MRS LUTHFI : 15

2.5K 172 2
                                    

F'ZAY HOLDING

Jabir melangkah masuk ke dalam bilik pejabat Tengku Luthfi setelah diberi izin. Fail yang berwarna coklat gelap diletakkan di atas meja.

Mood Tengku Luthfi hari ini tak berapa okay. Dari pagi asyik marah saja. Tak tahu lah apa yang tak kena. Jabir nak tanya pun takut. Takkan dia nak call Tengku Naila pula. Hm.

"Tengku ni fail yang tengku minta." Kata Jabir dengan hormat.

"Hm. Letak je situ." Balas Tengku Luthfi mendatar tanpa memandang wajah Jabir. Mata dia masih fokus pada dokumen yang berada di hadapannya.

Jabir jadi teragak-agak nak keluar. Nak tanya ke tak. Kalau tak tanya, tak tahu. Kalau tanya, takut kena marah. Aduh.. macam mana ek? Tersepit lah. Jabir tegak berdiri macam tugu negara sambil matanya terus memerhati Tengku Luthfi.

Tengku Luthfi yang merasa seakan ada yang memerhati terus mengangkat kepalanya memandang Jabir. Sebelah alisnya diangkat seakan bertanya kenapa.

"Em.. nak tanya. Kau okay ke?" Perlahan saja suara Jabir menyoal.

"Kau nampak aku macam tak okay ke?" Keras nada suara Tengku Luthfi.

'Sebab aku nampak kau tak okay lah aku tanya, monyet.' Kutuk Jabir di dalam hati. Nak kutuk depan-depan tak berani. Karang fail yang besar-besar ni hinggap atas kepala. Dah benjol pula kepala dia.

"Okay dan tak okay. Kau ada masalah ke?" Menjeling Tengku Luthfi. Jabir yang dijeling langsung berdiri keras. Dia salah apa? Kenapa kena jeling? Jabir tanya saja pun.

"Pihak markerting. Diaorang tu tahu buat kerja ke tak? Proposal ni aku suruh siapkan dari minggu lepas lagi. Dari minggu lepas lagi dua kali salah. Aku suruh betulkan. Tapi ini kali ketiga aku check tetap salah. Kalau bodoh sangat tak payah datang kerja. Biar aku yang buat semua ni. Aku gaji kan diaorang, sia-sia je lah. Buat kerja macam budak tak sekolah. Esok nak presentation. Kalau aku suruh diaorang buat semula, haram jadah lah namanya. Esok pun belum tentu siap." Membebel Tengku Luthfi.

Jabir pasang telinga saja. Nampaknya dia salah tanya soalan. Sekarang ni dia pula yang kena menghadap bebelan Tengku Luthfi.

"Okay.. kau nak kopi ke?" Jabir cepat mengubah topik. Telinga dia sakit kena bebel. Bukan salah dia. Tapi asal dia yang nak kena dengar bebelan Tengku Luthfi kan? Sangat tak adil.

"Buat lah satu." Mengangguk Jabir. Lega.

Setelah itu, tanpa menunggu kata dari Tengku Luthfi. Jabir berlalu pergi. Tengku Luthfi pula menyandarkan badannya ke kerusi. Fikirannya menerawang entah ke mana.

Tiba-tiba dia teringat kejadian dua hari lepas di mana dia melihat Tengku Naila bersama dengan seorang lelaki di kafe. Dan dalam masa dua hari ini juga, Tengku Naila langsung tidak mesej dan membuat panggilan.

Dia cemburu. Tapi siapa dia di hati Tengku Naila? Berhak ke dia cemburu?

Tengku Luthfi nak call. Tapi dia sendiri merajuk dan ingin Tengku Naila jujur. Tapi.. dia sendiri pernah kata dalam hubungan perlu jujur. Sekarang ni dia yang tak jujur sebab pendam perasaan sendiri.

Terlepas keluhan di bibir Tengku Luthfi. Matanya dipejam seketika. Kerusinya dipusing menghadap suasana di luar bangunan.

Tak lama selepas itu, meja kerjanya diketuk seseorang. Jabir lah tu.

"Letak je atas meja aku, Jabir." Kata Tengku Luthfi.

Sekali lagi mejanya diketuk. Tengku Luthfi melepaskan keluhan lelah. Matanya dibuka perlahan dan kembali berpusing menghadap meja kerjanya.

Pusing saja, Tengku Luthfi terkejut melihat adanya Tengku Naila di hadapan. Berdehem sekejap Tengku Luthfi. Dia mengawal reaksi mukanya.

"Assalamualaikum bie." Ucap Tengku Naila mesra. Bibirnya turut melakarkan senyuman manis buat tunang kacaknya.

MRS LUTHFI : MY LOVER [C]Where stories live. Discover now