MRS LUTHFI : 52

4.6K 177 19
                                    

- Selepas beberapa bulan -

Alhamdulillah. Tengku Naila selamat melahirkan anak perempuan mereka yang diberi nama Tengku Lufya Nadeerah dengan berat 3.5kg dan tepat pada pukul 10 pagi anak mereka lahir.

Tengku Luthfi terus membuat sujud syukur setelah anaknya lahir dan isterinya selamat. Sampai menangis-nangis Tengku Luthfi saat menemani dan melihat sendiri pengorbanan serta kesakitan yang isterinya tanggung untuk melahirkan malaikat kecil mereka.

Syukur Alhamdulillah..

Semuanya selamat. Tengku Luthfi memandang terus anaknya yang berada di dalam dakapan selepas di selesai mengiqamatkan si kecil ini.

Tersungging senyuman lebar dan bangga Tengku Lutfi saat melihat puteri kecilnya yang akan dia besarkan dengan penuh kasih sayang dan cinta untuk anaknya. Dia akan curahkan segala-galanya hanya untuk permata hati dia ini.

Mata Tengku Naila lekat memandang suami dan anaknya. Senyuman yang terus terlakar di bibir langsung tidak pudar sedari tadi. Dia suka tengok pemandangan indah di hadapan ketika ini.

Sungguh dia tak sangka yang sekarang dia sudha bergelar seorang mama kepada seorang puteri kecilnya.

"Abang." Panggil Tengku Naila lembut.

Berpusing Tengku Luthfi memandang isterinya. Tersenyum manis Tengku Luthfi melihat sang isteri. Lekas dia melangkah mendekati Tengku Naila sambil menggendong Tengku Nadeerah yang masih di tenang tidurnya.

"Sayang haus? Nak air? Ke sayang lapar? Mummy Manda cakap nanti dia bawa makanan orang pantang. Sayang dah kena berpantang. Tak boleh makan yang bukan-bukan selagi tak habis pantang." Pesan Tengku Luthfi selari melabuhkan punggungnya di atas katil.

Tengku Naila mengesot memberi ruang kepada suaminya untuk duduk di sebelah dia. Tangan si kecil, Tengku Naila pegang dan usap.

"Sayang tak nak apa-apa. Sayang cuma nak abang dan Deerah ada dengan sayang selama-lamanya. Sayang bersyukur dan bahagia sangat sekarang sebab sayang ada suami yang penyayang dan baik hati macam abang. Serta sayang ada si kecil comel ni yang akan jadi bestfriend sayang. Hidup sayang dah lengkap bila ada abang dan Deerah dalam hidup sayang. Sayang dah tak nak apa-apa lagi." Kata Tengku Naila seraya melentokkan kepalanya di bahu sang suami.

Hidung si kecil, Tengku Naila cuit sehingga menggeliat Tengku Nadeerah dalam tidurnya. Berkerut muka si kecil itu. Comel.

Tengku Nadeerah ini seumpama Tengku Naila kecil. Sangat mirip. Hanya kening dan hidung saja yang ikut Tengku Luthfi. Selebihnya Tengku Naila. Kulit putih kemerah-merahan. Memang comel.

"Abang pun bersyukur kerana ada sayang dan Deerah ada dalam hidup abang. Terima kasih sayang sebab dah bertarung nyawa dan berkorban melahirkan permata hati kita ni. Abang takut sangat tadi. Tapi Alhamdulillah.. semuanya selamat. Takda apa yang mampu abang balas dengan segala pergorbanan sayang ni. Kerana terlalu besar. Tapi insya-Allah, dengan adanya Deerah dalam hidup kita berdua.. kita akan lebih bahagia. Deerah pelengkap hidup kita." Ujar Tengku Luthfi selari memandang dua bidadarinya yang sangat dia sayangi dan cintai.

Selepas itu, Tengku Naila mendongak dan tersenyum kepada suaminya. Hati dia tersengih dengan kata-kata Tengku Luthfi.

Mungkin lah. Kalau dulu dia tak terima Tengku Luthfi. Mesti Tengku Naila sampai sekarang tak rasa bahagia. Bahagia menjadi seorang isteri. Bahkan menjadi seorang ibu.

Dia beruntung sangat kerana Tengku Luthfi memilih diri dia dari banyaknya wanita untuk lelaki itu jadikan isteri. Walhal ramai lagi yang jauh lebih baik dari Tengku Naila. Tapi tetap saja Tengku Luthfi pilihnya dia.

Lelaki yang bermatian-matian yang selalu buat dia tersenyum dan merasa kebahagiaan.

'Terima kasih suamiku.' Gumam Tengku Naila di dalam hati.

MRS LUTHFI : MY LOVER [C]Where stories live. Discover now