(Baju Nikah Tengku Naila)
Tengku Naila berpusing di hadapan cermin apabila dirinya sudah siap di make up kan oleh mak andam yang ditempah khas sendiri dari Puan Sri Amanda untuk anak perempuannya yang seorang ini.
Baju nikah Tengku Naila pun Puan Sri Amanda mereka khas. Untung lah sebab mummy nya fashion designer terkenal. Jadi semua free. Tak payah pening-pening nak suruh dan upah orang untuk reka baju.
Puan Sri Amanda kan ada. Jadi semuanya serahkan pada Puan Sri Amanda. Beria-ria Puan Sri Amanda menyiapkan semuanya bersama dengan Puan Sri Eva.
Bukan setakat Puan Sri Amanda saja fashion designer. Puan Sri Eva pun fashion designer juga. Untung lah Tengku Naila oi.
Umairah dan Faiqah yang baru saja melangkah masuk ke dalam bilik Tengku Naila langsung mengukirkan senyuman manis buat bakal pengantin yang lagi beberapa jam akan bertukar status dari bujang kepada isteri.
Berseri-seri sungguh bakal pengantin perempuan seorang ini. Haih.. dah lah cantik.
"Hai pengantin. Cantiknya dia.." Puji Faiqah sembari berjalan mendekati Tengku Naila.
Berpusing Tengku Naila menghadap dua orang kawannya itu. Terus terukir senyuman di bibir cantik Tengku Naila yang telah dioles dengan lipstick berwarna pink tambah kemerahan sedikit. Sangat kena dengan warna kulitnya yang putih mulus itu.
"Hai juga calon pengantin." Balas Tengku Naila dan dapat membuat langkah Faiqah terhenti serta-merta.
Ketawa Umairah melihat tingkah Faiqah. Faiqah itu agak anti dengan kata nikah dan kahwin ni. Katanya takut nak kahwin. Lagi-lagi tengok pasangan suami isteri sekarang banyak masalah. Ada pula kes suami pukul isteri. Lagi lah buat Faiqah merasa tak nak jadi isteri.
"Hish kau ni. No, no. Takda calon-calonnya. Aku tak nak kahwin. Kalau Umai tu ya lah. Lepas kau.. dia pula yang naik." Ujar Faiqah dengan wajah sedikit cemberut.
Langkahnya disambung berjalan mendekati Tengku Naila. Selepas itu, Faiqah senyum melihat kawannya yang cantik dan manis lagi kan anggun ini. Baru kali ini dia lihat pengantin perempuan yang cantik sangat secantik Tengku Naila.
Terpegun Faiqah memandang wajah manis dan cantik kawannya. Umairah pula melabuhkan punggungnya di birai katil.
"Ya Allah.. kawan aku. Cantiknya." Puji Faiqah sambil menyentuh veil yang dikenakan Tengku Naila.
Berbunga-bunga hati Tengku Naila bila dipuji. Rasa kembang bontot sekejap. Ehek.
"Of course lah cantik. Hari ni aku jadi pengantin. Aku nak semua orang tengok aku. Terutama Tengku Luthfi Haikal. Because he will be mine forever. My lovely husband. Indahnya.." Terbayang-bayang Tengku Naila bagaimana diri dia nanti menjadi isteri kepada Tengku Luthfi.
"Yalah.. orang tengah bahagia ni. Memang indah saja lah semuanya. Tapi apa-apa pun kitaorang ni sebagai kawan kau akan selalu doakan kebahagiaan untuk kau." Sampuk Umairah yang sedari tadi hanya diam dan mendengar semua perbualan antara Tengku Naila dan Faiqah.
YOU ARE READING
MRS LUTHFI : MY LOVER [C]
RomanceTengku Luthfi Haikal 💓 Tengku Naila Ameera Tengku Luthfi Haikal. Siapa saja yang tidak mengenali jejaka tampan ini? Semua orang kenal. Anak kepada Tengku Firash Zayden dan satu-satunya pewaris terbesar serta CEO bagi syarikat F'ZAY HOLDING. Seorang...