F'ZAY HOLDING
Jabir mengetuk pintu bilik kerja Tengku Luthfi dan melangkah masuk ke dalam tanpa menunggu balasan dari Tengku Luthfi.
Tengku Luthfi memandang Jabir dengan pandangan yang kurang enak. Mentang-mentang lah Tengku Luthfi ngam dengan dia. Dia boleh buat Tengku Luthfi macam kawan.
"Keluar balik. Kau boleh masuk kalau aku bagi izin." Arah Tengku Luthfi selamba.
Tapi Jabir lagi selamba. Dia buat tak tahu saja. Dia terus membuka langkahnya mendekati meja kerja Tengku Luthfi dan memberi fail yang dibawa kepada Tengku Luthfi.
Menjuling ke atas kedua bebola mata Tengku Luthfi. Menyampah betul.
"Aku pecat kau, Jabir."
"Pasti?" Jabir mengangkat kedua keningnya beberapa kali. Setelah itu, Tengku Luthfi melepaskan keluhan.
Dia menarik nafas dalam dan hembus perlahan. Matanya dipejam sekejap sebelum dia kembali buka dan merenung wajah tak bersalah Jabir.
"Keluar!" Naik seoktaf suara Tengku Luthfi menghalau Jabir.
Terkejut Jabir. Tiba-tiba dia rasa macam ada angin taufan menyerbu ke mukanya. Lagi satu, Tengku Luthfi tengah period ke hari ni? Dari pagi lagi mood dia nak marah orang saja. Dah tahu yang kau pergi uji lagi kenapa Jabir?
"Okay.. rilek. Itu fail kewangan yang kau minta nak check. Aku keluar dulu. Jangan marah-marah. Nanti Naila tak nak." Belum sempat Tengku Luthfi mahu membalas. Jabir lebih pantas melarikan diri.
Berdentum bunyi pintu bilik kerja Tengku Luthfi yang ditutup Jabir. Tengku Luthfi cuba menahan sabar. Naik turun dadanya.
Tak lama selepas itu, berdenting bunyi handphone Tengku Luthfi sebagai tanda ada pesanan yang baru diterima. Lantas Tengku Luthfi ambil gajet nipis itu dan melihat gerangan yang menghantar mesej tersebut. Langsung tersungging senyuman Tengku Luthfi apabila melihat nama yang tertera.
'My Manja🫠'. Nama yang disimpan di kontak handphone Tengku Luthfi. Siapa lagi kalau bukan Tengku Naila orangnya.
My Manja🫠
Assalamualaikum mat poyo. Berenang-renang terjumpa ikan yu, you sibuk tak you?Terletus ketawa Tengku Luthfi membaca mesej dari Tengku Naila. Berpantun pula dah kesayangan dia ini.
Tengku Luthfi
Waalaikumussalam si cantik. Aku tak sibuk pun.My Manja🫠
Eh. I bagi you pantun dua kerat, you balas balik pantun dua kerat I tu.Menggeleng kepala Tengku Luthfi dengan perangai random Tengku Naila. Macam ni rupanya perangai. Kelakar tapi cantik. Dalam masa yang sama comel.
Macam mana lah Tengku Luthfi tak jatuh cinta sampai tergolek-golek? Tengku Naila comel sangat. Kalau boleh Tengku Luthfi nak jadikan Tengku Naila keychain.
Tengku Luthfi
Mandi-mandi pakai cebok, aku tak sibuk.My Manja🫠
Hahahahaha. Comel lah you ni. Geram I. Jom lunch? I bosan lah. Kalau I jumpa you, I boleh kacau you. Lagi satu I ada banyak cerita nak cerita dekat you. Boleh ke idok?Tengku Luthfi
Kita jumpa lunch nanti.Sehabis itu, Tengku Luthfi tidak lagi mendapat mesej dari Tengku Naila. Tengku Luthfi menyambung semula kerjanya. Handphone yang dipegang, diletakkan di tepi.
Sempat mata Tengku Luthfi melirik ke arah jam yang tergantung. Ada lagi dua jam sebelum masuk waktu lunch. Jadi, Tengku Luthfi perlu menyiapkan kerjanya sebelum berjumpa dengan sang buah hati.
YOU ARE READING
MRS LUTHFI : MY LOVER [C]
RomanceTengku Luthfi Haikal 💓 Tengku Naila Ameera Tengku Luthfi Haikal. Siapa saja yang tidak mengenali jejaka tampan ini? Semua orang kenal. Anak kepada Tengku Firash Zayden dan satu-satunya pewaris terbesar serta CEO bagi syarikat F'ZAY HOLDING. Seorang...