SETAHUN BERLALU
Di bilik yang serba hitam itu ada satu tubuh tegap sedang bersiap untuk ke majlis perasmian syarikat baharunya.Setahun berlalu pergi begitu saja membuatkan jejaka itu bangkit.Dia sudah berubah,dirinya yang dulu sudah tiada lagi.Kini dia bangkit dengan dirinya yang baru.Solat tidak lagi dia tinggalkan,malah mengaji juga dia sudah lancar semula.Dia juga banyak belajar tentang agama daripada ustaz dan juga adiknya sendiri.Kehilangan isterinya telah mengubah hidupnya.Walaupun setahun sudah berlalu pergi,rasa bersalah dalam dirinya tidak pernah pudar.
Baju kemeja hitam di sarung ke tubuh tegapnya.Dia melihat wajahnya di dalam cermin.Wajahnya yang cengkung sudah kembali seperti biasa.Malah tubuhnya yang dulunya tegap kini semakin tegap.Dia tidak mahu lagi terlihat lemah.Demi isterinya dia harus kuat.
"Sayang.Hari ni abang rasmikan syarikat baru abang.Hari ni sepatutnya hari paling bermakna dalam hidup abang,tapi itu dulu sekarang hari bermakna ni dah takde guna lagi dah.Sayang dah takde.Dulu abang pernah janji pada diri abang sendiri kalau satu hari nanti abang berjaya bangunkan syarikat lagi,abang akan rasmikan syarikat tu dengan isteri abang.Tapi sekarang sayang dah pergi.Tapi nak taknak abang tetap kena rasmikan juga.Manalah tahu esok lusa sayang balik dekat abang. Abang akan tunjuk dekat sayang.Abang dah buat yang terbaik.Sayang kan suka tengok abang berjaya.Abang dah berjaya sayang tapi sayangnya isteri kecil abang takde.Abang tak minta lebih,abang cuma nak Allah makbulkan doa abang.Doa abang supaya sayang datang semula dekat abang.Abang serahkan pada takdir." Ucap Zyan Rafael pada dirinya sendiri.
Ya Hari ini dia akan merasmikan syarikat keduanya.Alhamdulillah setelah dia kembali kerja dia cuba untuk fokus pada kerjanya.Syarikat pertamanya yang hampir muflis sudah kembali seperti sediakala,setelah itu dia membangunkan pula syarikat keduanya.Penat lelahnya terbayar apabila melihat kejayaannya.Dirinya juga sudah mendapat gelaran Dato.Dalam usia muda dia sudah mendapat gelaran Dato.Tapi dia hanya beriak biasa.Baginya itu biasa saja.Andai isterinya ada mesti isterinya gembira.
"Sayang abang nampak tua pula kena panggil Dato haih.Kalau sayang ada mesti sayang dah kena panggil Datin kan.Abang tak sangka sayang,abang boleh sampai ketitik ini.Kalaulah sayang tahu abang buat semua ini untuk sayang.Abang nak sayang happy bila balik dekat abang nanti.Abang masih tak putus asa cari sayang.Kalaulah abang jumpa sayang,abang nak jaga sayang,abang takkan sia-siakan sayang lagi.Abang akan pastikan sayang happy.Abang janji abang takkan sakitkan sayang lagi.Abang nak melutut depan sayang.Itu janji abang."Sambung Zyan Rafael lagi.
Setelah selesai bersiap,dia turun kebawah ingin mengisi perut sebelum pergi.Dia hanya menjamah roti dan minum kopi.Hanya itu yang dia tahu.Dapurnya sudah lama tidak berasap.Sejak adik dan sepupunya sudah balik dia pun rasa jadi bujang.Jika mahu makan dia harus keluar dulu.Sudah banyak kali dia belajar masak tapi semua gagal.Tapi bukan bermakna dia putus asa.Dia cuma tiada masa.Dia akan belajar masak jika jadual kerjanya tidak padat.Kan Best kalau ada isterinya.Semua benda isterinya yang uruskan.
Ibunya pernah berpesan jika dia lapar,ibunya boleh hantarkan makanan.Tapi dia bukan budak kecil yang tidak tahu apa-apa.Dia sudah cukup dewasa untuk faham semua hal.Dia tidak mahu menyusahkan ibunya.Cukuplah dirinya saja yang susah.Dia harus berdikari.
🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀
"Alaa kawan along tu pun satu,kenapa buat event hari ni esok tak boleh ke"Rungut Fira sambil menjeling abangnya yang sudah selesai bersiap.
"Along tak tahu dia tu.Dia buat hari ni hari nilah.Along datang jee.Adik kalau nak ikut siap sekarang.Liya nak ikut tak?"
Alya menggeleng kepala.Dia tidak pernah pergi event.Dia tidak tahu ada apa di sana.Lagipula dia rasa tidak sedap badan.Daripada menyusahkan lebih baik dia duduk saja di rumah.
YOU ARE READING
Demi Bahagia Mu
Roman d'amour🥀𝒵𝓎𝒶𝓃 ℛ𝒶𝒻𝒶ℯ𝓁 x 𝒜𝓁𝓎𝒶 𝒬𝒶𝒾𝓈𝒶𝓇𝒶🥀 _ℛℯ𝓁𝒶 𝒦𝓊 𝒟ℯ𝓇𝒾𝓉𝒶 𝒟ℯ𝓂𝒾 ℳℯ𝓁𝒾𝒽𝒶𝓉 ℳ𝓊 ℬ𝒶𝒽𝒶ℊ𝒾𝒶_ Disatukan tanpa kerelaan hati.Itu adalah mereka,yang bersatu tanpa ada rasa cinta mahupun sayang. _Zyan Rafael "Perempuan bodoh! Kau...