Hari berganti hari,bulan berganti bulan.Hubungan Alya Qaisara dan Zyan Rafael masih sama seperti hari biasa yang mereka lalui.Alya Qaisara tetap bertahan dengan suaminya walaupun layanan suaminya berubah.Dia sudah berjanji pada dirinya sendiri,dia tidak akan meninggalkan suaminya melainkan suaminya yang memintanya untuk pergi.
Penyakitnya juga semakin hari semakin teruk.Dia berfikir mahu ke hospital untuk membuat rawatan tetapi duitnya tidak mencukupi.Dia sudah tahu kos perubatan sahaja sudah mahal apalagi kos pembedahan seperti yang di beritahu doktor.Dia mahu memberitahu suaminya tetapi apabila dia mahu berbual dengan suaminya,suaminya kata sibuk tiada masa mahu berbual kosong.
Dan akhirnya dia diam,diam menahan sakit setiap hari walaupun adakalanya dia jatuh pengsan kerana sudah tidak dapat bertahan lagi.
Tetapi semua yang di laluinya hanya dia yang tahu.Suaminya hanya fokus kerja.Kini Alya sendiri di dalam rumah besar suaminya sedang membersihkan ruang tamu.Tangan kecilnya laju membersihkan perhiasan rumah yang berada di dalam almari kaca.
Jam sudah menunjukkan pukul sembilan malam.Dia tidak dapat tidur oleh sebab itu dia memutuskan untuk membersihkan rumah sambil menunggu suaminya balik.
Dia juga pelik sejak mereka balik dari kampung nenek suaminya, suaminya banyak berubah.Pergi kerja terlalu awal balik pula lambat.Kadang sarapan pun tidak.Bila dia mengeluarkan suara mahu bertanya suaminya marah.Akhirnya dia diam.
Dalam dia leka termenung pasu bunga di tepi almari kaca itu jatuh kelantai.Bunyi kaca pecah bergema di ruangan itu.Dia tergamam memandang pasu kaca mahal yang di beli suaminya.Dengan tangan yang menggigil dia membersihkan kaca-kaca yang bertaburan itu.Matilah.Baru sahaja tangannya mahu menyentuh kaca itu,suara garau suaminya kedengaran di telinganya.
"Bagus lepas ni pecahkan lagi.Masih banyak tu pasu-pasu mahal dalam rumah ni." Ucap Zyan Rafael dengan nada dingin.
Alya yang menunduk terus berdiri dan berjalan kearah suaminya.
"Tuan.Sebenarnya pasu tu jatuh sendiri saya tak sentuh pun." Ucap Alya dangan jujur.
"Kau ingat aku percaya.Dahlah,perempuan macam kau ni tak layak dapat kepercayaan dari aku.Kau masih ingatkan apa aku cakap sebelum ni,kau tu hanya isteri atas kertas."Balas Zyan Rafael sambil tunduk memandang isterinya.
"Ingat tuan.Tuan jangan risau saya tak lupa."Balas Alya perlahan.
Zyan Rafael tidak membalas malah terus berlalu naik kebiliknya.
"Tuan kejap." Alya menahan tubuh tegap suaminya daripada naik kebiliknya.
"Kau nak apa lagi?aku nak rehat."Ucap Zyan Rafael dengan nada tegang.
"Err saya ada masakkan tuan makan malam.Tuan nak makan?"Balas Alya sambil menatap wajah tegang suaminya.
"Buang jeelah.Aku tak lapar"
Alya yang mendengar itu terus mengukir senyum sebelum bersuara.
"Takpelah.Tuan pergilah rehat maaf buat tuan marah."
Dia melihat tubuh tegap suaminya yang sudah berjalan naik kebiliknya dengan senyuman nipis.Begitulah suaminya sekarang.Marah,Marah dan marah walaupun hanya hal kecil.
Dia kembali menyambung kerjanya membersihkan kaca sebelum masuk ke dapur.
Sampai sahaja di ruang dapur,dia terus melihat lauk yang sudah sejuk di atas meja makan.Dengan senyuman nipis dia duduk dan mula menjamah lauk yang di masaknya.Daripada buang lebih baik dia makan.
Tanpa sedar airmatanya laju mengalir.Dia makan di temani dengan airmatanya.Tipula kalau dia tidak terasa dengan layanan suaminya sekarang.Terasa baru sahaja hubungan mereka okey.Tetapi dia tahu bahagia tidak selamanya akan bahagia.
YOU ARE READING
Demi Bahagia Mu
Romansa🥀𝒵𝓎𝒶𝓃 ℛ𝒶𝒻𝒶ℯ𝓁 x 𝒜𝓁𝓎𝒶 𝒬𝒶𝒾𝓈𝒶𝓇𝒶🥀 _ℛℯ𝓁𝒶 𝒦𝓊 𝒟ℯ𝓇𝒾𝓉𝒶 𝒟ℯ𝓂𝒾 ℳℯ𝓁𝒾𝒽𝒶𝓉 ℳ𝓊 ℬ𝒶𝒽𝒶ℊ𝒾𝒶_ Disatukan tanpa kerelaan hati.Itu adalah mereka,yang bersatu tanpa ada rasa cinta mahupun sayang. _Zyan Rafael "Perempuan bodoh! Kau...