Termenung Tengku Naila di atas sejadah selepas menunaikan solat zuhur. Dari tadi dia menunggu suaminya. Mana pula pergi? Dah lah tinggalkan dia sorang-sorang lagi. Hish.
Tak baik betul suami hensem dia ni. Asyik tinggalkan dia saja. Tahu lah dekat rumah keluarga dia. Tapi jangan lah asyik ditinggalkan saja Tengku Naila ni.
Baru saja Tengku Naila mahu bangun dari duduknya di atas sejadah. Tiba-tiba, pintu bilik dibuka dari luar. Muncul Tengku Luthfi yang baru saja melangkah masuk ke dalam berserta dengan senyuman yang kacak tersungging di bibir seksi jejaka itu.
"Assalamualaikum sayang." Ucap Tengku Luthfi selari menutup pintu bilik dan berjalan ke arah Tengku Naila yang kembali duduk di atas sejadah.
"Waalaikumussalam. Bie pergi mana?" Jawab Tengku Naila seraya bertanya.
"Dekat bawah tadi. Lepak dengan Lutfan. Sorry tinggalkan sayang dalam bilik lama-lama. Ingat nak lepak sekejap tadi. Lutfan ajak main ps5." Beritahu Tengku Luthfi sambil melabuhkan punggungnya di hadapan Tengku Naila.
Selepas itu, tangan Tengku Naila dipegang lalu dibawa ke bibirnya. Dilabuhkan kucupan di tangan mungil itu.
"Bie dah solat?" Tanya Tengku Naila.
"Dah. Dengan Lutfan. Bie jadi imam." Mencebik bibir Tengku Naila tatkala mendengar perkataan imam itu.
"Kenapa ni?" Soal Tengku Luthfi.
"Dari tadi sayang tunggu bie sebab nak solat sama. Tapi bie boleh pula jadi imam Lutfan. Sepatutnya bie jadi imam sayang. Merajuk lah macam ni." Muncung bibir Tengku Naila. Tapi tangan yang masih dipegang Tengku Luthfi, dibiarkan saja.
Saja Tengku Naila nak bermanja.
"Lah.. merajuk pula. Bie ingat sayang tidur lagi."
"Boleh je kejutkan."
"Bie tak sampai hati nak kejut."
"Pastu bie sampai hati nak sayang masuk neraka sebab bie tak kejut sayang suruh solat zuhur? Macam tu? Gila kejam jadi suami." Terkelu lidah Tengku Luthfi. Menusuk ke kalbu kata-kata isterinya.
Dapat dirasakan di hati dia seperti ada beribu pedang yang sedang menikam-nikam dan menghancurkan hatinya. Pedih. Sakit.
"Deep nya ayat sayang." Kata Tengku Luthfi perlahan.
"Deep tak deep. Bie tu lah." Mengembung kedua pipinya.
Tergelak perlahan Tengku Luthfi. Comel nya isteri dia. Kedua pipi Tengku Naila dipegang lalu diunyel seperti sedang menahan geram. Sampai terdongak kepala Tengku Naila dek akibat kelakuan Tengku Luthfi.
"Eee.. bie ni. Hancur lah pipi sayang." Lengan sasa suaminya dipukul sedikit kuat. Mendesis sakit Tengku Luthfi.
"Sakit sayang." Adu Tengku Luthfi.
"Padan muka. Yang dok tonyoh-tonyoh pipi sayang ni kenapa? Ingat pipi sayang ni span? Hah? Menyampah lah dengan bie. Dah lah. Lebih baik sayang turun tolong mommy apa yang patut." Tengku Luthfi yang baru mahu memegang tangan Tengku Naila. Ditepis oleh Tengku Naila.
Dia bingkas bangun dan membuka telekung yang dipakai. Tengku Luthfi yang masih duduk di atas sejadah dipandang sekejap.
"Tolong kemas dan lipat sejadah dengan telekung yang sayang guna tu. Nak jadi suami mithali kan? Tolong ya? I love you.. muah." Flying kiss menjadi penutupan ayat Tengku Naila sebelum dia berlalu keluar dari bilik serta meninggalkan suaminya sendiri di bilik.
Tengku Luthfi sekadar diam sambil merenung isterinya sehingga hilang di sebalik pintu yang sudah ditutup rapat. Keluhan terlepas dari celahan bibirnya.
**********

YOU ARE READING
MRS LUTHFI : MY LOVER [C]
RomanceTengku Luthfi Haikal 💓 Tengku Naila Ameera Tengku Luthfi Haikal. Siapa saja yang tidak mengenali jejaka tampan ini? Semua orang kenal. Anak kepada Tengku Firash Zayden dan satu-satunya pewaris terbesar serta CEO bagi syarikat F'ZAY HOLDING. Seorang...