Merengus kasar Tengku Naila apabila sedari tadi namanya terus dipanggil Zikri. Banyak mata yang memandang ke arah mereka berdua ketika itu. Itu semua gara-gara Zikri yang menjerit.
Tak malu ke apa dia ni? Yang paling Tengku Naila tak suka bila terjumpa dengan Zikri. Macam ni lah jadinya. Dasar lelaki tak betul.
Tengku Naila terus menghiraukan panggilan Zikri. Laju kakinya melangkah untuk meninggalkan tempat tersebut.
Lagi beberapa langkah saja mahu mendekat dengan kereta. Lengan Tengku Naila dilelar dari belakang. Berpusing Tengku Naila menghadap Zikri.
"Apa kau nak lagi?" Tanya Tengku Naila kasar.
"You tanya I apa I nak? I nak you, Naila." Sinis ketawa Tengku Naila mendengar ayat Zikri.
"Nak aku? Eh dulu kau dah dapat aku. Apa kau buat? Kau bodohkan aku, kau sia-siakan aku dan kau buat aku macam balaci kau. Sekarang ni kau terhegeh-hegeh dengan aku pula. Tak rasa buang masa ke bila orang yang kau nak ni, dah tak nak dengan kau?" Sembur Tengku Naila tanpa berfikir lagi mereka berada di mana.
"I'm sorry. I mengaku tu salah I. Bagi lah I peluang untuk I tebus semula kesalahan I pada you dulu. I still love you, Naila. I know you love me too."
"Yes, I used to love you. But that was three years ago. Jangan nak berangan lah kalau aku masih cintakan kau sekarang ni. Kalau aku masih cinta, aku lah perempuan paling bdooh sekali dalam dunia ni. Bukan setakat bodoh, malang pun ya. Memang kelam hidup aku dengan kau." Panas hati Zikri mendengar segala balasan bicara Tengku Naila.
Lengan yang masih dipegang Zikri. Tengku Naila tarik dan menghempas tangan Zikri menjauh dari tangannya. Kesan Zikri yang memegang lengannya tadi ditepis seakan merasa jijik.
Berubah air muka Zikri melihat sikap Tengku Naila. Ya, dia tahu. Tengku Naila dah berubah. Tengku Naila yang sekarang bukan lagi Tengku Naila yang dulu. Tengku Naila dulu sangat senang dipujuk jika Zikri beri ayat bunga.
Langsung luluh. Sekarang? Hampeh. Zikri cakap sikit. Tengku Naila balas dengan dalam rangka karangan. Susah untuk dia mengambil semula hati Tengku Naila. Apa lagi ada Tengku Luthfi yang memang jauh berbeza dengan dirinya.
Tengku Luthfi nak disamakan dengan Zikri sangat lah tidak boleh. Bagai langit dan bumi. Tengku Luthfi tu seorang CEO Starich Empire yang sangat terkenal dalam bidang perniagaan.
Nama panggilan untuk Tengku Luthfi dalam bidang perniagaan mereka gelarkan 'lion' kerana kepakarannya dan kebijaksanaannya. Terutama mata tajam Tengku Luthfi. Orang yang mahu bergabung untuk bekerjasama Tengku Luthfi bukan calang-calang orang yang boleh dapat.
Mana Zikri tahu semua ni? Dia siasat. Sebab itu lah dia mahukan Tengku Naila. Tengku Naila ini ibarat lombong emas bagi Zikri dan syarikat Zikri yang seumur jagung itu.
Kenapa halang Tengku Naila dari jadi isteri Tengku Luthfi? Mestilah halang. Kalau Tengku Naila dan Tengku Luthfi bersama itu kiranya dua syarikat besar akan menguasai bahagian business di Malaysia, Singapore, Brunei dan Indonesia.
"No Naila. I tak pernah ada niat nak buat you macam tu. I betul-betul ikhlas nak nikah dengan you. Tapi I khilaf. I tak tahu kenapa I buat macam tu sampai sanggup tinggalkan you pada majlis nikah kita." Terlepas tawa besar Tengku Naila.
Kelakar lah dengar ayat yang Zikri lontarkan barusan. Khilaf? Kepala mangkuk ayun dia khilaf.
"Kau ingat.. aku akan luluh macam dulu? Hah? You wrong this time, man. Hahahah.. kelakar lah kau ni. Terima kasih lah dah buat aku gelak." Usai itu, Tengku Naila membawa langkahnya menuju ke keretanya.
Malas nak melayan orang tak betul macam Zikri. Khilaf konon. Kepala hangguk dia. Itu kalau aku hempuk kepala dia dekat jalan tar ni, mahu hilang ingatan terus satgi.
