MRS LUTHFI : 4

7.5K 292 9
                                        

Sejak kejadian tiga hari yang lalu. Tengku Luthfi masih belum nampak Tengku Naila. Katanya Tengku Naila ke Terengganu rumah kawannya.

Sudah tentu lah Tengku Luthfi tahu siapa kawan Tengku Naila. Umairah, kawan baik Tengku Naila.

Selama tiga hari itu juga lah, Tengku Luthfi menghantar orang untuk menjaga Tengku Naila dari jauh. Dia risau akan keselamatan gadis itu. Tengku Naila pergi ke Terengganu seorang diri. Drive lagi tu.

Mana lah Tengku Luthfi tak risau. Tengku Naila itu dah lah belahan hatinya. Kalau jadi apa-apa, siapa susah? Dia juga. Cie cie.. hempuk karang.

Tak lama selepas itu, pintu biliknya diketuk dari luar. Tanpa menunggu balasan Tengku Luthfi. Pintu bilik jejaka itu dibuka dari luar. Muncul lah gerangan yang mengentuk pintu itu tadi. Ternyata Tan Sri Tengku Firash.

"Boleh daddy masuk?" Angguk Tengku Luthfi membenarkan Tan Sri Tengku Firash masuk ke dalam biliknya.

Tan Sri Tengku Firash melangkah masuk ke dalam bilik anak bujangnya. Selepas itu, Tan Sri Tengku Firash melabuhkan duduknya di birai katil. Dipandang seketika wajah Tengku Luthfi.

"Daddy ada perkara nak bagitahu Luth ke?" Tanya Tengku Luthfi apabila Tan Sri Tengku Firash hanya diam tanpa bersuara dan hanya memandang wajahnya.

"Minggu ni rumah Tengku Affan ada buat majlis hari jadi Nazrul. Luth datang?"

"Insya-Allah, dy."

"Lagi satu, daddy dan mommy dah berbincang yang kami nak meminang Naila untuk Luth." Jujur Tan Sri Tengku Firash dan mengundang kerutan dahi Tengku Luthfi saat mendengar bicara daddy nya.

"Kenapa kena meminang Naila? Kenapa tak bincang dengan Luth? Kenapa daddy dan mommy buat keputusan tanpa ada perbincangan dengan Luth? Kenapa suka-suka? Kalau Naila tak suka, dia tolak, macam mana?" Bertubi-tubi soalan Tengku Luthfi kepada Tan Sri Tengku Firash.

"Sebab anak Dato Fakrul, Faris nak meminang Naila dan jadikan Naila isteri. Daddy dengar juga, Naila nak terima pinangan Faris. Luth nak lepaskan peluang yang ada sekarang? Hah? Luth nak biarkan Naila jadi milik lelaki lain lagi?" Padahal tak. Saja Tan Sri Tengku Firash memprovok anaknya.

Tengku Luthfi slow sangat. Jadi dia tipu lah. Semua plan dia ni dah berbincang dengan Dato Fakrul, Faris, Tan Sri Tengku Affan dan Tengku Naqeeb. Semua setuju. Padahal Faris tu dah ada tunang. Cuma tunang dia masih belajar di London.

Terdiam Tengku Luthfi mendengar kata-kata daddy nya barusan. Mampukah dia melihat Tengku Naila menjadi milik lelaki lain sekali lagi? Mampukah dia kali ini mempertahankan hak dia?

No. Tengku Naila hak dia. Tengku Naila harus jadi milik dia.

"Daddy dan mommy buat lah apa pun. Luth setuju. Soal Naila, nanti pandai lah Luth handle dia." Tersungging senyuman senget Tan Sri Tengku Firash. Ini yang dimahukan.

"Good, son. Daddy dan mummy dia pun akan handle dia. Luth pun dah minta izin dengan daddy dia kan? Jadi takda masalah. Kami semua restu." Sejurus itu, Tan Sri Tengku Firash memeluk bahu anaknya dari tepi.

"Thank you, daddy." Lega hati Tengku Luthfi apabila semua ahli keluarganya termasuk ahli keluarga Tengku Naila merestui mereka.

**********

Umairah memandang Tengku Naila dengan pandangan pelik. Kawan dia ni macam ada sesuatu yang disorokkan tapi tak diluahkan sahaja.

"Woi." Umairah menolak siku Tengku Naila. Hampir nak terjatuh Tengku Naila dibuatnya dan hampir mukanya nak terkena meja.

"Apahal kau ni?" Bengang Tengku Naila seraya memukul tangan Umairah. Geram.

"Kau ni macam ada something. Share?" Lama Tengku Naila mendiamkan diri. Ditenung wajah Umairah sambil mengelipkan matanya beberapa kali sebelum dia menjawab soalan Umairah tadi.

MRS LUTHFI : MY LOVER [C]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang