MRS LUTHFI : 2

7.3K 286 12
                                        

Sepanjang makan malam, Tengku Naila merasa sangat tidak selesa. Kerana apa? Kerana semua mata yang berada di meja makan tertuju ke arahnya.

Lama-lama Tengku Naila naik rimas. Tengku Naila terus menghentikan acara makannya dan memandang semua ahli keluarganya yang berada di situ. Setiap wajah dipandang dengan intens.

"Kenapa mummy, daddy, abang Qeeb dan Naz terus pandang Aila? Aila ada buat salah ke? Kalau betul ada, just let me know. Jangan lah pandang je. Aila tak selesa nak makan." Luah Tengku Naila seraya mengangkat kedua keningnya.

Dia mahukan jawapan bukan senyuman yang agak.. misteri. Kenapa sekarang Tan Sri Tengku Affan, Puan Sri Amanda, Tengku Naqeeb dan Tengku Nazrul memandang dia dengan senyuman?

Pelik.

"Em.. Aila takda kenal rapat dengan mana-mana lelaki?" Tanya Puan Sri Amanda selari menyuap sesuap nasi ke dalam mulutnya.

"Hah?" Berkerut dahi Tengku Naila mendengar soalan yang terpacul keluar dari bibir mummy nya.

Sepanjang tiga tahun selepas kejadian kahwin tak jadi Tengku Naila tu. Mana ada yang lain tanya dia pasal lelaki. Semua diam. Tapi sekarang, tiba-tiba saja?

"Takda lah. Mummy tanya je. Mana lah tahu kan? Ada?" Laju Tengku Naila menggelengkan kepala.

Dia dah tak nak kenal dengan mana-mana lelaki sampai lah rasa trauma dia sebab hal tiga tahun lepas hilang. Kalau betul ada, dia nak lelaki tu boleh yakinkan dia dan serius dengan dia.

Kalau boleh kali ni, Tengku Naila nak cari yang sekufu. Maksudnya sama kaya dengan dia. Biarlah rupa tak hensem sekali pun. Yang penting kaya. Kalau suami buat hal, duit dia kita pakai buat enjoy. Dan kita boleh tuntut berapa yang kita nak. Bahkan sampai jutaan ringgit sekali pun Tengku Naila akan tuntut.

Sebab.. ada duit, semua masalah akan hilang. Oh yeahhh..

"Kalau.. mummy kata ada yang nak kenal dengan Aila. Aila nak?" Hampir Tengku Naila tercekik mendengar soalan Puan Sri Amanda.

"No. Aila tak nak." Cepat-cepat Tengku Naila menjawab membantah tidak mahu.

"Cuba lah kenal dulu." Kali ini, Tengku Naqeeb pula yang bersuara.

"No. Aila tak nak lah abang Qeeb. Jangan nak memandai jodohkan Aila dengan orang yang Aila tak kenal dan Aila tak nak kenal." Tegas suara Tengku Naila mempertahankan kata-katanya.

"Tapi Aila kenal lelaki ni." Sampuk Tan Sri Tengku Affan pula.

Berpaling kepala Tengku Naila memandang daddy nya. Dahinya agak berkerut sedikit.

"Siapa?" Penasaran Tengku Naila.

"Nanti Aila tahu. Daddy cuma minta Aila jangan tolak lagi. Kami tak jodohkan. Tapi lelaki ni minta izin daddy untuk kenal dengan Aila. Jadi daddy izinkan sebab dia gentleman. Tak macam lelaki yang khianat Aila. Pengecut." Dalam pada Tan Sri Tengku Affan memuji 'lelaki' yang mahu berkenalan dengan Tengku Naila. Sempat juga dia kutuk si Zikri.

Tergelak Tengku Nazrul mendegar daddy nya mengutuk Zikri. Memang pengecut pun. Jantan takda telur. Hari tu terserempak dengan Tengku Nazrul, Zikri boleh lari. Padahal Tengku Nazrul tengok saja. Bukan nak pukul.

"Whatever lah daddy. Kalau Aila tak suka, Aila akan tolak. Aila takkan banyak cakap. Okay?" Mengangguk Tan Sri Tengku Affan berpuas hati mendengar bicara anaknya.

Puan Sri Amanda senyum saja. Harap-haraplah Tengku Naila boleh menerima. Puan Sri Amanda sebagai ibu pasti akan mendoakan yang terbaik.

**********

Tersenyum seorang diri Tengku Luthfi apabila memandang gambar-gambar Tengku Naila yang berada di dalam galeri handphone nya. Sesekali pasti diusap perlahan gambar tersebut.

Cantik. Sangat cantik. Tengku Naila terlalu cantik. Nak cakap dia obses? Ya, dia memang obses. Sejak kali pertama nampak Tengku Naila, dia terus jadi obses.

"Haih. Cantik bidadari aku ni." Puji Tengku Luthfi tanpa segan silu. Tapi hanya mampu diungkapkan di hadapan gambar saja lah.

Nak puji secara depan, belum boleh lagi. Tengku Luthfi masih belum bersedia mahu menyatakan perasaannya.

