Tengku Naila memerhati suaminya yang sedang mengopek kulit udang untuknya. Kopek kulit udang pun hensem. Patut lah ramai perempuan gatal pandang-pandang suaminya.
Susah lah kalau suami hensem ni. Kena jaga elok-elok supaya takda penyondol yang berani nak menyondol. Kalau berani juga, memang Tengku Naila sondol perempuan tu dengan kereta api. Biar terkoyak rabak bontot perempuan tu.
"Nah." Tengku Luthfi meletakkan semua udang yang sudah siap dikopek ke dalam pinggan Tengku Naila.
"Thank you, bie." Ucap Tengku Naila ikhlas. Tengku Luthfi balas dengan senyuman.
"Bie.." Seru Tengku Naila selari mengambil satu ekor udang yang diberi Tengku Luthfi tadi lalu disuap ke dalam mulutnya.
"Ya, sayang." Sahut Tengku Luthfi.
Ditatap segenap wajah Tengku Naila yang cantik. Rambut isterinya yang berterbangan dek kerana angin, diselitkan ke belakang telinga.
"Bie tahu tak selama ni sayang bayangkan lelaki hensem macam mana?" Soalan Tengku Naila barusan dapat membangkitkan perasaan cemburu di dalam diri Tengku Luthfi.
"Tak tahu." Ketus Tengku Luthfi menjawab. Tengku Naila pula sudah tersenyum lucu.
"Macam bie." Jawab Tengku Naila selari menghadiahkan senyuman manis buat sang suami.
Tengku Luthfi sudah terdiam apabila mendengar jawapan isterinya. Merona merah wajahnya bila diusik begitu oleh isteri tercinta dia. Pandai mengusik isteri dia sekarang.
Hidung dan dagu Tengku Naila dicuit lembut. Tersengih suka Tengku Naila apabila dibuat begitu.
"Pandai eh sekarang. Siapa ajar?" Memincing matanya merenung sang isteri.
"Bie lah ajar." Dengan bangga Tengku Naila menjawab suaminya. Kedua kening turut diangkat beberapa kali.
Tergelak perlahan Tengku Luthfi dengan tingkah manis dan comel sang isteri. Selepas itu, Tengku Naila menyuap suaminya dengan kerang bakar yang dicucuk menggunakan lidi lalu dicecah dengan sambal sedikit.
"Sedap kan?" Tanyanya sambil kepalanya goyang ke kanan dan ke kiri. Senyuman pun lebar. Bahagia dapat kerang bakar.
"Sedap lah sayang. Kita order lagi kerang bakar ni." Laju Tengku Naila mengangguk setuju dengan suaminya. Tak puas nak makan sebab sedap sangat.
Usai itu, Tengku Naila menahan seorang pelayan lelaki untuk membuat tambahan pesanan kerang bakar dua bekas, udang goreng tepung sebekas, sotong masak sambal dan siput sedut masak lemak cili api. Tak puas makan sikit saja.
**********
Satu hari Tengku Naila dan Tengku Luthfi berjalan. Sakan Tengku Naila membeli banyak barang. Ada keychain dan barang-barang kecil dibeli untuk dijadikan sebagai cenderamata.
Penuh tangan Tengku Luthfi memegang semua barang belian isterinya. Bukan setakat cenderamata saja. Ada juga makanan seperti kek cawan, kek batik dan kek tapak kuda.
Tengku Naila cakap nak buat review gitu pasal kek. Nanti nak buat video dan kongsi pada pengikutnya di instagram. Nak buat video sama-sama dengan Tengku Luthfi. Sebagai kenangan juga.
"Dah sayang? Ke ada nak beli benda lain lagi?" Tanya Tengku Luthfi pada isterinya. Berpaling dia memandang si isteri yang masih ligat melihat ke sana dan ke sini seakan sedang mencari sesuatu untuk dibeli lagi.
"Dah kot. Banyak sangat tu. Takut tak habis pula nanti." Lengan sasa suaminya dirangkul dan berpaling kepalanya merenung sang suami.
"Betul ni?" Tanya Tengku Luthfi mahukan kepastian.
![](https://img.wattpad.com/cover/363125216-288-k197068.jpg)
YOU ARE READING
MRS LUTHFI : MY LOVER [C]
RomanceTengku Luthfi Haikal 💓 Tengku Naila Ameera Tengku Luthfi Haikal. Siapa saja yang tidak mengenali jejaka tampan ini? Semua orang kenal. Anak kepada Tengku Firash Zayden dan satu-satunya pewaris terbesar serta CEO bagi syarikat F'ZAY HOLDING. Seorang...