MRS LUTHFI : 20

2.7K 175 4
                                    

Selepas seminggu kejadian Tengku Naila hampir dirogol Zikri. Tengku Naila langsung tidak berjumpa dengan Tengku Luthfi. Tengku Luthfi pun tiada membuat panggilan atau menghantar satu pesanan kepada Tengku Naila.

Sedih hati Tengku Naila. Mungkin Tengku Luthfi merasa jijik dengan diri dia. Tengku Naila perlu sedar perkara itu. Ya. Memang Zikri tidak sempat berbuat apa-apa.

Tetap saja Zikri ada menyentuhnya. Tapi Tengku Naila pun tak nak. Dia dah meronta minta lepas. Tapi perlu di ingat, tenaga lelaki dan perempuan jauh beza. Di mana-mana tenaga perempuan akan kalah dengan tenaga lelaki.

Tengku Naila duduk berseorangan di pondok depan rumahnya. Tengku Naila melepaskan keluhan berat. Matanya menatap skrin telefonnya melihat gambar Tengku Luthfi yang diletakkan sebagai lock wallpaper.

Rindunya dia dengan lelaki ini. Hendak di telefon tapi takut tidak dilayan. Yang mampu Tengku Naila buat hanya lah melihat gambar.

Berdehem seseorang di belakang Tengku Naila. Menoleh kepala Tengku Naila melihat gerangan tersebut. Ternyata Tengku Naqeeb. Abangnya mengambil tempat di hadapan adik perempuannya ini.

"Aila okay?" Tanyanya.

"Okay. Kenapa tanya?" Jawab Tengku Naila selari bertanya abangnya semula.

"Seminggu Aila termenung sambil tengok gambar Luthfi. Tak nak call?" Saat mendengar pertanyaan abangnya. Tengku Naila melepaskan segugus keluhan berat.

"Aila tak nak dia benci Aila. Aila takut. Aila tahu.. mesti dia jijik dengan Aila." Kata Tengku Naila perlahan. Hatinya sangat terasa apabila seminggu ini Tengku Luthfi langsung tidak bertemunya.

Bukan kata jumpa. Bayang-bayang Tengku Luthfi pun dia tak nampak. Kalau tak boleh datang sekurang-kurangnya mesej. Ini tidak. Haih.

"Kenapa Aila boleh buat kesimpulan macam tu? Aila ada tanya dia?" Tengku Naqeeb bukan lah mahu menyibuk urusan adiknya.

Tapi dia tak nak Tengku Naila berterusan melayan perasaan sedihnya seorang diri. Sejak kejadian itu juga Tengku Naila suka sangat bersendirian. Duduk sorang-sorang. Semua kegiatan dia sebelum ni, semua Tengku Naila tak nak buat dah. Katanya nak rehat.

Boleh dikatakan yang Tengku Naila ni berubah. Bukan lagi Tengku Naila yang dulu. Mereka semua rindu dengan Tengku Naila yang dulu. Suka mengusik, bergurau, buat kelakar dan banyak jawab. Celoteh Tengku Naila itu yang mereka rindu sangat.

"Aila tak tuduh. Kalau dia betul sayang dan cinta Aila. Kenapa dia tak datang jumpa Aila? Kenapa seminggu ni dia hilangkan diri? Dia dah janji dengan Aila yang dia takkan tinggalkan Aila. Tapi sekarang? Aila perlukan Luthfi di sisi Aila. Tapi dia takda dengan Aila." Lirih suara Tengku Naila berkata.

"Cuba Aila call. Cakap elok-elok dengan Luthfi." Pujuk Tengku Naqeeb. Dia tahu yang Tengku Naila dan Tengku Luthfi saling sayang dan cinta. Mungkin sekarang adalah dugaan bertunang diaorang.

"Tak nak. Nanti Aila nangis. Aila tak nak dia datang jumpa Aila sebab kesiankan Aila. Aila nak dia datang sebab hati dia sendiri yang nak datang jumpa Aila." Tutur Tengku Naila.

Dia sangat terasa hati dengan sikap Tengku Luthfi. Tapi semuanya dipendam sendiri. Dulu Tengku Luthfi yang selalu dengar omelan dia. Dia rindu lelaki itu.

Tanpa Tengku Naila sedari, semua kata-katanya tadi Tengku Luthfi dengar di sebalik panggilan telefon yang dibuat oleh Tengku Naqeeb.

Sakit hati Tengku Luthfi mendegar kata-kata tunangnya. Dia ingat dengan beri Tengku Naila ruang dan masa. Dapat memulihkan hati gadis itu. Ternyata tidak. Malah dia menambah luka.

"Abang Qeeb cuma dapat bagi nasihat. Selebih kan terpulang pada korang. Tapi kalau Luthfi datang sini jumpa Aila. Berbincang elok-elok. Faham?" Mengangguk Tengku Naila tanda mengerti.

MRS LUTHFI : MY LOVER [C]Where stories live. Discover now