(Baju Sanding Tengku Naila dan anggap saja yang terbuka tu tertutup)
Puas hati Tengku Naila dengan dress yang dipakai. Sangat kena dengan citarasanya. Puan Sri Amanda dan Puan Sri Eva betul-betul mengikut seperti mana yang dia mahu. Sangat-sangat detail.
Lebar senyuman Tengku Naila apabila melihat dirinya di dalam cermin besar yang ada di bilik hotel. Ya Allah.. lawanya. Tiba-tiba Tengku Naila rasa macam princess. Dengan dress kembang yang cantik ini.
Betul kata Tengku Luthfi. Tengku Naila memang princess. Princess di hati Tengku Luthfi.
Bukan setakat Tengku Naila saja yang sedang tersenyum. Ada seseorang turut tersenyum juga kerana sedari tadi tunak memandang Tengku Naila tanpa berkelip. Tengku Luthfi terpana melihat kecantikan isterinya.
Sungguh takda ayat yang boleh diungkapkan dengan kata-kata. Nak cakap cantik saja pun tak cukup.
"Sayang." Panggil Tengku Naila.
Menoleh Tengku Naila memandang suaminya yang berdiri di ambang pintu bilik sambil tersenyum manis ke arahnya. Hensem lah suaminya itu. Dengan memakai suit hitam dan berkemeja putih. Kedua tangan disilangkan di dada. Rambut pun kemas.
Aduhai.. hati Tengku Naila dah jatuh tergolek-golek ni disebabkan Tengku Luthfi saja.
"Bie, sini. Cepat, cepat." Tengku Naila menggamit suaminya mendekat.
Tanpa bantahan, Tengku Luthfi mengorak langkah mendekati sang isteri. Huluran tangan Tengku Naila disambut dan dicium tangan putih itu.
"Hensem lah husband I ni." Puji Tengku Naila seraya melilitkan kedua tangannya di batang leher sang suami. Mata bundarnya bulat merenung ketampanan yang jelas terpancar di suaminya.
"Wife aku pun cantik." Membahang panas wajah Tengku Naila bila dipuji sedemikian. Sekarang ni Tengku Naila kerap merasa segan bila dipuji oleh Tengku Luthfi.
"Terima kasih untuk pujiannya wahai suamiku yang kacak lagikan kaya." Sesudah itu, Tengku Naila meletuskan tawanya.
"Sama-sama wahai isteriku yang cantik lagikan nakal." Dagu dan hidung Tengku Naila dicuit sedikit. Ketawa lagi Tengku Naila.
"Suka pula dia." Pipi Tengku Naila dicubit sekejap sebelum Tengku Naila merungut.
"Bie! Make up I lah! Rosak dah.. ish!" Memuncung bibir Tengku Naila. Pelukannya dilepaskan dan terus Tengku Naila berpusing menghadap cermin untuk melihat make up nya.
Senyum Tengku Luthfi melihat isterinya. Muncung-muncung macam itik. Nasib lah comel. Tanpa Tengku Naila sedar, Tengku Luthfi pantas mencium tepi bibir sang isteri.
Terjengil mata Tengku Naila bila mendapat perlakuan sebegitu dari Tengku Luthfi. Sangat tak disangka yang Tengku Luthfi akan menciumnya.
"Bie!" Tengku Naila memukul bahu tegap suaminya.
YOU ARE READING
MRS LUTHFI : MY LOVER [C]
Roman d'amourTengku Luthfi Haikal 💓 Tengku Naila Ameera Tengku Luthfi Haikal. Siapa saja yang tidak mengenali jejaka tampan ini? Semua orang kenal. Anak kepada Tengku Firash Zayden dan satu-satunya pewaris terbesar serta CEO bagi syarikat F'ZAY HOLDING. Seorang...