MRS LUTHFI : 33

2.2K 143 6
                                    

"Bie!" Berlari Tengku Naila mendapatkan suaminya yang berada di ruang television. Dekat saja, terus dia melompat baring ke atas badan Tengku Luthfi.

Tak sempat Tengku Luthfi mahu menahan. Badan dia sudah dihempap si isteri. Terbatuk juga lah Tengku Luthfi kerana merasa sakit sedikit.

"Urgh! Ya Allah, sayang.. apa ni main lompat-lompat? Sakit dada bie." Kata Tengku Luthfi selari memeluk isterinya.

Riak sakit tak dapat ditahan. Dengan berkerut muka. Dahi pun ikut berkerut. Hidungnya juga berkerut sama. Memang sakit dihempap Tengku Naila walaupun Tengku Naila bertubuh kecil.

Mana tidaknya kalau dah tiba-tiba saja melompat dan menghempap begitu di atas badannya. Memang sakit lah cerita dia.

"Sorry, bie." Pantas Tengku Naila bangun dari menghempap Tengku Luthfi. Kedua tangan suaminya ditarik untuk duduk sama.

Selepas itu, Tengku Naila mengusap dada bidang suaminya. Bibir disebikkan selari menatap wajah Tengku Luthfi. Dia terlalu excited tadi. Tiba-tiba saja rasa excited sebab dah lama tak ke pantai agaknya.

Tengku Luthfi merenung bibir sebik dan muka sedih isterinya. Selepas beberapa saat, Tengku Luthfi menarik isterinya ke dalam pelukan. Badannya bersandar pada kerusi. Manakala Tengku Naila bersandar di dadanya.

Tengku Naila menghidu bau wangian yang terbit dari sang suami. Wanginya. Rasa tergugat. Disembamkan muka di dada Tengku Luthfi dan digeselkan hidungnya di situ.

"Sayang nak tengok movie?" Tanya Tengku Luthfi.

"Nak." Jawab Tengku Naila seraya mengangkat kepalanya memandang sang suami. Dagunya direhatkan di dada Tengku Luthfi. Nampaknya Tengku Naila suka dada.

"Sayang nak tengok movie apa?" Tanyanya lagi.

"Hm.." Tengku Naila berfikir seketika selari mulutnya sekejap herot kanan dan kiri. Tak lama selepas itu, muncul lah satu tajuk di fikirannya.

"365 days." Terbeliak sedikit mata Tengku Luthfi. Tengku Naila nak tengok movie tu?

"Sayang.. kau tahu kan tu cerita apa?" Dengan bersahaja Tengku Naila mengangguk.

"Adakah sayang rasa selepas sayang menonton cerita tu.. sayang akan selamat?" Berkerut sedikit dahi Tengku Naila kerana tidak memahami kata-kata Tengku Luthfi.

"Selamat? Maksud bie?" Tengku Luthfi berdehem. Dia menggeleng perlahan. Isteri dia masih polos. Jangan cemarkan otak isteri dia.

"Takda apa. Tukar lah cerita lain."

"Tak nak. Nak tengok movie tu juga. Dah lama tak tengok." Laju Tengku Luthfi memandang isterinya.

"Kau tengok dengan siapa sebelum ni sayang?" Penasaran Tengku Luthfi. Kalau sampai Tengku Naila kata tengok dengan Zikri. Memang malam ni juga dia pergi penjara, jumpa dengan Zikri. Mahu ditibai si Zikri cukup-cukup.

"Faiqah." Jawab Tengku Naila ringkas. Tengku Luthfi terus melepaskan nafas lega. Nasib baik.

"Okay. Kita tengok movie tu." Putus Tengku Luthfi. Selepas itu, dia bingkas bangun mengambil iPad di atas meja. Tengku Naila dialihkan ke tepi sekejap sebelum ditarik semula ke dalam pelukan.

'Lepas sayang tengok movie ni.. memang sayang takkan selamat.' Ujarnya di dalam hati. Ada satu senyuman yang meniti di bibir.

Hanya senyuman yang dia seorang saja memahami di sebalik makna senyuman itu. Jari telunjuk Tengku Luthfi menari di atas skrin iPad menekan apps netflix dan menekan-nekan huruf yang ingin ditulis.

Setelah jumpa movie yang dicari. Lantas Tengku Luthfi menegakkannya di atas meja. Lampu di ruang tersebut dimatikan agar tidak kelihatan silau bila menonton.

Tengku Naila memeluk suaminya dengan erat bagai tak nak lepas. Telinganya dapat mendengar suara degupan jantung sang suami. Tenang saja. Rambut Tengku Naila diusap lembut oleh Tengku Luthfi.

Sepanjang berjalannya cerita, tiada sesiapa pun yang membuka mulut. Masing-masing fokus pada cerita itu. Tapi sesekali pasti Tengku Luthfi mengintai wajah isterinya. Mana tahu Tengku Naila tidur.

Kalau Tengku Naila tidur, selamat lah. Kalau tak tidur, tak selamat. Macam-macam boleh terjadi.

Apabila sampai di satu scene yang agak.. ehem. Lantas Tengku Naila menutup matanya lalu menyembamkan wajah di dada Tengku Luthfi. Malu lah. Lagi-lagi dia teringat masa dia dan.. Tengku Luthfi dah buat benda tu.

Rasa terimbau kenangan tu semula di dalam fikirannya. Allah..

Terukir senyuman kecil di bibir Tengku Luthfi. Tahu sangat isteri dia malu nak tengok. Tapi tadi nak tengok sangat cerita ni. Bila dah tayang, malu-malu. Alahai isteri. Macam tak pernah.

Ubun-ubun Tengku Naila dicium lembut. Tersentak Tengku Naila. Didongakkan kepala merenung suaminya.

"Kenapa?" Tanya Tengku Luthfi.

"Dah habis ke scene tu?" Soalan dibalas soalan.

"Belum. Ada lagi."

"Bie.. tak malu ke tengok?" Bersahaja Tengku Luthfi mengangkat bahu.

"Eee.. bie ni. Pervert." Kutuk Tengku Naila selamba.

"Dah diaorang yang tayang. Bukan bie pergi intai. Lagi satu sayangku intan payungku pengarang jantungku.. benda tu kita dah buat. Tak payah lah sayang rasa nak malu." Ujar Tengku Luthfi selari mencium dahi isterinya.

Mencebik bibir Tengku Naila. Memang lah dah pernah buat. Tapi agak-agak lah. Dia masih malu. Lain lah Tengku Luthfi tu. Dia ni sampai demam. Tengku Luthfi rilek saja. Patut lah ramai perempuan takut malam pertama selepas nikah.

"Bie memang lah tak malu. Sayang ni hah yang malu. Sayang demam ni pun semua sebab bie. Kalau bie tak buat sayang, sayang tak demam." Terkebelakang sedikit badan Tengku Luthfi.

Eh? Eh? Dia salahkan kita pula? Amboi, amboi..

"Bie dah kata tak nak. Sayang yang nak. Siapa yang mulakan dulu? Bie kalau dah sayang yang start, bie pun terus je lah. Sayang yang tiba-tiba cium.." Belum lagi Tengku Luthfi menghabiskan ayatnya.

Tengku Naila pantas menutup mulut Tengku Luthfi dengan tangannya. Tak bertapis lah dia ni kalau bercakap. Matanya dijegilkan sedikit kepada Tengku Luthfi sebagai amaran untuk berhenti bercakap pasal benda tu.

Tengku Luthfi mengangkat kedua tangannya sebagai tanda menyerah. Tahu pun takut dan malu. Salahkan kita lagi. Memang Tengku Luthfi ungkit sampai ke akar umbi.

"Bie ni.. senyap je lah. Tak payah lah ingatkan semula." Memuncung bibir Tengku Naila. Dia menyandarkan badan di kerusi dan kedua tangan naik memeluk diri.

Merajuk lah tu. Dia yang mula, dia juga yang merajuk. Nak tak nak, Tengku Luthfi kena lah pujuk. Walhal bukan dia yang cari pasal dulu.

"Okay, okay. Bie minta maaf. Meh sini bie peluk. Sayangggg manja bie ni. Sayang sangat-sangat." Ditarik perlahan isterinya ke dalam pelukan hangatnya.

Selepas itu, dahi Tengku Naila dicium lembut. Tengku Naila mengembungkan pipi. Tengku Luthfi ni tahu saja cara nak memujuk dia. Hati dia ni pun cepat sangat cair. Huh.

Dasar hati murahan. Cuba lah jual mahal sikit dan jangan cepat cair.

Malam itu, mereka berdua banyak menghabiskan masa dengan menonton dan makan. Mereka berdua hanya membuat panggilan delivery food saja. Malas nak keluar.

Badan Tengku Naila pun masih panas. Ini pun dari tadi Tengku Naila tak lepas memeluknya. Asyik nak dipeluk saja. Kalau lepas, merengek lah isteri manja dia tu.


Tbc..

Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨

MRS LUTHFI : MY LOVER [C]Where stories live. Discover now