Padahal Tengku Luthfi dah simpan rasa cinta dia pada Tengku Naila sejak Tengku Naila berumur 16 tahun. Kali pertama dia melihat Tengku Naila, hati dia terus dijentik satu rasa yang tak pernah ada pada mana-mana perempuan.

Itu lah kali pertama. Sehingga sekarang perasaan tu setia ada pada dirinya buat Tengku Naila seorang.

Bukannya tiada perempuan yang cuba menggoda dia dan mengambil hatinya. Cuma tiada seorang pun yang dapat menambat hati dia seperti mana Tengku Naila sudah tambat hatinya.

Dalam Tengku Luthfi tidak sedar. Ada Puan Sri Eva yang sedang mengintai tingkah laku Tengku Luthfi di sebalik pintu bilik. Senyum Puan Sri Eva melihat anak bujangnya yang sedang angau.

Perlahan-lahan Puan Sri Eva menolak pintu bilik Tengku Luthfi dan melangkah masuk lalu didekati Tengku Luthfi yang sedang duduk di atas katil.

Tengku Luthfi langsung tidak perasan kewujudan Puan Sri Eva. Dekat saja Puan Sri Eva mengintai apa yang dilihat anaknya. Ternyata gambar Tengku Naila semasa diaorang pergi ke rumah Puan Sri Amanda tengah hari tadi.

Tengku Nuha lah tu punya kerja. Banyak gambar Tengku Naila yang ditangkap dan dibagi kepada abangnya ini. Patut lah dia berusaha sangat tangkap gambar. Siap minta selfie lah. Saja-saja ajak Tengku Naila keluar pergi ke balkoni katanya nak tangkap sebab view lawa.

Padahal saja. Bukannya view lawa pun. Padahal memang view lawa kalau dari balkoni tingkat dua rumah milik Tan Sri Tengku Affan tu.

"Ehem. Kalau dah suka sangat tu.. jujur je lah. Disambar orang lain baru tahu." Terkejut Tengku Luthfi tatkala mendengar suara mommy nya.

Pantas skrin telefonnya ditutup dan handphone nya disimpan di bawah bantal. Terbit senyuman manis Puan Sri Eva. Setelah itu, Puan Sri Eva melabuhkan punggungnya di sebelah Tengku Luthfi.

"Sampai bila nak sembunyikan perasaan tu?" Soal Puan Sri Eva. Kalau dah suka sangat, masuk lah meminang. Ini tidak.. tak habis-habis dok angau.

"Insya-Allah, mommy. Luth minta mommy doakan Luth." Balas Tengku Luthfi seraya menghadiahkan senyuman manis buat mommy nya.

"Mommy dah tak nak terlepas peluang untuk jadikan Naila tu menantu mommy. Mommy suka sangat dengan Naila. Cukup lah tiga tahun lepas dulu. Nasib baik bekas tunang dia lari." Ujar Puan Sri Eva dan dapat mengundang ketawa dari Tengku Luthfi.

Memang Puan Sri Eva sangat berkenan dengan Tengku Naila. Dah lama dia menyimpan hasrat untuk bermenantukan Tengku Naila. Bila Puan Sri Eva dapat tahu yang Tengku Luthfi suka kan Tengku Naila.

Puan Sri Eva lah orang yang paling bahagia. Siap buat sujud syukur. Hari-hari doakan supaya Tengku Luthfi dan Tengku Naila ada jodoh.

"Ya, mommy. Luth tahu. Cuma Luth minta masa. Luth tak boleh terus cakap yang Luth nak dia jadi isteri Luth. Mesti Naila akan ada rasa trauma sebab hal tiga tahun lepas. Luth nak cairkan hati dia dulu. Luth nak hati dia betul-betul ada nama Luth sama macam Luth. Cuma ada nama dia saja. Luth nak sayang dan cinta Naila sama macam daddy sayang dan cintakan mommy Luth yang cantik ni." Jelas Tengku Luthfi panjang lebar.

Dagu runcing Puan Sri Eva dicuit lembut. Tersenyum Puan Sri Eva mendengar bicara anaknya. Lengan sasa Tengku Luthfi dipaut dan dipeluk dengan erat.

Tak sangka. Anak yang dia jumpa di taman dulu sehingga menjadi anak tirinya sekarang sudah besar. Sampai dah ada niat mahu menikah.

"Pastikan romantik macam daddy. Tapi yang paling penting.. didik isteri sebaik-baiknya. Pesan mommy, kalau ada masalah jangan pernah biarkan isteri tidur berseorangan, jangan biarkan isteri pendam perasaan lama-lama seorang diri, jangan biarkan isteri larut dengan perasaan sedih tanpa dipujuk dan jangan biarkan isteri buat semuanya sendiri. Faham?" Nasihat Puan Sri Eva sambil menatap penuh wajah Tengku Luthfi.

Tekun Tengku Luthfi mendengar pesanan dan nasihat mommy nya. Dia mengangguk faham.


Tbc..

Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨

MRS LUTHFI : MY LOVER [C]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang