Selepas dua minggu Tengku Naila dan Tengku Luthfi bertunang. Mereka berdua tidak pernah berjumpa lagi. Masing-masing busy dengan kesibukan mereka berdua.
Tengku Luthfi sibuk dengan urusan di syarikat. Tengku Naila pula sudah mula menyibukkan dirinya dengan organisasi untuk bersedekah kepada orang-orang yang memerlukan.
Cakap pasal Tengku Naila. Hari ini Tengku Naila bersama group nya pergi ke rumah anak-anak yatim. Kerana ada aktiviti yang dianjurkan di sana.
"Nah." Tengku Naila memberi sekotak air teh bunga kepada seorang kanak-kanak perempuan yang berdiri di hadapannya.
Comel. Rambut toncang dua. Pipi tembam. Putih. Badan pun chubby. Naik geram Tengku Naila melihat kanak-kanak perempuan tersebut.
Tengku Naila duduk bercangkung di hadapan kanak-kanak perempuan itu. Dipandang wajah bersih si kecil itu yang sedang minum. Tiba-tiba Tengku Naila merasa sebak kerana melihat kanak-kanak perempuan ini yang sedari kecil sudah diuji dengan kehilangan ibu bapa dan menjadi anak yatim piatu.
Apa lah perasaannya saat melihat budak-budak lain bahagia hidup di samping ibu bapa. Sedangkan dia? Hanya mampu melihat saja.
"Terima kasih kakak." Tersentak lamunan Tengku Naila tatkala disapa dengan suara si kecil comel ini.
"Sama-sama sayang." Senyum Tengku Naila kepada kanak-kanak perempuan ini.
"Nama kita Ami. Nama kakak siapa?" Kanak-kanak yang bernama Amilia tapi lebih senang disebut Ami itu mengenalkan namanya kepada Tengku Naila.
"Nama kakak Naila. Boleh panggil kakak Aila." Balas Tengku Naila sambil memegang rambut toncang Ami.
"Kakak Aila.. ketua organisasi ni ke? Sebab umi kata kakak Aila ketua." Tanya Ami.
"Iya."
"Ami nak jadi macam kakak Aila bila dah besar." Ternaik kedua kening Tengku Naila mendengar perkara tersebut.
"Kenapa nak jadi macam kakak?" Soal Tengku Naila ingin tahu.
"Sebab kakak Aila baik. Umi cakap kakak Aila selalu bantu orang susah. Jadi Ami pun nak tolong orang sama macam kakak Aila buat." Terharu Tengku Naila mendengar.
Terdiam seketika dia sambil terus memandang segenap wajah Ami.
"Kakak Aila ada ibu dan ayah?" Perlahan-lahab Tengku Naila mengangguk.
"Mesti seronok. Ami dah takda ibu dan ayah. Umi cakap ibu dan ayah Ami dah pergi syurga. Lepastu umi kata kalau Ami nak jumpa dengan ibu dan ayah, Ami kena selalu doa dan buat baik supaya Ami dapat jumpa ibu dan ayah di syurga." Tutur Ami dan telah membuat Tengku Naila cukup merasa sedih.
Kanak-kanak yang masih kecil dan tidak tahu apa-apa dipaksa untuk menjadi dewasa dan memahami semua keadaan di sekelilingnya.
Kanak-kanak yang berusia Ami ini sepatutnya merasa bahagia dan bermain dengan seronok. Tapi Ami lain. Dia lain dari kanak-kanak seusianya.
"Ami umur berapa?"
"5 tahun." Ami menunjuk lima jari ke arah Tengku Naila.
Teringat Tengku Naila pada dirinya yang di usia Ami. Masih main kejar-kejar, minta mainan pada Tan Sri Tengku Affan, merengek mahukan itu dan ini dan macam-macam. Tapi Ami? Ya Allah..
"Kakak doakan supaya bila Ami dah besar nanti Ami dapat capai semua cita-cita dan impian Ami. Kakak sayang Ami." Sejurus itu, Tengku Naila memeluk tubuh Ami. Bahu kecil Ami dicium sekejap.
Ami membalas pelukan Tengku Naila dan merehatkan dagunya di atas bahu Tengku Naila.
Selepas beberapa ketika, Tengku Naila melepaskan pelukan. Diusap kedua pipi Ami.
ANDA SEDANG MEMBACA
MRS LUTHFI : MY LOVER [C]
RomanceTengku Luthfi Haikal 💓 Tengku Naila Ameera Tengku Luthfi Haikal. Siapa saja yang tidak mengenali jejaka tampan ini? Semua orang kenal. Anak kepada Tengku Firash Zayden dan satu-satunya pewaris terbesar serta CEO bagi syarikat F'ZAY HOLDING. Seorang...
![MRS LUTHFI : MY LOVER [C]](https://img.wattpad.com/cover/363125216-64-k197068.jpg)