Tengku Naila mengintai suaminya dari celah pintu bilik kerja Tengku Luthfi yang terbuka sedikit. Di tangannya ada secawan kopi panas yang dibuat Tengku Naila.
Bukan dia tak nak masuk. Tapi saja nak usha suami hensem dia tu sekejap. Bila tengok Tengku Luthfi fokus membuat kerja sambil memakai spek mata dan berbaju T-shirt hitam berlengan pendek serta berkain pelikat.
Aura tu lain. Nampak hensem sangat. Cair Tengku Naila tengok Tengku Luthfi versi berkain pelikat seperti sekarang. Kelihatan maskulin.
Untung lah gaya yang ini Tengku Naila seorang saja boleh tengok. Limited. Takda perempuan lain boleh tengok selain dari Tengku Naila. Rasa bahagia pula bertandang di hati. Suka.
Setelah agak lama Tengku Naila usha suaminya. Akhirnya dia masuk juga ke dalam bilik kerja Tengku Luthfi.
Tengku Luthfi terus mengangkat wajahnya memandang si isteri. Dia tahu sebenarnya dari tadi lagi isteri dia dah tercegat depan pintu. Tapi dibiarkan saja. Tahu sangat yang Tengku Naila tengah usha dia.
Jadi diam saja tak memanggil atau menegur kegiatan 'halal' isteri dia. Dibiar saja Tengku Naila usha dia. Sebab dia pun selalu buat benda sama. Kalau Tengku Naila lupa kunci pintu bilik air. Laju saja dia nak usha dari luar.
Tak senonoh betul perangai. Apalah ini orang, apalah..
"Bie.. busy ke?" Cawan yang berisi air kopi diletakkan di atas meja.
"Tak busy sangat. Meh sini." Tengku Luthfi menggamit isterinya untuk dekat dengan dia.
Tanpa bantahan, Tengku Naila akur lalu mendekati suaminya. Tangan kanan Tengku Luthfi yang terhulur, Tengku Naila pegang. Terus Tengku Luthfi tarik isterinya sehingga Tengku Naila terdorong ke depan dan duduk di atas pahanya.
Tengku Naila memukul bahu tegap suaminya. Terkejut Tengku Naila.
"Bie!" Tengku Naila menjegilkan sedikit matanya.
"Ya, sayang.." Meleret suara Tengku Luthfi menyahut isterinya.
Tiba-tiba Tengku Naila rasa berbunga-bunga. Kenapa merdu sangat Tengku Luthfi panggil dia macam tu? Padahal dah selalu Tengku Luthfi panggil dia sayang. Dari sebelum jadi isteri lagi Tengku Luthfi dah start panggil dia sayang.
Cuma kali ni agak.. bunyinya macam mesra sangat. Sedap didengar. Eceh.. atau mungkin sebab penampilan suami dia ni yang telah buat Tengku Naila rasa cair bila Tengku Luthfi panggil dia begitu.
Membahang wajah Tengku Naila kerana malu. Tergelak perlahan Tengku Luthfi dengan tingkah manja isteri dia.
"Sayang."
"Hm."
Sejurus itu, mata mereka berdua saling bertaut rapat. Terkelip-kelip mata Tengku Naila menatap suaminya.
"Bie sebenarnya dah plan nak ajak sayang pergi honeymoon. Tapi.. terpaksa tunda." Sebik bibir Tengku Naila. Baru nak rasa gembira bila dengar perkataan honeymoon. Tapi bila dengar kata tunda tu.. terus punah rasa kegembiraan dia.
"Kenapa?" Tanyanya.
"Bie kena pergi Sarawak. Ada urusan kerja. Kena jumpa klien dekat sana."
"Sayang nak ikut pergi Sarawak."
"Nope. Bie pergi sana sebab kerja. Kalau sayang ikut, siapa nak layan sayang? Bie memang takda masa. Tiga hari bie dekat sana, jadual bie dah pack. Nanti siapa nak jaga sayang? Nak layan perangai manja sayang? Nak dengar cerita sayang? Ha? Siapa? Bie takda." Mengendur kedua bahu Tengku Naila.
Baru dia nak teruja sekejap kalau dapat ikut Tengku Luthfi. Tapi kalau ini lah yang dikatakan Tengku Luthfi. Memang redha saja lah.
"Takkan bie tak rehat?" Tanya Tengku Naila lagi.
"Rehat juga. Dalam setengah jam atau sejam macam tu." Beritahu Tengku Luthfi selari terus menatap wajah monyok isterinya. Kesian Tengku Naila.
Tapi nanti lepas Tengku Luthfi balik dari Sarawak, memang Tengku Luthfi akan kosongkan jadual dia serta akan dipastikan tiada kerja langsung supaya honeymoon dia tak diganggu.
"Okay lah. Tapi sayang nak minta izin balik rumah mummy dan daddy. Pastu kalau boleh nak balik rumah family bie juga. Boleh?" Senyum Tengku Luthfi.
