Semakin hari semakin baik hubungan Tengku Naila dan Tengku Luthfi. Dari kekok, menjadi semakin rapat. Cuma kadang-kadang ada lah gaduhnya.
Jangan risau. Gaduh manja-manja saja. Bukan gaduh besar pun. Tengku Luthfi suka cari pasal dengan Tengku Naila. Yang Tengku Naila pula cepat naik angin. Mahu saja dipukul-pukul Tengku Luthfi.
Macam sekarang lah. Tengku Naila berjalan kaki sedangkan Tengku Luthfi menunggang motor Kawasaki H2 sambil mengikut langkah Tengku Naila yang sedang merajuk dengannya.
"Naila.." Meleret suara Tengku Luthfi memanggil nama tunangnya. Tersenyum lucu dia melihat tingkah Tengku Naila sekarang.
"Tak payah lah ikut I. Pergi lah sana." Halau Tengku Naila seraya menyilangkan kedua tangannya di dada.
"Naila sayang.."
"Don't call me sayang sayang." Bantah Tengku Naila tidak mahu dipanggil sayang. Dah banyak kali dia kata, jangan panggil dia sayang.
"Sayang, jom lah naik motor dengan aku ni. Kau tak penat ke berjalan dari tadi? Dah-dah lah tu merajuknya."
"Penat. Eh, tak penat. Biarlah I jalan pun. I anggap ini sebagai olahraga agar I sihat. And one more thing, I tak merajuk. Siapa cakap I merajuk?" Dah merajuk tak nak mengaku. Haih. Ini lah perempuan. Sempat pula tadi dia tersasul.
Tengku Luthfi nak gelak tapi ditahan. Nanti makin merajuk kesayangan dia ini. Tengku Luthfi memarkirkan motornya ditepi lalu berjalan mendekati Tengku Naila.
Lengan Tengku Naila diselar dan ditarik lembut. Berpusing Tengku Naila menghadap Tengku Luthfi.
"Aku tahu kau penat. Jom naik motor." Ajak Tengku Luthfi seraya menarik tangan Tengku Naila.
Tapi Tengku Naila menarik semula tangannya sehingga terlepas.
"I cakap tak nak. Tak nak lah." Degil. Tengku Naila kembali memusingkan badannya dan berjalan menjauhi Tengku Luthfi.
Lama-lama kesabaran Tengku Luthfi hampir hilang. Dia menarik nafas dan dihembus perlahan. Tengku Luthfi ni bukan lah sejenis yang penyabar sangat. Tapi disebabkan dalam situasi ini adalah Tengku Naila.
Jadi dia perlu bersabar dengan gadis kesayangannya ini. Tengku Luthfi mengejar langkah Tengku Naila. Tengku Naila yang mengetahui Tengku Luthfi mengikutnya dari belakang. Cepat-cepat dia buka langkah untuk berlari.
Tapi Tengku Naila kalah kelajuan dengan Tengku Luthfi kerana Tengku Luthfi dapat membaca gerak-geri tindakannya.
"Tak nak. Lepaslah Luthfi! Eee.. I tak nak ikut you!" Dah macam cacing. Menggeletis Tengku Naila di dalam pelukan Tengku Luthfi.
"Degil." Tengku Luthfi memeluk badan Tengku Naila dari belakang dan diangkat tubuh gadis itu. Kaki Tengku Naila tidak dapat mencecah tanah.
"Lepas!!! Aaaa!! Tolong!! Ada orang nak culik saya!!!" Jerit Tengku Naila meminta tolong.
Tapi sayang beribu kali sayang. Jalan yang mereka lalui itu tiada orang. Tak ramai yang lalu di jalan tersebut. Jadi takda siapa boleh tolong mereka.
Tengku Luthfi meletakkan Tengku Naila di atas motornya. Berpusing Tengku Naila menghadap Tengku Luthfi. Tajam matanya merenung wajah jejaka tersebut.
"Aku tahu kau merajuk. Jangan nak menipu." Mendatar suara Tengku Luthfi dan mukanya dibuat serius.
Kalau Tengku Naila degil macam ni, memang Tengku Luthfi perlu berganda degil dari Tengku Naila.
Terdiam dan terkaku Tengku Naila memandang wajah serius Tengku Luthfi. Baru kali ini, Tengku Luthfi membuat muka serius dengannya. Selalunya Tengku Luthfi buat muka jengkel dia.
YOU ARE READING
MRS LUTHFI : MY LOVER [C]
Roman d'amourTengku Luthfi Haikal 💓 Tengku Naila Ameera Tengku Luthfi Haikal. Siapa saja yang tidak mengenali jejaka tampan ini? Semua orang kenal. Anak kepada Tengku Firash Zayden dan satu-satunya pewaris terbesar serta CEO bagi syarikat F'ZAY HOLDING. Seorang...