MRS LUTHFI : 27

2.6K 166 2
                                    

Tengku Luthfi memarkirkan motor Kawasaki H2 nya di bawah garaj setelah sampai di perkarangan rumah keluarga Tengku Naila. Perlahan-lahan Tengku Naila turun dari motor sambil sebelah tangannya dipegang Tengku Luthfi.

Tersengih-sengih Tengku Naila apabila dia dapat turun dari motor. Selepas itu, Tengku Luthfi membukaka topi keledar yang dipakai Tengku Naila.

Kepala isterinya dah lah kecil. Bila pakai topi keledar yang besar ni. Tenggelam terus kepala Tengku Naila. Nampaknya dia kena beli topi keledar yang baru khas buat Tengku Naila sahaja.

Tadi pun semasa hendak pakai topi keledar. Tengku Naila sempat membebel. Dia sampai tak nak pakai topi keledar sebab besar. Untung lah Tengku Luthfi pandai pujuk.

"Thank you, bie." Ucap Tengku Naila ikhlas.

"Your welcome, sayang." Balas Tengku Luthfi seraya membetulkan rambut isterinya yang agak serabai disebabkan pakai helmet.

Setelah itu, Tengku Luthfi pula membuka helmet yang diguna dan diletakkan di atas motor. Tengku Naila diam sambil memerhati suaminya. Kacak sungguh Tengku Luthfi apabila Tengku Luthfi buka helmet tadi.

"Sayang." Tengku Luthfi memetik jarinya di hadapan wajah Tengku Naila.

Tersentak Tengku Naila lalu dia berdehem sekejap. Hidungnya yang tidak gatal digenyeh perlahan. Matanya turut dilarikan ke arah lain.

"Kenapa ni?" Tanya Tengku Luthfi.

"Takda apa. Jom masuk. Panas lah." Ajak Tengku Naila sambil memainkan jarinya di lutut Tengku Luthfi.

Sebelah alis Tengku Luthfi terangkat sambil memandang isterinya. Baru dia tahu. Tadi isterinya pandang dia yang sedang buka helmet. Bila ditegur, terasa malu. Kantoi lah tu usha suami.

"Jom. Mummy ada masak? Bie lapar. Tak sarapan lagi." Terhenti langkah Tengku Naila. Tengku Luthfi turut sama berhenti. Dia berpaling merenung isterinya.

"Kenapa?" Tanyanya.

"Bie lapar ke? Ya Allah.. kenapa tak cakap? Ini kalau mummy tahu, I kena bebel." Monyok wajah Tengku Naila.

Tengku Luthfi terus menarik isterinya dan dipeluk sekejap sebelum dileraikan pelukan. Sesudah itu, Tengku Luthfi membelai kedua pipi si isteri.

"Kan kita gerak awal. Memang tak sempat lah nak breakfast. Lagipun bie kurang makan-makanan luar selain makanan rumah." Jujur Tengku Luthfi tidak berselindung.

"Sebab tu bie ajak balik awal?" Angguk Tengku Luthfi.

"Kalau mummy tanya.. you bela I."

"Of course, baby." Setelah itu, laju Tengku Luthfi mencium pipi Tengku Naila bertubi-tubi sambil mereka berdua berjalan menghampiri pintu utama rumah. Terkekek ketawa Tengku Naila.

Baru saja Tengku Naila mahu membuka pintu. Ada yang sudah membuka dari dalam.

"Amboi, amboi pengantin baru. Bukan main seronok. Main cium-cium pipi dekat halaman rumah daddy. Kejap lagi penuh semut." Tegur Tan Sri Tengku Affan sambil menyilangkan kedua tangannya di dada.

Pandangannya bersilih ganti memandang anak perempuan dan menantunya.

Tersengih kambing Tengku Naila kepada Tan Sri Tengku Affan. Perlahan-lahan dia berjalan mendekati daddy nya dan tangan kanan dihulur.

"Assalamualaikum daddy. Nak salam." Menyepet mata Tan Sri Tengku Affan merenung anaknya. Tangan Tengku Naila disambut baik lalu Tengku Naila mencium kekura tangan daddy nya dengan penuh hormat.

Tengku Luthfi mengikut isterinya dari belakang. Senyum nipis dia kepada bapa mertuanya.

"Assalamualaikum daddy. Daddy sihat?" Giliran Tengku Luthfi pula yang bersalam dengan Tan Sri Tengku Affan.

"Waalaikumussalam. Alhamdulillah sihat. Kalau semalam tengok daddy suka ria dan enjoy. Dah tentu hari ni pun daddy sihat. Terima kasih pada Allah sebab masih beri kesihatan yang baik untuk daddy." Sarkastik Tan Sri Tengku Affan.

