Zyan Rafael duduk santai di ruang tamu rumahnya sambil memandang kaca TV.Dia malas mahu keluar.Memandangkan hari cuti dia mahu menghabiskan masa rehatnya di rumah sahaja.
Dalam dia fokus memandang TV,telinganya mendengar bunyi kaca pecah di ruang dapur. Tanpa berfikir panjang,dia bergegas keruang dapur.
Setelah sampai di ruang dapur, dia melihat tubuh kecil isterinya sedang mengutip kaca yang pecah di atas lantai tanpa menyedari kehadirannya.
Sedang dia melihat tubuh kecil itu,matanya tidak sengaja terpandang kaki isterinya yang sudah berdarah.Dia menghampiri isterinya dan menarik tangan isterinya dari mengutip kaca yang bertabur di lantai dapurnya.
Alya yang sedang mengutip pecahan kaca itu terkejut apabila tangannya di tarik sehingga tubuh kecilnya tersentuh tubuh tegap suaminya.
Tubuhnya mula menggigil ketakutan."Macam mana boleh jatuh pinggan tu?" Soal Zyan dengan nada datar sambil memandang wajah pucat isterinya.
"Maaf tuan,saya tak sengaja jatuhkan."Balas Alya perlahan.
"Aku tanya macam mana boleh jatuh?bukan siapa yang jatuhkan.Tak faham soalan ke?"
Alya tidak menjawab.
Zyan Rafael yang melihat itu menggeleng kepala sebelum kembali menarik tangan kecil isterinya di bawa meja makan.
Alya mengeraskan tubuhnya tanda tidak mahu mengikut suaminya.Zyan Rafael memandang wajah isterinya.
"Kau nak berdiri dekat sini sampai darah kau habis ke?"Soalnya apabila isterinya mengeraskan badan.
Alya menggeleng kepala sambil mengetap bibirnya menahan sakit pada kakinya yang terkena kaca.
"Habis tu kenapa bekeras dekat sini,tengok kaki kau tu."Ujar Zyan Rafael lagi.
"Takpelah tuan.Saya bersihkan kaca ni dulu." Balas Alya sambil kembali mengutip kaca.Walaupun kakinya sakit dia tetap membersihkan lantai.
Zyan Rafael terus menarik tangan isterinya dan di bawah kemeja makan.
"Tu..."
"Diam.Degil lagi aku buang kau dalam tong sampah." Potong Zyan Rafael sambil menatap tajam wajah isterinya yang sudah duduk di kerusi meja makan.
Alya diam sambil menunduk.
"Sakit?" Soal Zyan Rafael sambil melihat kaki isterinya yang masih berdarah itu.
Alya menggeleng.
"Tuan sakit." Terlepas suara Alya apabila kakinya di tekan sedikit kuat oleh suaminya.
"Kalau sakit cakap sakit tak payah tunjuk kuat sangat."Ujar Zyan Rafael sambil mula membersihkan darah pada kaki isterinya. Dia duduk di hadapan isterinya. Kaki isterinya di letak atas riba.
"Tuan takpe saya boleh buat sendiri." Ucap Alya sambil cuba menarik kapas yang berada di tangan suaminya.Zyan Rafael menjauhkan kapas itu daripada isterinya.
"Kau diam jee boleh tak Qaisara.Aku nak buat kerja pun tak senang." Balas Zyan Rafael, dan kembali menyambung kerjanya iaitu membersihkan darah dan meletak ubat pada kaki isterinya.
Akhirnya Alya mendiamkan diri dan melihat suaminya yang fokus merawat kakinya.Baru dia perasan,wajah suaminya sangat bersih,tetapi garang.Selama ini dia hanya memandang sekilas-sekilas sahaja.Takut mahu melihat wajah beku itu.
"Dah puas tenung aku?"Alya tersentak dari merenung wajah kacak suaminya.
Wajah suaminya yang sangat dekat dengannya,membuatkannya terkelu.Mati kata.
"Dah kau duduk sini tak payah buat kerja."Ucap Zyan Rafael.
"Tapi tuan,saya belum siapkan makanan tuan."Balas Alya.

YOU ARE READING
Demi Bahagia Mu
Romance🥀𝒵𝓎𝒶𝓃 ℛ𝒶𝒻𝒶ℯ𝓁 x 𝒜𝓁𝓎𝒶 𝒬𝒶𝒾𝓈𝒶𝓇𝒶🥀 _ℛℯ𝓁𝒶 𝒦𝓊 𝒟ℯ𝓇𝒾𝓉𝒶 𝒟ℯ𝓂𝒾 ℳℯ𝓁𝒾𝒽𝒶𝓉 ℳ𝓊 ℬ𝒶𝒽𝒶ℊ𝒾𝒶_ Disatukan tanpa kerelaan hati.Itu adalah mereka,yang bersatu tanpa ada rasa cinta mahupun sayang. _Zyan Rafael "Perempuan bodoh! Kau...