Tengku Elya menolak lengan Tengku Nuha seraya menunjuk ke arah Tengku Luthfi yang sedang duduk berseorangan di balkoni. Tapi yang peliknya dah lah duduk sorang.
Lepastu tersenyum-senyum macam orang tak betul. Dah kenapa? Gila ke? Khayal? Astaghfirullah al azim.
"Kau rasa along tu kenapa?" Tanya Tengku Nuha kepada Tengku Elya.
"Ini tak lain mesti sebab Naila. Kau pernah ke along senyum kalau bukan sebab Naila je?" Laju kepala Tengku Nuha menggeleng.
"So?"
"Sebab kak Naila?" Angguk Tengku Elya mengiyakan.
"Lain macam eh penangan kak Naila pada along. Dah lah along ni kedekut senyum. Lagi-lagi senyuman lebar dia tu. Selalunya dia senyuma nipis je. Itu pun nampak dan tak nampak. Tapi sekarang? Kemain lebar tu." Ujar Tengku Nuha sambil merindingkan badannya. Rasa seram pula tengok Tengku Luthfi berperangai begitu.
"Itu lah. Aku risau.. bibir along koyak je. Kau tak risau ke Nuha?" Tanya Tengku Elya dengan mata mereka berdua tetap terus memandang Tengku Luthfi yang berada di luar.
"Mesti lah risau. Agak-agak apa yang kak Naila buat pada along eh?" Tengku Elya mengangkat kedua bahunya.
**********
'Tok tok tok'
Pintu bilik tidur Tengku Naila diketuk dari luar. Tengku Naila memberi izin untuk masuk. Muncul lah Puan Sri Amanda.
Senyum Tengku Naila melihat mummy nya. Lantas Tengku Naila duduk secara bersila sambil menunggu Puan Sri Amanda mendekatinya yang berada di katil.
"Anak mummy buat apa? Mummy menganggu ke?" Tanya Puan Sri Amanda selari melabuhkan duduknya di atas katil. Puan Sri Amanda membalas senyuman manis si anak gadis nya ini.
"Takda buat apa pun, mummy. Mummy tak ganggu. Kenapa mummy?" Jawab Tengku Naila sopan.
"Takda apa. Saja tengok anak mummy ni. Rindu." Tergelak perlahan Tengku Naila.
"Rindu apanya? Aila ada depan mummy ni. Lain lah kalau Aila dah kahwin. Dah duduk jauh dengan mummy. Baru lah boleh rindu." Seloroh Tengku Naila selari memeluk lengan Puan Sri Amanda.
Puan Sri Amanda turut sama ketawa. Dah besar anak daranya seorang ini. Ini lah satu-satunya permata hati dan anak perempuan Puan Sri Amanda dan Tan Sri Tengku Affan. Tak lama lagi dah nak jadi isteri pula.
"Rindu lah. Rindu tengok Aila masa kecil. Mummy rasa macam mummy baru je lahir kan Aila. Tahu-tahu dah nak nikah. Nak jadi isteri orang. Nak duduk jauh dengan mummy dan daddy. Aila dah lah manja. Boleh ke Luth layan perangai manja Aila ni nanti?" Saja Puan Sri Amanda menyoal.
Sedangkan dia sangat tahu yang Tengku Luthfi boleh menjaga Tengku Naila dan melayan semua perangai Tengku Naila.
"Mesti lah boleh. Bakal menantu mummy tu hebat tau. Kalau tak hebat, mummy pun tak pilih dia dan setuju nak dia nikah dan jadi suami pada Aila. Betul tak?" Angguk Puan Sri Amanda mengiyakan kata-kata Tengku Naila barusan.
"Mummy tahu. Luth tu boleh jaga Aila. Aila buka hati Aila untuk dia. Kesian dia. Aila tahu tak sebenarnya Luth dah lama pendam perasaan pada Aila?" Perlahan kepala Tengku Naila menggeleng.
Berkerut sedikit dahinya. Penasaran nak tahu. Dah lama pendam perasaan pada dia? Maksudnya?
"Luth tu dah lama cintakan Aila. Sejak Aila umur 16 tahun. Masa Aila hampir nak nikah tiga tahun lepas. Luth sampai pergi London untuk tenangkan diri dan tak nak tengok Aila nikah. Katanya hati dia sakit bila tengok perempuan yang dia cinta akan jadi milik lelaki lain. Sebenarnya Luth tak berani nak nyatakan perasaan pada dia pada anak cantik mummy ni. Tapi daddy dia dan daddy Aila buat plan. Sebab tu korang berdua boleh tunang. Daddy dia cakap ada orang nak masuk meminang Aila. Dia pun laju je lah setuju untuk meminang Aila cepat-cepat. Sebab dia tak nak hilang Aila buat kali kedua." Terhenti sekejap Puan Sri Amanda bercerita kerana mahu ketawa.
YOU ARE READING
MRS LUTHFI : MY LOVER [C]
RomanceTengku Luthfi Haikal 💓 Tengku Naila Ameera Tengku Luthfi Haikal. Siapa saja yang tidak mengenali jejaka tampan ini? Semua orang kenal. Anak kepada Tengku Firash Zayden dan satu-satunya pewaris terbesar serta CEO bagi syarikat F'ZAY HOLDING. Seorang...