🥀Bab 4🥀

7.7K 242 10
                                    

Suasana ruang tamu rumah Tan Sri Ziyad sangat tenang di isi dengan suara yang sedang berbincang mengenai hal syarikat.Siapa lagi kalau bukan Tan Sri Ziyad dan kedua anak kembarnya.Tetapi hanya Zyan Rafael sahaja yang fokus mendegar perbincangan itu,manakala Zafran Rafiqie hanya duduk santai bersama keropok di tangan.Dia tidak berminat dengan perbincangan itu tetapi ayahnya tetap mahu dia ikut serta.Dan akhirnya dia terpaksa mengikut.

"So Iqie okey kalau abang kamu ganti papa ?" Soal Tan Sri Ziyad.

"Mestilah okey pa,Iqie lagi suka" Balas Zafran Rafiqie dengan wajah ceria.Dia boleh goyang kaki HAHA.

"Baguslah kalau kamu okey,tapi kamu jangan gembira sangat ya,kamu jangan ingat kamu boleh goyang kaki bila abang kamu jadi boss.Kamu kena juga kerja.Jangan manjakan malas tu."

"Yeelah,tapi gaji kena banyak tau"

"Belum apa-apa dah berangan nak gaji tinggi.Nanti esok ikut Papa dengan Pael masuk office.Nanti papa bagi kamu kerja."

"Okey tengah hari kan?"

"Tengah hari apanya,pagilah Pael.Kamu ni cubalah matang sikit.Umur dah nak masuk tiga puluh,perangai tak matang lagi ke?"Bebel Tan Sri Ziyad. Zyan Rafael hanya diam mendegar.

"Ish papa ni,Iqie bagitahu mama,papa marah Iqie"Tan Sri Ziyad menepuk dahinya,manakala Zyan Rafael pula tahan senyum apabila mendengar balasan adiknya.Kembar aku ni bodoh tak pernah habis.

"Iqie tolong serius sikit tak boleh ke?"

"Orang dah serius pun humph"Kata Zafran Rafiqie sambil memeluk tubuh.

"Haih apa nak jadilah dengan kamu ni."

"Apa yang abang bebel tu?" Soal Puan Sri Rasya yang baru keluar dari dapur.

"Ni anak manja awak ni,pening saya di buatnya."

"Iqie buat apa lagi dekat papa?"Soalnya pula pada anak bongsunya.

"Takde buat apapun Mama.Papa yang marah iqie mesti Papa tak sayang Iqie Papa sayang Pael je."Balas Zafran Rafiqie.

"Abang?betul ke abang marah iqie?"Soal Puan Sri Rasya.

"Awak percayalah Rasya cakap anak awak tu."Balas Tan Sri Ziyad yang bersandar di sofa.Dia tahu lepas dia jawab mesti dia kena balik.Siap sedia la.

"Anak saya anak saya habistu bukan anak awalah iqie ni?"

"Haih dah mula dah,yelah Rasya sayang,Iqie dengan Pael ni anak abang dengan Rasya.Okey puas hati hmm?"Ujar Tan Sri Ziyad

Puan Sri Rasya mencebik.Manakala kedua anak mereka hanya melihat orang tua mereka.

"Aik masih tak puas hati lagi ke,duk cebik-cebik."

"Abang diamlah"

Tan Sri Ziyad mengangkat tangan tanda mengalah.

"Ehem pa ma?Pael ada hal nak bincang sikit" Suara garau Zyan Rafael menyapa gegendang telinga mereka.

"Apadia Pael?" Balas Tan Sri Ziyad sambil memandang anak sulongnya.

"Erm papa dengan mama kenalkan Yasmeen ?"

"Mestilah kenal,girlfriend kamu kan" Balas Puan Sri Rasya pula.

Zyan Rafael tersenyum nipis sebelum kembali bersuara.

"Pael jumpa dia semalam,Pael ajak dia kahwin and dia kata dia setuju?Macam mana pa?ma?setuju tak kalau Pael kahwin dengan Yasmeen mama dengan papa restu tak?"

"Pael kamu dah besar,kami tak boleh nak halang.Kalau Pael dah jumpa orang yang tepat.Buat apa kami tolak."Puan Sri Rasya mengangguk setuju dengan jawapan suaminya.

Demi Bahagia MuWhere stories live. Discover now