Lesu muka Tengku Naila. Dia duduk di kerusi makan sambil sambil melihat suaminya yang sedang menyediakan makanan yang baru saja sampai. Mereka hanya membuat delivery food.
Tengku Naila penat nak masak makan malam untuk mereka berdua. Semua ulah Tengku Luthfi petang tadi. Hm.
"Sayang." Tegur Tengku Luthfi selari dapat mematikan lamunan Tengku Naila.
Tengku Naila menaikkan kedua keningnya sebagai tanda menyahut panggilan si suami. Tengku Luthfi berjalan ke arah Tengku Naila sambil membawa dua pinggan yang berisi makanan.
Dekat saja terus diletakkan pinggan tersebut ke atas meja. Ada nasi goreng pattaya dan nasi goreng kampung. Ada juga telur dadar yang baru Tengku Luthfi goreng tadi.
"Kenapa ni?" Soal Tengku Luthfi sembari menarik kerusi kosong di sebelah Tengku Naila. Nasi goreng pattaya diletakkan di hadapan isterinya.
"Penat sikit. Nak tidur." Beritahu Tengku Naila ringkas. Kepalanya pantas dilentokkan ke atas bahu Tengku Luthfi.
Tengku Luthfi hanya memakai seluar pendek tanpa memakai baju. Terserlah perut kotak-kotak dia itu. Tengku Naila memeluk suaminya seraya meraba perut Tengku Luthfi. Tengku Luthfi diam sambil memerhati segala gerak-geri isterinya.
"Mana lemak bie pergi?" Tanya Tengku Naila ingin tahu. Kepalanya diangkat merenung muka kacak Tengku Luthfi.
"Entah. Bie tak tahu. Yang pasti dalam perut juga. Terkumpul." Memincing mata Tengku Naila.
"Iya ke? Ke takda lemak? Sebab bie kan kuat bersenam. Selalu pergi gym. Yalah.. kan orang-orang kata kalau pergi gym pastu buat senaman tandanya bakar lemak. Kiranya bie ni takda lemak atau kurang lemak. Sihat betul. Bie nak sihat-sihat buat apa?" Panjang lebar Tengku Naila bicara.
"Kena lah hidup secara sihat supaya dapat hidup lama."
"Nak hidup lama buat apa? Kumpul dosa?" Berdecit Tengku Naila selari menggoyangkan kepalanya ke kiri dan ke kanan.
Lantas Tengku Luthfi memegang rahang Tengku Naila lembut selari mengucup bibir isterinya. Terhenti perlakuan Tengku Naila. Terkedip-kedip mata dia merenung suaminya. Tengku Luthfi pula mengangkat kedua alisnya berkali-kali seakan sedang mengejek.
"Eee.. bie ni. Main cium je. Bibir sayang mahal lah." Kata Tengku Naila selari menolak badan sasa suaminya.
Kesan ciuman Tengku Luthfi tadi dilap dengan belakang tapak tangannya. Mereka berdua saling berbalas pandangan. Tengku Luthfi merasa tercabar bila melihat isterinya mengelap kesan ciuman dia.
"Kenapa lap bibir sayang?" Tanya Tengku Luthfi dengan nada serius.
"Sebab tak suka." Selamba Tengku Naila menjawab.
"Tak suka kenapa pula?"
"Sebab tak suka lah. Bie tu sesuka hati je cium." Memincing tajam mata Tengku Luthfi merenung isterinya.
"You are mine, baby girl."
"I know. Tapi bibir sayang ni.. MAHAL!" Sejurus itu, Tengku Luthfi mencium kembali bibir Tengku Naila. Kali ini, bukan setakat bibir saja. Habis penuh satu muka Tengku Luthfi cium.
Terkekek-kekek Tengku Naila ketawa kerana merasa geli akibat terkena jambang tipis Tengku Luthfi di kulit wajahnya.
Sehabis saja Tengku Luthfi menggomol muka sang isteri. Tengku Luthfi menjauhkan bibir dia dari muka Tengku Naila. Puas hati. Main lap-lap lagi.
"Semput sayang rasa." Mengah Tengku Naila sambil cuba meneutralkan pernafasannya.
Senyum Tengku Luthfi melihat riak masam si isteri. Ditatap lama sambil pipi Tengku Naila diusap-usap dengan penuh rasa kasih dan sayang.
YOU ARE READING
MRS LUTHFI : MY LOVER [C]
RomanceTengku Luthfi Haikal 💓 Tengku Naila Ameera Tengku Luthfi Haikal. Siapa saja yang tidak mengenali jejaka tampan ini? Semua orang kenal. Anak kepada Tengku Firash Zayden dan satu-satunya pewaris terbesar serta CEO bagi syarikat F'ZAY HOLDING. Seorang...