MRS LUTHFI : 24

2.7K 159 3
                                    

Terjaga Tengku Naila dari tidurnya. Perlahan-lahan Tengku Naila membuka matanya dan dikerdipkan beberapa kali. Pinggangnya terasa berat dan seakan ada seseorang yang memeluknya dari belakang.

Menunduk kepala Tengku Naila memandang tangan yang memeluknya. Selepas itu, Tengku Naila memusingkan kepalanya melihat gerangan tersebut. Rupanya Tengku Luthfi.

Kalau orang lain, nak saja Tengku Naila menjerit. Rasanya tak payah kot nak menunggu Tengku Naila menjerit. Sebelum Tengku Naila menjerit, Tengku Luthfi dah tumbuk orang yang berani-berani pergi peluk bininya.

Sangat-sangat menempah maut. Cukup-cukup lah si Zikri sorang saja yang dah nyawa-nyawa ikan dibuatnya. Itu pun tak tahu lah si budak Zikri tu dah bertaubat ke belum.

Hampir-hampir keluarga Zikri tak kenal Zikri sebab wajahnya dah lebam sana dan sini. Muka pula penuh darah.

Tengku Naila melihat ke arah jam. Sudah pukul 5:30 pagi. Semalam dia langsung tak sedar waktu bila dia tidur.

Bila sedar sekarang, Tengku Naila tengok dirinya sudah berada di atas katil sambil dipeluk oleh Tengku Luthfi. Sebab semalam dia layan movie dengan Tengku Naqeeb dan Tengku Nazrul dia theater room.

Tahu-tahu dah dalam bilik dan di atas katil bersama Tengku Luthfi. Dengan gerakan perlahan Tengku Naila memusingkan badannya dan baring menghadap sang suami.

Ditatap seraya wajah kacak milik Tengku Luthfi. Hensem. Tengah tidur pun hensem. Kalau macam ni lah gayanya.. asal buka mata nampak hensem macam ni. Memang tergolek-golek lah hati Tengku Naila setiap hari.

"Takda kata yang mampu I ucap selain dari rasa syukur sebab bie pilih I untuk jadi isteri bie. Thank you, my husband." Dijepit sedikit dagu Tengku Luthfi.

Tak lama selepas itu, Tengku Luthfi membuka matanya dan merenung wajah cantik sang isteri. Terkejut Tengku Naila apabila melihat suaminya bangun.

"I kacau bie tidur ke?" Tanyanya.

"Tak. Sayang tak kacau pun. Baru bangun?" Jawab Tengku Luthfi sembari menyoal semula. Badan Tengku Naila ditarik lebih rapat supaya tiada ruang langsung di antara mereka.

"Hm. Baru je. Bie yang angkat I masuk bilik?" Tanya Tengku Naila sambil memeluk badan sasa suaminya. Mesti kuat pergi gym ni. Badan dah macam batu. Keras.

"Bie lah angkat. Siapa lagi nak angkat? Naqeeb kata sayang berat. Bie angkat elok je. Macam kapas." Memincing mata Tengku Naila. Ini nak puji ke perli?

"Bie perli eh?"

"Mana ada bie perli. Bie puji. Sayang ringan je. Naqeeb tu hah menipu bie." Menjuih ke depan bibir Tengku Naila kerana tak percaya dengan kata-kata Tengku Luthfi barusan.

"Malas lah. Bie perli sayang." Senyum Tengku Luthfi dengan sikap manja Tengku Naila ini.

"Hug me. Semalam tak puas bie peluk isteri bie ni." Langsung bibir Tengku Naila tersenyum manis. Dipeluk erat tubuh kekar sang suami.

Tengku Luthfi membalas tidak kalah jauh eratnya sehingga Tengku Naila berbaring di atas badan Tengku Luthfi. Tergelak perlahan Tengku Naila. Diangkat kepalanya memandang Tengku Luthfi.

"Cantiknya isteri bie ni."

"Kalau cantik.. nak kiss." Tengku Naila memuncungkan bibirnya meminta dicium.

Tengku Luthfi diam seketika sambil memerhati bibir dan mata Tengku Naila berulang kali sebelum bibirnya bersentuhan dengan bibir sang isteri.

Terbeliak sedikit mata Tengku Naila kerana dia tak menyangka yang Tengku Luthfi bakal mengikut permintaannya tadi. Padahal dia saja-saja. Bukannya betul-betul.

MRS LUTHFI : MY LOVER [C]Where stories live. Discover now