MRS LUTHFI : 41

5.1K 198 2
                                        

Pejam celik-pejam celik. Dah nak dekat dua bulan usia pernikahan Tengku Naila dan Tengku Luthfi. Dan sekarang pun mereka semua sudah kelam-kabut kerana lagi dua hari majlis Tengku Naqeeb dan Umairah akan dilangsungkan.

Tengku Naila sibuk berperang di dapur. Langsung tak perasan yang suaminya sudah balik dari pejabat. Sedari tadi memandang si isteri yang tengah ligat memasak sambil bergelek.

Mana tak bergelek. Masak sambil dengar dan nyanyi lagu dangdut. Jadi punggung Tengku Naila sekejap ke kiri dan ke kanan.

Kemain nyanyi lagu 100 persen cintaku yang dinyanyikan oleh Mas Idayu.

Tengku Luthfi diam seraya menatap isterinya. Lagi-lagi mata Tengku Luthfi bukan pandang badan. Tapi punggung isterinya dipandang. Fokus dia tengok. Bibir bawah dijilat sekejap.

Wah engkau Tengku Luthfi. Cucuk bijik mata tu karang. Gatai noh.

"Seratus persen cintaku,
Hei hei hei hanya untukmu,
Seratus persen cintaku,
Hei hei hei rela untukmu,
Ah jujur kuakui,
Kamu yang paling okey,
Cintaku seratus persen.."

"Kupunya cinta hanya untukmu,
Kau satu tiada yang lain,
Berkali-kali aku memandang,
Gambarmu yang kusimpan dirumah.."

Meriah dapur rumah dah macam tengah buat konsert. Dengan Tengku Naila pasang lagu sekuat-kuat hati dia. Menyanyi sampai menjerit. Tapi nasib baik lah suara tu merdu.

"Seratus persen.. kau Ya Allah. Bie!" Baru saja Tengku Naila pusing. Dia terus dikejutkan dengan suaminya yang asyik menatap diri dia di hadapan pintu dapur.

"Nyanyi lah lagi. Gelek lagi. Mengancam." Berdecit Tengku Naila selari menjeling manja kepada suaminya.

Menyampah. Dah dua bulan jadi isteri kepada Tengku Luthfi ni. Semakin Tengku Naila mengenali sifat suaminya. Selalu menggatal. Gatal dengan dia saja lah.

Gatal dengan perempuan lain memang Tengku Luthfi kena hukum pancung. Biar mati sana. Main-main dengan Tengku Naila.

"Macam mana sayang tadi? Seratus persen.. cintaku.. Hahahahaha.. seratus persen cinta sayang pada bie kan? Tapi kalah. Sebab bie punya cinta untuk sayang dua ratus persen." Ujar Tengku Luthfi. Mengusik.

Dia berjalan ke arah isterinya. Bila dilihat isterinya memakai apron sambil rambut di ikat messy bun. Cantik sangat. Pipi tu pun dah comot. Tengku Naila ni memasak ke menghancurkan dapur?

"Bila bie balik ni? Baru pukul 3. Awalnya. Bie ponteng kerja eh? Mana boleh macam tu. Bie sebagai bos sepatutnya beri tauladan dan contoh yang baik kepada pekerja. Kalau bos macam ni.. confirm akan ada pekerja bie yang ikut perangai bos tak bertauliah seperti bie." Eh eh.. membebel pula mak cik apron ni.

Geram saja Tengku Luthfi tengok isterinya. KENAPA COMEL SANGAT?! Tengku Luthfi rasa nak gomol-gomol. Ish.. gomol sampai bawa naik bilik. Hehe..

"Kenapa banyak membebel eh sayang sekarang ni?" Tanya Tengku Luthfi apabila sudah berdiri di hadapan isterinya. Ditatap segenap wajah cantik milik sang isteri.

Wajah yang selalu membuat dia gila bayang dahulu, kini dan selamanya. Wajah yang dapat membuat dia merasa di awang-awangan. Wajah yang sentiasa membuat dia rindu. Wajah yang sentiasa menambahkan rasa cinta dan sayang dia untuk wanita di hadapannya ini.

Beruntung sangat dia sebagai seorang suami apabila dapat memperisterikan wanita seperti Tengku Naila. Seorang yang ceria, happy go lucky, kuat bebel, sabar, suka tolong orang, ringan tangan, rajin dan semuanya lah.

Tengku Naila terlalu perfect untuk Tengku Luthfi. Sampai Tengku Luthfi ingatkan diri dia setiap saat, setiap minit bahkan setiap hari untuk tidak mensia-siakan wanita secantik dan sebaik Tengku Naila. Kalau sia-siakan, belum tentu Tengku Luthfi akan jumpa lagi wanita seperti Tengku Naila.

MRS LUTHFI : MY LOVER [C]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang