Diperhati isterinya yang sedang mengemas baju ke dalam luggage. Tak lepas mata Tengku Luthfi memandang sang isteri. Sedari tadi dia asyik merenung Tengku Naila.
Tengku Naila ini seumpama magnet. Mampu menarik semua perhatian Tengku Luthfi. Walhal tadi Tengku Luthfi kata nak siapkan kerja dia yang semalam tertunda. Tapi sekarang tak buat sebab Tengku Naila yang ambil semua perhatian dia sampai Tengku Luthfi jadi tak fokus hendak membuat kerja.
"Ehem. Bie.. kalau bie asyik pandang sayang. Memang kerja bie tu takkan siap." Tegur Tengku Naila seraya menzip beg luggage yang terakhir.
Selepas itu, Tengku Naila berjalan mendekati suaminya yang sedang berada di atas katil. Tengku Luthfi senyum kepada isterinya sembari menghulur tangan menggamit isterinya untuk dekat.
Laju langkah Tengku Naila menuju ke suaminya. Tangan Tengku Luthfi disambut dan Tengku Luthfi menarik isterinya. Pantas Tengku Naila naik ke atas katil dan melabuhkan duduknya di sebelah sang suami.
"Nak peluk sayang. Bie rasa penat. Dari tadi bie tunggu sayang siap mengemas baju-baju sayang tu." Ujar Tengku Luthfi seraya memeluk isterinya sekejap.
Sesudah itu, Tengku Luthfi menjarakkan sedikit dan tanpa berkata apa, Tengku Luthfi terus baring sambil meletakkan kepalanya di atas paha Tengku Naila.
Terpinga-pinga Tengku Naila dengan tindakan suaminya. Tak menyangka yang suami dia akan buat perkara begini.
Tak lama selepas itu, tangan kanan Tengku Naila ditarik dan diletakkan di atas kepala.
"Usap lah sayang." Pinta Tengku Luthfi manja. Matanya dipejam sambil menikmati usapan tangan Tengku Naila di atas kepalanya.
Keluhan lelah dilepaskan perlahan sebelum Tengku Luthfi pusing menghadap perut Tengku Naila. Setelah itu, wajahnya disembamkan di perut Tengku Naila.
Terkebelakang sedikit badan Tengku Naila sehingga Tengku Naila bersandar di kepala katil. Terkejut Tengku Naila dengan tindakan suaminya ini. Terkelip-kelip mata dia merenung sang suami.
"Lenanya. Paha sayang lembut. Sesuai jadi bantal untuk bie baring." Kata Tengku Luthfi sambil membenamkan lagi mukanya di perut si isteri.
"Eh? Eh, bie. Kenapa benamkan muka bie dekat perut sayang?" Kaku Tengku Naila jadinya.
"Biarlah. Perut sayang ni nanti tempat anak-anak bie akan duduk selama 9 bulan 10 hari. Are you ready sayang?" Jawab Tengku Luthfi selari bertanya.
Kepalanya didongakkan memandang sang isteri yang menunduk memandang Tengku Luthfi. Makin kaku Tengku Naila jadinya selepas mendengar bicara si suami. 9 bulan 10 hari? Mengandung?
Tergelak Tengku Luthfi apabila melihat wajah pucat Tengku Naila. Takut sangat ke nak mengandung? Haih.
"It's okay sayang kalau sayang tak ready. Bie tak kisah. Yang penting sayang ada dengan bie dan kita hidup bahagia. Sampai bila-bila." Tengku Naila mengemam rapat bibirnya. Bukan niat di hati mahu menolak atau berkata tidak soal zuriat.
Cuma dia masih belum bersedia. Tapi bila dilihat dari cara Tengku Luthfi. Suaminya itu seakan sudah bersedia seratus peratus untuk menjadi seorang ayah. Bahkan Tengku Luthfi seakan berharap sangat. Ini yang Tengku Naila tak suka lagi-lagi melihat wajah sendu dan kecewa suaminya walaupun di mulut berkata tidak apa.
"Bie, I'm sorry." Ucap Tengku Naila serba salah.
Lantas Tengku Luthfi bangun dan duduk menghadap Tengku Naila. Kedua pipi isterinya diusap lembut. Mata mereka berdua saling bertaut rapat.
"Takda apa, sayang. Jangan sedih. Bie okay." Balas Tengku Luthfi seraya memujuk belahan hatinya ini. Tangannya masih setia mengusap pipi Tengku Naila.
"Sayang tak ready lagi."
ANDA SEDANG MEMBACA
MRS LUTHFI : MY LOVER [C]
RomanceTengku Luthfi Haikal 💓 Tengku Naila Ameera Tengku Luthfi Haikal. Siapa saja yang tidak mengenali jejaka tampan ini? Semua orang kenal. Anak kepada Tengku Firash Zayden dan satu-satunya pewaris terbesar serta CEO bagi syarikat F'ZAY HOLDING. Seorang...
![MRS LUTHFI : MY LOVER [C]](https://img.wattpad.com/cover/363125216-64-k197068.jpg)