"Boleh sayang. Anything for you. Kalau sayang nak keluar ke mana-mana, call je bie minta izin. Tapi kalau tak dapat call, just text me. Bagitahu bie. At least bie tahu. Janji?" Laju Tengku Naila mengangguk.
Selepas itu, Tengku Naila memeluk suaminya dengan sangat erat. Tak tahu kenapa tiba-tiah hati dia rasa tak tenang. Sarawak dan Kuala Lumpur bukan dekat. Jauh. Kalau terjadi apa-apa pada Tengku Luthfi, bagaimana? Haih.
Sedari tadi itu yang Tengku Naila fikir dan risau. Kalau boleh dia nak ikut sangat. Tapi tak nak membantah suaminya. Takut membebankan Tengku Luthfi pula terkejar-kejar nak buat kerja dan bahagi masa untuk dia pula.
Tengku Luthfi membalas pelukan isterinya. Belakang kepala Tengku Naila dibelai perlahan. Mukanya disembamkan pada bahu Tengku Naila sembari mencium bau wangian yang terbit dari badan si isteri.
**********
KLIA 2
"Tak boleh ke kalau bie tak pergi? Buat meeting online je dekat rumah. Boleh kan? Sayang janji sayang takkan kacau bie masa meeting online dengan klien bie dari Sarawak tu." Sungguh-sungguh dia tak nak lepaskan Tengku Luthfi pergi.
Mengeluh perlahan Tengku Luthfi melihat sikap isterinya ini. Sejak dari dia bagitahu yang dia perlu ke Sarawak tiga hari.
Selama itu lah Tengku Naila merengek supaya Tengku Luthfi batalkan kepergiannya ke Sarawak. Dan banyak kali juga Tengku Luthfi membuat isteri dia faham kenapa dia perlu ke Sarawak juga.
Kalau tak penting, Tengku Luthfi pun tak nak pergi. Lebih baik dia duduk rumah, boleh cuddle 24 jam dengan isteri manja dia ni
"Sayang, jangan lah macam ni. Sayang buat bie susah hati nak tinggalkan sayang. Bie pergi tiga hari je. Bie kan dah janji, lepas bie balik dari Sarawak.. kita pergi honeymoon. Okay?" Pujuk Tengku Luthfi.
Walhal penerbangan untuk ke Sarawak dah dipanggil. Tapi Tengku Naila dari tadi lagi tak lepas dia ni. Baru Tengku Luthfi nak leraikan pegangan tangan mereka. Tengku Naila merengek tak nak.
"Tak nak pergi honeymoon. Asalkan bie tak pergi Sarawak. Please..?" Pinta Tengku Naila bersungguh-sungguh.
Bukan niat dia nak menghalang. Cuma tak tahu lah. Sejak kebelakangan ini asyik tak nak berenggang dengan Tengku Luthfi. Tengku Luthfi pergi tandas pun dia ikut. Dia sendiri pun tak faham dengan diri dia sendiri.
"Sayang.. please?" Sebik Tengku Naila. Lambat-lambat dia melepaskan juga tangan suaminya walaupun dalam keadaan tidak rela.
Dia perlu memahami. Suaminya pergi kerja. Bukan berfoya-foya. Insya-Allah, takda apa.
"Nanti call sayang kalau dah sampai. I love you so much, bie." Pesan Tengku Naila selari mengucapkan kata cinta. Berat hati dia. Tapi dia perlu redha. Dia tak nak suami dia rasa susah hati.
"Setiap lima minit bie akan call sayang. I love you more, sayang. Jaga diri dan jaga hati. Tunggu bie balik. Assalamualaikum." Sejurus itu, terlepas lah pegangan tangan mereka.
"Waalaikumussalam." Jawab Tengku Naila perlahan.
Ikutkan hati dia. Mahu saja dia berlari mendapatkan suaminya. Tubir mata sudah mula bergenang. Perlahan-lahan air mata mengalir jatuh ke pipi.
Bila dilihat suaminya memandang ke arah dia. Pantas Tengku Naila mengesat air matanya lalu diberikan senyuman manis kepada Tengku Luthfi.
Tangan kanan turut naik melambai Tengku Luthfi. Tengku Luthfi membalas senyuman dan lambaian tangan si isteri. Setelah itu, kontak mata mereka terputus apabila Tengku Luthfi berpaling memandang hadapan.
Tbc..
Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨
YOU ARE READING
MRS LUTHFI : MY LOVER [C]
RomanceTengku Luthfi Haikal 💓 Tengku Naila Ameera Tengku Luthfi Haikal. Siapa saja yang tidak mengenali jejaka tampan ini? Semua orang kenal. Anak kepada Tengku Firash Zayden dan satu-satunya pewaris terbesar serta CEO bagi syarikat F'ZAY HOLDING. Seorang...