🥀Bab 48🥀

9.2K 448 59
                                    

Carl Ayden yang baru turun dari tingkat atas rumah Zyan Rafael terhenti di depan pintu bilik Alya.Suara batuk membuatkan dia masuk kebilik itu.Masuk sahaja dia,tubuh tegap Zyan Rafael kelihatan sangat pucat dengan batuknya yang masih belum berhenti.Zyan Rafael terbaring lemah di atas tilam nipis milik isterinya itu.

"Pael kau sakit ni jom pergi hospital." Ucap Carl Ayden sambil meletak tangannya di dahi Zyan Rafael.

"Aku okey Den,aku cuma rindu isteri aku.Uhuk uhuk."Balas Zyan Rafael.

"Okey apa macam ni bro,kau sakit tahu tak. Jangan buat mainlah sakit sakit ni haih."Bebel Carl Ayden.

"Betul aku okey,kau jangan risau.Kejap lagi aku nak keluar cari isteri aku.Aku dah rindu sangat dekat dia." Ucap Zyan Rafael pula.

"Tapi bro,kau sakit sekarang ni,hari ni boleh tak kau stop cari Liya dulu,biar aku dengan Iqie cari.Kau sakit sebab kau tak jaga makan kau.Sekarang ni kau masih nak keluar,kau nak ke pengsan dekat luar sana tu hah."

"Tapi aku risau isteri aku dekat luar tu.Aku taknak duduk rumah jee aku tetap cari dia juga."

"Kau degillah Pael.Hish geram aku tahu tak"

"Aku nak minta tolong kau boleh tak?"Ucap Zyan Rafael sambil menatap wajah Carl Ayden.

"Apa?"

"Tolong belikan aku kek coklat dengan nasi lemak.Aku nak makan."

"Takyah belilah,nanti aku minta Iqie buat.Tapi esok lah kau dapat makan.Hari ni budak tu kerja.

"Aku taknak esok.Aku nak sekarang juga,aku lapar."

"Yelah yelah,kau boleh tak duduk sorang-sorang dalam rumah ni?Aku nak keluar beli makanan kau tu."Balas Carl Ayden.

Zyan Rafael mengangguk.

"Okey kau kalau nak pengsan cepat-cepat call aku.Phone kau tu jangan letak jauh-jauh."

"Ye kau pergilah aku dah lapar sangat ni."

"Yelah aku gerak dulu."Ucap Carl Ayden sambil melihat wajah pucat sepupunya itu.Serupa mayat hidup pun ada ehh.

Hilang sahaja kelibat Carl Ayden,Zyan Rafael terus melihat baju isterinya yang ada di dalam pelukannya.Dia memeluk erat baju isterinya itu sebelum bersuara.

"Sayang abang sakit.Tapi abang taknak pergi hospital,abang takut abang tak boleh cari sayang lagi.Abang janji abang akan cari sayang sampai jumpa.Walaupun nyawa abang jadi pengganti.Abang sanggup sayang,please balik dekat abang."Ucap Zyan Rafael sambil mencium baju isterinya.Sejak malam tadi dia di serang demam panas,dia terlalu sibuk mencari isterinya hingga dia tidak menghiraukan kesihatannya sendiri.Tapi dia tidak kesah dia masih mencari isterinya.




































🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀

"Aduh manalah aku nak cari ni,semua kedai dah habis." Ucap Carl Ayden sambil melihat kiri kanan jalan.

Kalau balik dengan tangan kosong,dia nak jawab apa dengan bapak singa tu.Walaupun sekarang dah jadi baby asyik menangis jee kerja.Dia pun bosan.

Sedang dia berjalan,dia melihat seorang wanita yang berbaju kurung,di lapik dengan kot putih,tahulah dia wanita itu seorang doktor.Matanya jatuh pada beg sederhana besar yang di pegang wanita itu.

Tanpa menunggu lama dia menghampiri tubuh kecil itu sebelum bersuara.

"Maaf Cik boleh tanya?"

"Yee apa dia?"

Demi Bahagia MuWhere stories live. Discover now