Zikri memejamkan matanya seketika. Bengang dengan sikap Tengku Naila yang sekarang. Dah macam-macam dia buat sampai sanggup merayu. Tak pernah Zikri buat macam ni pada perempuan.
Selalunya perempuan lah yang merayu sampai melutut di hadapan dia. Tapi Tengku Naila? Tak. Memang tak lah Tengku Naila nak mahu melutut.
**********
Tengku Luthfi memandang sekejap tunangnya di sebelah yang memasang wajah cemberut. Dah kenapa? Period ke?
"Sayang kenapa ni?" Tanya Tengku Luthfi seraya sebelah tangannya yang bebas dari memegang stereng menyentuh pipi gebu Tengku Naila.
Tengku Naila melepaskan keluhan panjang. Tangan Tengku Luthfi yang menyentuh pipinya itu dipegang erat dan diletakkan di atas pahanya.
"I benci betul hari ni." Berkerut dahi Tengku Luthfi.
"Kenapa?" Penasaran Tengku Luthfi dibuatnya.
"Tadi I pergi PKNS nak cari barang. Boleh pula terserempak dengan sepupu beruk." Semakin berkerut dahi Tengku Luthfi. Sepupu beruk? Siapa?
"Se..pupu beruk?" Lambat-lambat Tengku Luthfi menyoal. Siapa lah tu.
"Yalah. Sepupu beruk. Zikri tu lah sepupu beruk." Jawab Tengku Naila seraya bersila di atas kerusi sambil menghadap Tengku Luthfi yang sedang memandu.
Hampir Tengku Luthfi nak tersembur air liur bila Tengku Naila menyebut Zikri sebagai sepupu beruk.
Agak-agak lah sayang oi. Ada ke di sepupu kan Zikri tu dengan beruk. Sepatutnya Zikri tu jadi sepupu chimpanzee. Hahahah..
"Macam mana boleh terjumpa?"
"Entah lah. Tak tahu dia datang dari celah mana. Tiba-tiba dah tegur I." Menjuih bibir Tengku Naila bila mengingat semula. Annoying.
"Lepastu kau buat apa?"
"I lari lah. Dia kejar pula tu. Bila dah dapat tahan. You tahu tak dia buat kelakar. Dia cakap I ni masih cintakan dia. Lepastu apa yang dia buat pada I tiga tahun lepas adalah satu kekhilafan. Dan dia buat I dulu tanpa niat. Dia dalam keadaan tak sedar. Dia ingat I ni bodoh ke apa? Senang-senang nak percaya cakap dia lagi? Memang tak lah." Omel Tengku Naila dengan riak wajah menjengkelkan.
Nampak sangat menjengkelkan tu. Nak tergelak Tengku Luthfi. Nak kata tak cemburu bila Tengku Naila beritahu yang Tengku Naila terjumpa Zikri. Mesti lah cemburu. Tapi Tengku Luthfi percaya dengan Tengku Naila.
"Eeee.. annoying betul. Nasib I tak hempuk kepala dia dekat kereta tadi. Cakap macam tak pakai otak. Bengap." Marah Tengku Naila tak berkesudahan.
Terletus tawa Tengku Luthfi yang sejak tadi ditahan-tahan. Tangannya yang masih memegang tangan Tengku Naila dibawa ke bibir dan dicium sekejap.
"Bie kenapa ketawa?" Ketus Tengku Naila.
"Lawak lah. Macam sayang kata.. dia buat lawak. Ini betul-betul lawak sayang. Tapi serius sayang, sekali lagi aku dengar dia jumpa kau. Memang pecah muka dia." Balas Tengku Luthfi sembari di akhir ayat, Tengku Luthfi bernada serius.
"Pecahkan je. Dah lah tak hensem. Macam mana lah I boleh suka dia dulu? Mengucap I bila dah sedar. Astaghfirullah." Menggeleng kepala Tengku Naila bila teringat momen lama-lama.
"Siapa lagi hensem? Aku ke dia?" Soal Tengku Luthfi ingin tahu.
"Bie.. senangnya soalan. Of course lah my baby ni hensem. Paling hensem sedunia." Lebar senyuman Tengku Luthfi. Sukanya.
Emm.. patut lah berjodoh. Dua-dua sama je perangai.
Tbc..
Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨
YOU ARE READING
MRS LUTHFI : MY LOVER [C]
RomanceTengku Luthfi Haikal 💓 Tengku Naila Ameera Tengku Luthfi Haikal. Siapa saja yang tidak mengenali jejaka tampan ini? Semua orang kenal. Anak kepada Tengku Firash Zayden dan satu-satunya pewaris terbesar serta CEO bagi syarikat F'ZAY HOLDING. Seorang...