Bersiap-siap Tengku Naila menata rambutnya di hadapan cermin. Sambil itu mata dia menjeling mencuri pandang suaminya yang sedang membutang baju kemeja yang dipakai.
Segak lah pula Tengku Luthfi ni. Ini kalau dibiarkan Tengku Luthfi keluar seorang diri. Tengku Naila berani kerat jari lah sebab ramai perempuan akan pandang Tengku Luthfi macam tak pernah tengok lelaki.
Batak sikit. Mungkin kali pertama dapat tengok lelaki hensem.
"Dah puas scan bie?" Tersentak Tengku Naila saat mendengar soalan Tengku Luthfi.
Kelang kabut dia menyudahkan kerjanya yang sedari tadi asyik tak jalan dek kerana mata dia gatal nak memandang suaminya.
Terukir senyuman Tengku Luthfi apabila melihat aksi malu-malu Tengku Naila bila didapati kantoi memandang Tengku Luthfi. Pandang suami sendiri saja pun. Tak payah lah sampai nak curi-curi pandang.
Kalau nak tengok sangat, tengok saja lah. Tak dosa pun. Tengku Luthfi berjalan mendekati sang isteri yang berada di hadapan cermin. Dekat saja, Tengku Luthfi menyengetkan sedikit kepalanya untuk mengintai wajah Tengku Naila.
"Cantiknya isteri bie. Cantik-cantik macam ni nanti mesti ada yang mengorat. Cemburu lah bie. Lepastu asyik makan hati je sebab ramai lelaki pandang sayang." Berdecit Tengku Luthfi bila terbayang bagaimana semua lelaki memandang ke arah isterinya.
Tengku Naila berhenti menyisir rambutnya. Dia menoleh memandang Tengku Luthfi di sebelah. Sikat yang dipegang, diletakkan di atas meja lalu merapat dengan Tengku Luthfi.
"Bie jangan lah cemburu. Sayang kan milik bie seorang. Kalau diaorang pandang sayang sekali pun, bukannya sayang pandang diaorang balik. Tahu sebab apa?" Tubuh tegap suaminya dipeluk dan dagunya direhatkan di atas dada Tengku Luthfi.
Kepalanya mendongak merenung sang suami. Terkelip-kelip mata bundarnya. Geram Tengku Luthfi tengok wajah Tengku Naila yang comel ini.
"Apa?"
"Sebab mata sayang ni hanya pandang bie seorang." Tengku Luthfi mengemam rapat bibirnya.
Dia menahan rasa blushing. Tengku Naila sangat pandai buat dia blushing. Bibirnya yang mahu terukir senyuman ditahan saja.
Tengku Naila perasan telinga Tengku Luthfi menjadi merah. Selepas itu, dari reaksi wajah suaminya pun sudah dapat di agak. Kalau blushing tu, cakap saja lah blushing. Payah sangat nak tunjuk.
"Tak payah lah bie nak sorok rasa blushing bie tu. Telinga bie merah." Usik Tengku Naila. Lagi merah telinga Tengku Luthfi.
"M-mana ada. Mana ada bie blushing. Bie biasa je. Tak blushing pun." Ceh.. masih lagi nak cover tu. Padahal dah tak boleh nak cover. Telinga Tengku Luthfi betul-betul merah bila ditegur.
Terletus tawa Tengku Naila seraya menggelengkan kepala. Suami lah suami. Itu pun masih nak disorokkan.
"Suka hati bie lah." Hidung Tengku Luthfi dicuit Tengku Naila sebelum Tengku Naila kembali menyambung menata rambutnya.
Tiba-tiba Tengku Naila mahukan sesuatu dari suaminya. Berpaling Tengku Naila menghadap sang suami yang memandangnya tidak lepas sejak tadi lagi.
"Bie." Panggil Tengku Naila dan Tengku Luthfi mengangkat kedua keningnya bertanya kenapa.
"Sayang teringin lah nak naik motor besar bie. Kita balik ni naik motor besar bie boleh tak? Sayang cuma pernah naik sekali je masa awal-awal bie nak mengorat sayang dulu. Ingat tak? Yang sayang merajuk dengan bie sampai balik jalan kaki lepastu bie geram, bie angkat sayang naik motor." Tiba-tiba teringat momen diaorang masa awal-awal mereka berdua dijodohkan dan ditunangkan.
YOU ARE READING
MRS LUTHFI : MY LOVER [C]
RomanceTengku Luthfi Haikal 💓 Tengku Naila Ameera Tengku Luthfi Haikal. Siapa saja yang tidak mengenali jejaka tampan ini? Semua orang kenal. Anak kepada Tengku Firash Zayden dan satu-satunya pewaris terbesar serta CEO bagi syarikat F'ZAY HOLDING. Seorang...