Mengeluh Tengku Naila tatkala melihat suaminya yang sedang fokus pada meeting di talian. Tadi Jabir ada menelefon memberitahu tentang masalah projek di Ipoh.
Dari petang sampai ke malam Tengku Luthfi hanya fokus di hadapan laptop mendengar semua bicara pekerja-pekerjanya. Sikit perhatian untuk Tengku Naila pun takda. Sepatutnya petang tadi mereka keluar berjalan di Terengganu.
Tapi terpaksa batal sebab Tengku Luthfi ada meeting mendadak. Hanya ahli keluarga yang lain saja keluar berjalan. Tengku Naila nak ikut tapi tak sampai hati hendak meninggalkan suaminya sendiri.
Tapi sekarang dia pula rasa menyesal tak ikut sebab bosan.
Tak lama selepas itu, pintu bilik hotel mereka diketuk dari luar. Lantas Tengku Naila bangkit dan turun dari katil. Dibawa langkahnya menuju ke pintu. Dibuka dan terlihat ada Tengku Lutfan dan Tengku Nazrul. Di tangan Tengku Nazrul pula ada tiga plastik yang berisi makanan.
Sempat Tengku Naila chat Tengku Nazrul kirim untuk belikan dia dan Tengku Luthfi makanan.
"Nah kak." Tengku Nazrul hulur plastik yang dipegang kepada Tengku Naila.
"Thank you. Naz dan Lutfan dah makan ke?" Tanya Tengku Naila. Saja hendak berbasa-basi dengan adik dan adik iparnya.
"Dah kak long. Ini pun kitaorang dua nak turun lagi. Nak jalan-jalan malam pula. Tapi yang lain dah masuk bilik. Nak rehat katanya. Penat dari petang berjalan." Beritahu Tengku Lutfan. Sebelah tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluar.
Terangguk-angguk faham Tengku Naila. Diberikan senyuman nipis untuk Tengku Nazrul dan Tengku Lutfan.
"Mana along?" Tanya Tengku Lutfan bila tidak melihat kelibat abangnya.
"Ada dekat dalam. Sibuk lagi dengan meeting dia." Tengku Naila memberi sedikit ruang untuk Tengku Lutfan tengok Tengku Luthfi.
"Fokusnya. Macam serius sangat tu." Kata Tengku Lutfan. Mengeluh Tengku Naila.
"Bunyi macam serius tadi. Katanya ada banyak yang tergendala pastu bahan-bahan pembinaan banyak yang tipu. Macam tu lah yang kak long dengar. Entah lah. Kak long pun tak faham. Urusan orang kerja pejabat." Terletus tawa kecil Tengku Naila.
Menggeleng perlahan Tengku Lutfan. Kalau dah serius macam ni rupa abang dia. Mesti Tengku Naila tak dilayan.
"Mesti along dari tadi hadap laptop kan?" Tanpa menipu, Tengku Naila mengangguk mengiyakan pertanyaan Tengku Lutfan.
"Macam ni lah. Apa kata.. kak Aila ikut kitaorang. Naz dan Fan nak lepak dekat area hotel ni je. Paling-paling dekat kafe. Lagipun dekat dengan pantai. Kak Aila kan suka pantai. Kita tengok berapa lama abang Luth boleh sedar yang kak Aila takda." Cadang Tengku Nazrul menyelit di antara perbualan Tengku Naila dan Tengku Lutfan.
Tengku Naila berfikir sekejap. Bila dilihat yang suaminya masih fokus. Dia ambil keputusan untuk ikut. Yalah, sedangkan Tengku Lutfan dan Tengku Nazrul datang ni pun Tengku Luthfi boleh tak sedar.
"Akak ikut korang. Tapi akak nak letak makanan dalam bilik. Pastu akak nak ambil kardigan dan handphone. Korang tunggu." Pesan Tengku Naila.
"Okay kak." Tengku Lutfan dan Tengku Nazrul menjawab serentak.
Sejurus itu, Tengku Naila menutup pintu. Plastik berisi makanan diletakkan di atas meja. Cardigan dan handphone diambil. Tengku Naila memandang suaminya sekilas cuba untuk melihat jika suaminya perasan. Tapi tak. Mata Tengku Luthfi masih tetap melekat pada skrin laptop.
Usai saja mengambil barang yang diperlukan. Tengku Naila melangkah keluar dari bilik. Malas nak menegur suaminya. Nanti-nanti lah. Sekarang dia nak cari angin segar.
![](https://img.wattpad.com/cover/363125216-288-k197068.jpg)
YOU ARE READING
MRS LUTHFI : MY LOVER [C]
RomanceTengku Luthfi Haikal 💓 Tengku Naila Ameera Tengku Luthfi Haikal. Siapa saja yang tidak mengenali jejaka tampan ini? Semua orang kenal. Anak kepada Tengku Firash Zayden dan satu-satunya pewaris terbesar serta CEO bagi syarikat F'ZAY HOLDING. Seorang...