Tengku Naqeeb dan Tengku Nazrul saling berpandangan.
"Tak mummy. Lagipun Zikri tak sempat buat apa pada kak Aila. Untung Reza dan Faiqah cepat. Kalau tidak.. tak tahu lah. Pasal abang Luthfi tu.. insya-Allah, tak mungkin abang Luthfi jijik dengan kak Aila. Abang Luthfi cinta sangat dengan kak Aila." Ujar Tengku Nazrul yakin.
Walaupun begitu, hati Puan Sri Amanda tetap saja merasa tidak enak. Dipandang wajah anak gadisnya. Jatuh kasihan dia melihat Tengku Naila. Sayu hati dia sebagai seorang ibu melihat sisi rapuh anaknya.
Semoga saja Tengku Luthfi dan keluarga Tengku Luthfi tidak mengambil keputusan yang bukan-bukan.
Tbc..
Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨
YOU ARE READING
MRS LUTHFI : MY LOVER [C]
RomanceTengku Luthfi Haikal 💓 Tengku Naila Ameera Tengku Luthfi Haikal. Siapa saja yang tidak mengenali jejaka tampan ini? Semua orang kenal. Anak kepada Tengku Firash Zayden dan satu-satunya pewaris terbesar serta CEO bagi syarikat F'ZAY HOLDING. Seorang...