F'ZAY HOLDING
Tersenyum-senyum Tengku Luthfi saat melihat gambar yang dihantar isterinya barusan. Segala apa yang perkejanha bentangkan di hadapan. Langsung dia tak endah.
Tengku Luthfi masih fokus pada gambar isterinya yang cantik. Tipu kalau Tengku Luthfi kata cinta dia tak bertambah. Saban hari bertambah.
Tengku Naila tahu saja cara untuk buat dia senyum dan ketawa. Ada saja sikap nakal dan manja Tengku Naila yang wanita itu tunjuk. Dan semua sikap Tengku Naila pasti akan menarik perhatian dia. Lagi-lagi sikap manja Tengku Naila.
Memang akan membuat Tengku Luthfi tak keruan. Setiap kali bertentang mata dengan wanitanya itu. Pasti jantung dia mengepam lebih masa. Hatinya pula berdebar-debar seakan orang kali pertama jatuh cinta. Tapi dengan Tengku Naila serasa seperti hari-hari jatuh cinta pandang pertama.
Eceh.. menyampah aku.
(Nak tahu satu rahsia? Saya buat cerita romantik bagi korang baca, tapi saya reality baca novel seram. Jauh beza kan?) 😬😬
"Tengku." Panggil Jabir.
Tengku Luthfi masih tidak perasan. Jabir panggil pun dia tak dengar.
"Tengku Luthfi." Kali ini, Jabir mengetuk meja sedikit kuat supaya Tengku Luthfi sedar.
Tersentak Tengku Luthfi. Dipandang wajah Jabir yang sedang menaikkan kedua alisnya sebagai tanda bertanya 'tengok apa'. Selepas itu, Tengku Luthfi mengalihkan pandangannya memandang ke arah pekerjanya yang lain.
Satu persatu wajah di situ Tengku Luthfi perhati. Berdehem seketika Tengku Luthfi seraya menutup skrin handphone nya. Sempat Jabir lihat. Mengangguk perlahan kepalanya. Faham. Patut lah tak fokus meeting.
"Ya. Ada apa?" Tengku Luthfi membetulkan cara duduknya. Kedua tangan dibawa menyilang ke dada. Wajahnya diubah menjadi serius.
Nak tergelak Jabir tengok Tengku Luthfi. Bukan semua orang tak perasan yang tadi muka Tengku Luthfi bukan main senyum manis lagi. Hampir nak terkoyak bibir kawan tu. Tapi sekarang jadi mendatar pula.
"Tengku.. nak saya ulang semula ke presentation saya?" Tanya Farah, pekerja Tengku Luthfi.
"Em.. takpa. Nanti fail awak tu bagi Jabir. Nanti saya check." Kata Tengku Luthfi memberi arahan.
"Baik, tengku." Farah mengangguk sekali.
"Dah takda apa. Boleh bersurai." Arah Tengku Luthfi seraya menyuruh yang lain untuk keluar dari bilik meeting.
Tengku Luthfi membuka handphone nya semula sambil menyandarkan badannya dan menyilangkan sebelah kaki. Gayanya seperti orang senang. Tapi memang orang senang pun.
Setelah semua berlalu keluar dari bilik meeting. Tinggal lah Tengku Luthfi dan Jabir. Jabir mengemas sedikit barangnya sambil sesekali mata dia mencuri pandang ke arah Tengku Luthfi.
Dari tadi asyik senyum saja.
"Ni fail budak Farah tadi. Semua apa yang dia bentangkan tadi, ada dalam ni." Kata Jabir sambil menghulur fail tersebut kepada Tengku Luthfi.
Tengku Luthfi hanya menggerakkan kepalanya sedikit. Muka Jabir tidak dipandang. Mata dia masih melekat pada gambar si isteri. Bibirnya asyik tersungging senyuman. Dalam diam, Jabir menangkap gambar Tengku Luthfi dan dikirim kepada Tengku Naila.
Bini bos
- Tengok lah laki awak tu Naila. Dari tadi senyum sorang-sorang macam orang tak betul tengok gambar awak.Usai dikirim pesanannya. Jabir menggelengkan kepalanya sekejap sebelum berlalu keluar dari bilik meeting. Biar lantak sana dengan Tengku Luthfi. Kau duduk lah dalam bilik meeting ni sorang-sorang.
Tak lama kemudian, Tengku Luthfi kembali mendapat mesej dari isterinya. Kali ini gambar dia. Beku terus muka. Mana isteri dia dapat gambar dia tengah senyum macam ni? Tengok dari baju.. itu baju yang dia pakai sekarang.
My Manja🫠
- Angau kan sayang ke? Alolo.. hubby titew ni. Cuwet ya😂Tengku Luthfi
- Mana ada. Tapi sayang dapat mana gambar tu?My Manja🫠
- Rahsia. Sayang ada spy. Kalau bie macam-macam.. memang bie kena. Dan spy sayang akan bagitahu pada sayang semua perkara. Tak ketinggalan walaupun bie hanya pergi toilet sebab nak kencing.Tengku Luthfi menolak isian dalam pipinya. Dia tahu siapa. Si budak Jabir tu punya kerja. Tapi takpa lah. Bukan apa pun. Jabir hanya disuruh menjadi spy saja.
Tapi yakin ke yang Tengku Luthfi akan buat hal? Lelaki.. who knows? Setelah itu, Tengku Luthfi bingkas bangun dan bergerak keluar dari bilik meeting.
**********
(Outfit Tengku Naila)
Tengku Naila hari ini serba pink pakaian dia. Nasib baik rambut pun tak warna pink. Tengku Naila ada lunch date dengan suaminya. Cuma dia datang ke restoran yang mereka berdua janji dengan memandu sendiri.
Tengku Luthfi mahu mengambil isterinya di rumah. Tapi Tengku Naila menolak. Kesian suami dia nanti. Nak ambil lah pastu nak hantar balik ke rumah semula. Tengku Naila tak nak membebankan Tengku Luthfi.
Masuk saja ke dalam restoran. Melilau mata Tengku Naila mencari susuk tubuh tegap suaminya. Tadi Tengku Luthfi kata dia dah sampai.
Dalam beberapa saat saja, Tengku Naila terus dapat menangkap figura sang suami. Laju langkahnya dibawa mendekati Tengku Luthfi.
Dekat saja terus dipeluk suaminya dari belakang. Pipi kanan Tengku Luthfi dicium sekilas sebelum menghadiahkan senyuman manis buat Tengku Luthfi.
Kenapa dia buat Tengku Naila berperangai begini depak public? Sebab ada mata gatal yang memandang suaminya tak lepas. Itu sebab Tengku Naila berperilaku romantik begini di depak umum. Jarang-jarang Tengku Naila begini.
"Sayang rupanya. Bie ingat siapa tadi. Nasib baik bie tak tolak sayang." Ujar Tengku Luthfi. Tangan isterinya yang melilit di leher dia, Tengku Luthfi tarik lembut lalu dicium sekejap.
"Saja.. i love you, bie." Luah Tengku Naila selari membuat flying kiss. Sesudah itu, Tengku Naila bergerak ke kerusi hadapan Tengku Luthfi.
Nakal isteri dia ni. Untung Tengku Luthfi sayang sangat-sangat.
"I love you more, sayang." Balas Tengku Luthfi sambil mentautkan jemari mereka bersama.
"Bie dah order ke?" Tanya Tengku Naila seraya menjeling perempuan yang masih memandang suaminya.
"Dah. Bie dah order sekali dengan sayang punya. Nasi ayam dan jus tembikai kan?"
"Yup. Pandai hubby sayang ni." Puji Tengku Naila dengan gaya bangga.
Selepas itu, mereka berdua berbual mesra sambil menunggu pesanan makanan mereka sampai. Sesekali pasti bergurau. Tangan tu pula dah ada gam agaknya. Tak lepas dari tadi.
Yalah. Pegang lah. Jangan lepas-lepas.
Tbc..
Korang tak rasa ke cerita ni makin boring? Saya rasa macam dah melalut je ni😬
Don't forget to VOTE and COMMENT❤️✨
YOU ARE READING
MRS LUTHFI : MY LOVER [C]
RomanceTengku Luthfi Haikal 💓 Tengku Naila Ameera Tengku Luthfi Haikal. Siapa saja yang tidak mengenali jejaka tampan ini? Semua orang kenal. Anak kepada Tengku Firash Zayden dan satu-satunya pewaris terbesar serta CEO bagi syarikat F'ZAY HOLDING. Seorang...