MRS LUTHFI : 30

3.9K 185 4
                                    

Tengku Naila baring sambil menjadikan lengan Tengku Luthfi sebagai bantal. Selepas itu, Tengku Naila memeluk suaminya dengan erat. Mereka berdua menonton movie di bilik Tengku Naila.

Ingat tadi nak layan movie di bilik theater. Tapi malas pula nak keluar bilik. Itu yang stay di bilik Tengku Naila dan pasang movie yang mereka berdua mahu tonton.

Tak lama kemudian, Tengku Naila pantas bangun dari baringannya. Dia memusingkan kepalanya memandang Tengku Luthfi. Tengku Luthfi menaikkan sebelah alisnya bertanya kenapa.

"Bosan." Kata Tengku Naila. Menjuih bibirnya.

Terbit senyuman di bibir Tengku Luthfi. Tangannya naik mengusap rambut lebat sang isteri.

"Nak ajak sayang keluar. Tapi dah malam sangat ni." Balas Tengku Luthfi selari melihat ke arah jam yang menunjukkan pukul 12 tengah malam.

Tengku Naila melepaskan keluhan. Bosan sedang melanda diri Tengku Naila. Bosan yang terlampau. Haih.

Tiba-tiba, Tengku Naila mendapat satu idea yang muncul di fikirannya. Rasanya dia tahu apa dia nak buat. Tanpa menunggu lagi, pantas Tengku Naila bangun dan bergerak ke meja make up.

Berkerut dahi Tengku Luthfi memandang isterinya. Nak buat apa? Selepas itu, dapat Tengku Luthfi tengok yang isterinya mengambil lipstick. Nak pakai lipstick malam-malam?

Tengku Naila membuka penutup lipstick merahnya lalu dipaikan di atas bibirnya. Tengku Naila memakai semerah-merahnya. Tebal. Banyak lapis.

Usai itu, Tengku Naila menutup semula lipstick nya dan mengorak langkah menuju ke Tengku Luthfi.

Tengku Luthfi sekadar diam dan memandang gerak-geri isterinya.

Tanpa berkata apa, Tengku Naila naik ke atas katil dan menarik tangan kanan suaminya. Selepas itu, Tengku Naila mencium tangan Tengku Luthfi sehingga ke leher dan dada.

"What are you doing, sayang?" Soal Tengku Luthfi sembari merenung tangannya yang menjadi mangsa bekas ciuman Tengku Naila tadi.

"Kasi tanda."

"Tanda?" Laju Tengku Naila mengangguk.

"Tanda lah. Tanda yang bie ni sayang punya seorang. Tengku Luthfi hanya untuk Tengku Naila. Milik Tengku Naila seorang!" Jawab Tengku Naila dengan semangat selari memeluk tubuh tegap suaminya.

Ketawa Tengku Luthfi dengan sikap nakal isterinya. Dipeluk tubuh mungil Tengku Naila yang memang sudah tenggelam di dalam dakapannya. Ubun-ubun Tengku Naila turut dicium dengan sayang.

"Comelnya sayang bie. Memang bie milik sayang seorang je." Tutur Tengku Luthfi selari mencium puncak kepala isterinya lagi.

Lama mereka dalam keadaan begitu sebelum Tengku Naila yang merungkaikan pelukan. Sesudahnya, Tengku Naila duduk bersila di hadapan Tengku Luthfi. Diambil jua handphone nya.

Tengku Naila mula membuka aplikasi kamera dan merakam tangan, leher serta dada suaminya yang penuh dengan kesan lipstick. Wow! Terlihat semakin seksi.

Tengku Luthfi dah lah tak pakai baju. Hanya berseluar pendek saja. Nampak perut roti yang ada '6 bun' tu. Cantik saja. Tersusun elok. Tangan nakal Tengku Naila turun menyusuri setiap ketulan yang ada di perut suaminya.

"Don't do that, Naila." Halang Tengku Luthfi. Dia tidak mahu membuat hubungan jika Tengku Naila sendiri tidak memberi izin. Tengku Luthfi hanya mahu isterinya selesa dahulu dengan dia.

Tengku Luthfi tak nak isterinya merasa beban. Memang Tengku Luthfi ada hak. Tapi ini kan badan isterinya. Isterinya lebih berhak sama ada mahu bagi atau tidak. Dia sebagai suami tidak mahu memaksa. Biarlah mereka lakukan bila sama-sama mahu.

MRS LUTHFI : MY LOVER [C]Where stories live. Discover now