Tengku Luthfi memberhentikan keretanya setelah sampai di destinasi yang dituju. Dipalingkan wajah memandang isterinya yang masih lena. Ikutkan Tengku Luthfi tidak mahu keluar kerana Tengku Naila demam.
Tapi Tengku Naila merengek mahu keluar ke pantai. Lagipun Tengku Luthfi dah janji semalam mahu membawa Tengku Naila ke pantai hari ini.
Itu yang Tengku Naila merengek sampai menangis. Katanya kalau dah sampai pantai mesti dia sihat. Mahu tak mahu, Tengku Lutfi turutkan jua. Kasihan tengok isterinya merengek-rengek begitu. Dah lah manja. Geram Tengku Luthfi tengok.
Jadi, Tengku Luthfi ada menempah chalet yang berhadapan dengan pantai. Mereka akan tinggal dalam 3 hari. Tengku Luthfi cakap ini adalah sebagai pre-honeymoon.
Tali pinggang yang dipakai Tengku Naila, Tengku Luthfi buka. Ditatap serata wajah Tengku Naila. Lena isteri dia tidur. Tangan kanan dibawa menyentuh dahi Tengku Naila. Masih panas. Cuma tidak sepanas pagi tadi.
"Sayang." Kejut Tengku Luthfi selari mengusap pipi Tengku Naila.
Tengku Naila yang dikejutkan langsung tersedar. Terkenyit-kenyit matanya untuk menghilangkan kabur. Selepas itu, matanya terus melihat Tengku Luthfi yang sedang tersenyum nipis kepadanya. Tengku Naila menyandarkan kepalanya ke kepala kerusi.
Matanya dipejam sekejap. Rasa mengantuk masih ada. Tengku Luthfi yang melihat isterinya begitu, bibir menyunggingkan senyuman. Mengantuk sangat lah ni.
Sebelah tangan dibawa membelai puncak kepala Tengku Naila.
"Mengantuk lagi?" Tanya Tengku Luthfi.
"Hm." Jawab Tengku Naila sambil masih menutup matanya.
"Jom lah. Rehat dekat dalam bilik. Bie dah tempah chalet untuk tiga hari kita di sini." Terus Tengku Naila membuka matanya.
Segar biji mata. Dipandang Tengku Luthfi tidak percaya. Dah tempah chalet? Patut lah tadi suruh bawa baju.
"Chalet depan pantai?" Angguk Tengku Luthfi.
"Betul?" Tengku Luthfi mengangguk lagi.
"Yes! Bestnya!" Teruja Tengku Naila sehingga menepuk kedua tangan.
"Teruja, teruja juga. Jom lah keluar sayang. Bie nak pergi pantai ni. Tak nak ikut ke?" Tengku Luthfi membuka pintu kereta seraya mengerling isterinya sekejap.
"Hei.. mesti lah nak ikut." Laju-laju Tengku Naila membuka pintu kereta dan melangkah keluar dahulu. Menggeleng kepala Tengku Luthfi dengan tingkah isterinya.
**********
Sampai saja di hadapan pintu bilik, Tengku Luthfi membuka kunci pintu tersebut. Tengku Naila yang berada di belakang, dipandang sekilas sebelum menguak pintu bilik.
Sejurus itu, Tengku Luthfi membawa semua luggage yang dibawa masuk ke dalam sambil di ekori Tengku Naila dari belakang. Terbuntang mata Tengku Naila saat melihat ada pantai yang terbentang luas di hadapan sana.
Semakin teruja Tengku Naila jadinya. Pantas Tengku Naila meletakkan handbag ke atas katil dan berlari kecil keluar bilik. Angin sepoi-sepoi menyapa Tengku Naila. Nyaman.
Tengku Naila mendepakan tangan menikmati angin tersebut. Rambutnya yang tidak di ikat dibiarkan bertebangan. Tengku Naila menutup mata untuk merasai suasana tenang itu.
Tak lama kemudian, Tengku Luthfi datang memeluk isterinya dari belakang. Ubun-ubun Tengku Naila dicium lembut.
"Thank you bie bawa sayang datang sini. Best sangat." Ucap Tengku Naila ikhlas.
"You're welcome, sayang. Takda apa yang lebih berharga selain dari buat sayang bahagia. Bie suka tengok sayang happy macam sekarang. Senyuman sayang nampak manis sangat. Cair hati bie." Jujur Tengku Luthfi dapat membuat kedua pipi Tengku Naila membahang panas. Malu. Tapi suka.
YOU ARE READING
MRS LUTHFI : MY LOVER [C]
RomanceTengku Luthfi Haikal 💓 Tengku Naila Ameera Tengku Luthfi Haikal. Siapa saja yang tidak mengenali jejaka tampan ini? Semua orang kenal. Anak kepada Tengku Firash Zayden dan satu-satunya pewaris terbesar serta CEO bagi syarikat F'ZAY HOLDING. Seorang...