"Aik daddy. Baru tiga hari Luthfi jadi menantu daddy, dah kena perli ke?" Sampuk Puan Sri Amanda sambil menyambut anak perempuan dan menantunya.

"Itu lah daddy ni mummy. Mesti jealous sebab tengok Aila dan Luthfi tadi cium pipi dekat halaman rumah. Daddy nak juga tu mummy. Tak pun mummy tak bagi morning kiss lagi dekat daddy. Itu yang emo semacam." Laju tangan Puan Sri Amanda memukul bahu anaknya.

Tengku Luthfi di belakang sudah mengemam bibir rapat untuk menahan tawanya selepas mendengar kata-kata sang isteri barusan.

"Memang mummy tak bagi daddy morning kiss. Daddy nak merajuk. Hm." Sejurus itu, Tan Sri Tengku Affan memusingkan badan dan berjalan ke arah meja makan.

Menonong saja Tan Sri Tengku Affan berjalan tanpa menghiraukan isterinya. Hampir nak terjatuh rahang Puan Sri Amanda. Semakin menjadi-jadi perangai orang tua ni.

"Panjangnya muncung daddy. Naz ingat tadi angsa. Tak dapat beza." Selamba Tengku Nazrul mengutuk bapanya sendiri. Tengku Naqeeb pula dah ketawa.

Puan Sri Amanda, Tengku Naila dan Tengku Luthfi yang baru saja melangkah masuk ke dalam ruang makan turut sama ketawa bila mendengar bicara Tengku Nazrul tadi.

"Daddy kutuk kau jadi batu Nazrul." Terdiam Tengku Nazrul. Tak jadi nak gelak. Tapi yang lain masih lagi ketawa.

"Dah, dah lah tu daddy oi. Tak malu ke depan anak-anak nak merajuk?" Kedua tangannya memeluk batang leher Tan Sri Tengku Affan.

Selepas itu, kepalanya direhatkan di bahu kanan Tan Sri Tengku Affan. Kepala Puan Sri Amanda menyenget memandang wajah sang suami dari tepi. Hm.. hensem. Dari dulu sampai sekarang masih lagi hensem. Dan jangan lupa perut ketul-ketul idaman Puan Sri Amanda dulu tu masih ada lagi.

Tan Sri Tengku Affan jaga elok-elok. Selalu pergi gym. Alasan lain sebab Tan Sri Tengku Affan kata nak sentiasa fit. Mana tidak. Puan Sri Amanda pun maintain muda. Kalau jalan sebelah Tengku Naila nampak macam kakak dan adik.

Itu yang Tan Sri Tengku Affan tak nak kalah. Karang ada yang nak mengorat bini dia. Perkara itu takkan boleh terjadi.

"Morning kiss abang mana?" Tanya Tan Sri Tengku Affan dengan nada manja.

"Tak habis-habis dengan morning kiss."

"Perlu lah. Biar abang bertenaga satu hari ni. Kalau sayang tak kiss abang, lemau je lah abang hari ni." Berdecit Puan Sri Amanda mendengar alasan tak masuk akal suaminya.

"Mengada. Depan anak-anak."

"Biarlah depan anak-anak pun. Tadi Aila depan abang. Abang tak kisah pun."

"Konon tak kisah. Kalau tak kisah, takdanya daddy merengek macam budak tak dapat lolipop." Sampuk Tengku Naqeeb.

"Suka hati daddy lah. Daddy minta dekat mummy." Bidas Tan Sri Tengku Affan.

"Hish abang ni." Selepas itu, Puan Sri Amanda terus mencium pipi dan tepi bibir suaminya.

Terus berubah wajah Tan Sri Tengku Affan. Dari monyok kepada tersenyum lebar.

"Baru lah abang rasa full charging. Ha, jom makan semua." Baru nak makan. Tadi tak nak. Sibuk sangat nak merajuk.

Tengku Luthfi dan Tengku Naila saling berpandangan. Tengku Naila mendekatkan dirinya sedikit dengan sang suami.

"Jangan nak macam daddy perangai tu bila dah tua." Bisik Tengku Naila tapi masih lagi dapat yang lain dengar.

Tan Sri Tengku Affan menjeling anaknya. Roti yang dipegang, Tan Sri Tengku Affan gigit dan kunyah.

Tengku Naila tersengih pada daddy nya. Puan Sri Amanda menggelengkan kepala. Tengku Naqeeb dan Tengku Nazrul menahan ketawa mereka. Tengku Luthfi melepaskan keluhan.

Sebiji juga perangai macam Tan Sri Tengku Firash dan Puan Sri Eva. Hm.


Tbc..


Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨

MRS LUTHFI : MY LOVER [C]Where stories live. Discover now