Alya masuk kedapur setelah selesai menunaikan solat subuh.Dia mahu menyediakan sarapan pagi.
Mak Leha tiada,dia bercuti balik kampung.Kini hanya dia sendiri yang berperang di dapur.Ibu mertua serta ayah mertuanya juga tiada di rumah.Lepas sahaja solat subuh tadi mereka terus keluar.Kata ibu mertuanya mereka di jemput oleh kawan baik ayah mertuanya kemajlis akikah cucu kawan baik ayah mertuanya itu.
"Liya buat apa tu?"Sapa Zafran Rafiqie yang baru balik dari masjid.Tetaknya terasa kering membuatkan dia terus masuk keruang dapur ingin membasahkan tekak.
"Saya basuh bahan masak ni nak buat sarapan.Awak nak air ke?saya belum buat air lagi."Balas Alya yang masih berdiri di depan singki.
"Takpe.Saya cuma nak minum air kosong jee.Tekak ni kering pula."
Alya mengangguk faham.
"Liya masak apa pagi ni?"
"Saya nak masak nasi goreng kampung."
"Wahh sedap tu.Kalau macam tu saya teman."Ucap Zafran Rafiqie sambil melihat bahan masakkan yang di sediakan oleh Alya
"Eh tekpelah Zafran saya okey masak sendiri.Awak pergilah rehat."Balas Alya.
"Saya taknak rehat.Saya nak teman awak masak."
"Tapi.."
"Takde tapi-tapi saya tetap nak teman."Potong Zafran Rafiqie dengan laju.
Alya mahu tidak mahu terpaksa mengangguk.Dia sebenarnya takut jika suaminya melihat mereka.Dia tidak mahu suaminya salah faham.Dahlah hanya mereka sahaja yang ada di rumah.
"Saya kena buat apa ni?"Soal Zafran Rafiqie ingin tahu.Dia melihat wajah cantik Alya.
"Awak buat air jeelah.Biar saya jee masak."
"Okeylah.Awak nak saya buat air apa?"
"Awak buat kopi la tapi kalau awak taknak kopi,awak buatlah air lain."
"Kopilah."
Alya mengangguk.
Alya sudah sibuk masak manakala Zafran Rafiqie pula membuat air.Jika orang melihat mereka.Mereka seperti suami isteri.Tambah lagi Zafran Rafiqie yang melayan Alya dengan baik.Nada bicaranya juga lembut tidak seperti abangnya.Kasar.
Mereka menyediakan sarapan pagi sambil berbual kosong.Adakalanya Zafran Rafiqie mengusik Alya hingga Alya tertawa kecil dengan usikan adik iparnya itu.
Zafran Rafiqie yang memakai kain sarung motif kotak di padankan dengan baju hitam kosong.Dia terlihat matang.Apalagi dengan tubuhnya yang tegap.Sesekali dia mengusik Alya yang cuba mengambil pinggan yang ada di tangannya itu.Dia menghamburkan tawa apabila melihat wajah Alya yang sepertinya mahu menangis.
"Alaaa tu pun nak menangis."
"Zafran baik awak bagi saya pinggan tu.Saya nak susun."
"Kalau Iqie taknak?"Balas Zafran Rafiqie yang sudah menukar cara panggilannya.Dia tahu abangnya sudah masuk keruang dapur,tapi dia buat-buat tidak nampak.Sengaja.
"Nanti awak susunlah dekat meja saya nak siram bunga mama dekat depan."
"Alaaa takpayahlah merajuk nah." Ucap Zafran Rafiqie sambil menghulur pinggan yang ada di tangannya itu pads Alya.Alya terus mengambil pinggan itu tanpa bersuara.
"Marah ke?" Soal Zafran Rafiqie ingin tahu.
Alya hanya menggeleng kepala.Dia hanya menyusun pinggan di atas meja tanpa dia sedari,suaminya sudah lama masuk keruang dapur itu.
"Alaa okeylah sorry.Nanti Iqie belikan Liya coklat banyak-banyak okey."Pujuk Zafran Rafiqie lagi.
"Takpe.Saya taknak."
YOU ARE READING
Demi Bahagia Mu
Romansa🥀𝒵𝓎𝒶𝓃 ℛ𝒶𝒻𝒶ℯ𝓁 x 𝒜𝓁𝓎𝒶 𝒬𝒶𝒾𝓈𝒶𝓇𝒶🥀 _ℛℯ𝓁𝒶 𝒦𝓊 𝒟ℯ𝓇𝒾𝓉𝒶 𝒟ℯ𝓂𝒾 ℳℯ𝓁𝒾𝒽𝒶𝓉 ℳ𝓊 ℬ𝒶𝒽𝒶ℊ𝒾𝒶_ Disatukan tanpa kerelaan hati.Itu adalah mereka,yang bersatu tanpa ada rasa cinta mahupun sayang. _Zyan Rafael "Perempuan bodoh! Kau...