Starich Empire
Gina mempersilakan Umairah masuk ke dalam bilik kerja Tengku Naqeeb. Umairah datang ke syarikat Starich Empire juga kerana Tengku Naqeeb yang ada membuat panggilan padanya untuk datang ke sini hari ini.
Umairah senyum kepada Gina sebelum dia melangkah masuk ke dalam. Dilihat Tengku Naqeeb sedang bercakap di telefon. Gina menutup pintu bilik.
Tentang Umairah yang datang, sudah pun dimaklumkan oleh Tengku Naqeeb sendiri pada Gina. Dan Tengku Naqeeb berkata kalau Umairah dah sampai. Terus bawa dia masuk ke bilik kerjanya.
Tak perlu mengetuk pintu. Langsung saja menyuruh Umairah masuk.
Umairah mengemam bibirnya dan memandang sekitar ruangan bilik kerja Tengku Naqeeb. Kemas dan bersih.
Tak lama selepas itu, matanya tertuju pada satu frame gambar bersaiz sederhana yang tergantung di dinding. Gambar keluarga Tengku Naqeeb. Terbit senyuman Umairah tatkala melihat gambar itu.
Apa yang Umairah tahu tentang Tengku Naqeeb ialah jejaka ini sangat sayang pada keluarganya. Boleh dikatakan Tengku Naqeeb ini adalah seorang family man.
Keluarga menjadi keutamaan Tengku Naqeeb. Segala apa yang terjadi sekali pun, keluarganya lah yang akan tetap menjadi keutamaannya. Umairah puji sikap Tengku Naqeeb yang ini.
"Ehem." Tersentak Umairah apabila mendengar deheman dari seseorang. Berpaling kepala Umairah memandang Tengku Naqeeb yang sudah berdiri di hadapannya.
"Kenapa tak duduk?" Tanya Tengku Naqeeb seraya menggamit Umairah ke arah sofa yang ada di bilik kerjanya itu.
"Em.. tak sopan pula kalau Mai duduk tanpa izin abang Qeeb." Balas Umairah perlahan.
Selepas itu, Tengku Naqeeb memberi izin kepada Umairah untuk duduk. Umairah akur tanpa membantah. Umairah memandang Tengku Naqeeb yang duduk di hadapannya.
'Hensem.' Puji Umairah di dalam hati. Umairah ni cepat rasa berdebar setiap kali bertentang mata dan duduk berduaan dengan Tengku Naqeeb.
Jujur Umairah kata. Memang dia ada perasaan pada Tengku Naqeeb. Cuma Umairah perlu sedar diri. Dia bukan siapa-siapa. Hanya orang biasa.
"Abang Qeeb ada apa ya suruh Mai datang?" Tanya Umairah ingin tahu.
"Ada perkara yang abang nak cakap dengan Mai. Tapi abang nak tanya dulu. Mai single?" Berkerut seribu dahi Umairah mendengar soalan yang barusan Tengku Naqeeb tanya.
Lambat-lambat Umairah menganggukkan kepalanya.
"Abang dah malas nak main tarik tali. Jadi abang jujur je lah. Abang suka Mai. Jadi abang nak lamar Mai jadi isteri abang. Mai sudi?" Terdiam, terkedu, terkejut dan terkelu lidah Umairah mendengar pengakuan jujur dari Tengku Naqeeb.
Dia datang sini semata-mata nak dengar luahan hati Tengku Naqeeb pada dirinya? Tengku Naqeeb suka dia? Jadi selama ni Umairah tidak bertepuk sebelah tangan?
Kejap. Umairah blur. Dia jadi bingung.
"W-wait. A-abang Qeeb cakap apa? Ulang semula boleh?" Pinta Umairah.
"Abang cakap abang suka Mai. Abang nak Mai jadi isteri abang. Mai sudi?" Ulang Tengku Naqeeb.
Dalam tiga saat, Umairah dah jatuh pengsan di atas sofa. Terkejut Tengku Naqeeb. Pantas dia bangun dan mendekati Umairah. Dipandang wajah cantik Umairah.
"Eh? U-Umairah? Hei. Allah.. dia pengsan pula." Ditolak sedikit bahu Umairah. Tengku Naqeeb melepaskan keluhan kecil.
Selepas itu, Tengku Naqeeb bangun dari cangkungannya dan berjalan ke arah meja kerjanya. Dia membuat panggilan pada Gina. Setelah itu, Tengku Naqeeb berjalan semula ke arah Umairah yang masih pengsan.
YOU ARE READING
MRS LUTHFI : MY LOVER [C]
RomanceTengku Luthfi Haikal 💓 Tengku Naila Ameera Tengku Luthfi Haikal. Siapa saja yang tidak mengenali jejaka tampan ini? Semua orang kenal. Anak kepada Tengku Firash Zayden dan satu-satunya pewaris terbesar serta CEO bagi syarikat F'ZAY HOLDING. Seorang...